DARI LELAKI UNTUK PEREMPUAN


Hantarannya menggunung tinggi
kerana tergoda cinta aku cari
kukorek tiap lubang
asal dapat mencapai angka.

Bukan dia yang minta,
tapi keluarga.
Aku tak peduli,
dengan niat mahu menjadi ahli.

Aku lelaki setia,
bukan pemain hati wanita
Aku lelaki pencinta,
bukan lelaki tak bermaruah.
Angka itu bukan masalah,
setulus hati aku usahakan,
sekuat tenaga aku kerjakan siang malam,
satu harapan,
kau akan menjagaku sampai mati
malam dan siang
susah dan senang.

Aku tak mintak apa-apa.
Aku cuma minta
kesetiaan seorang perempuan
kelembutan yang menjadi kekuatanku,
yang membawa ke dunia zuriat-zuriatku,
yang mahu aku jaga sampai hilang nyawa.

Perempuan,
nilai kau lebih dari itu.
Perempuan,
jangan hampakan aku.



DARI LELAKI UNTUK PEREMPUAN DARI LELAKI UNTUK PEREMPUAN Reviewed by Ray FL on Tuesday, February 02, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.