GEMENTAR - JANJI SATU UJIAN
UNTUK DIA YANG TERINDAH


Apakah aku ini pernah menjadi
igauan siang malammu?
Atau aku, sebuah mimpi ngeri
yang membuat engkau 
memilih untuk berjaga
lantaran engkau takut
untuk pejamkan mata
kerana tetap terlihat aku.

Dan dari matamu yang celik itu

aku nampak kedamaian hakiki, 
sedangkan hati ini gementar...
khuatir jika ketenangan itu akan musnah
oleh cinta yang ingin kukongsi.



Random Posts :

Pages