COMING OUT


Coming out? Bagi pengibar-pengibar bendera pelangi, ada antara dorang, nak keluar tu tak jadi hal langsung, ada pulak antara dorang yang tersepit, terkepit, terhimpit, bingung sampai jadi bengong. Tapi ramai yang aku kenal, tak kira kat tanah air sana atau kat tempat orang sekarang ni, ramai yang struggle nak keluar, malah ada yang terburu-buru, tak sabar-sabar dia nak keluar sangat-sangat, sampai bila dah keluar dia menyesal. Beberapa transmen yang aku kenal dari negara lain, ada yang merungut menyesal, begitu jugak ada beberapa transwomen yang mengakui benda yang sama.


Setiap orang tak lalui pengalaman yang sama. Ada yang bernasib baik, ada yang sebaliknya. Ada yang bertungkus-lumus melawan rasa ni, ada pulak yang sengaja je nak bertukar, padahal dalam diri dia tak rasa camtu. Kejap dia pakai tudung, kejap dia bukak, kejap tudung kat kepala, kejap kang tudung jadi bengkung. Jangan camtu dik, kita tak boleh jadi apa yang kita bukan, so kalau sebab kecewa dengan lelaki ke, sebab nak nampak tough ke, sebab cool jadi lelaki, boleh tayang body sana sini, sebab jadi perempuan boleh glamour ke apa, atau apa je la alasan korang untuk  bertukar jadi somone else, lupakanla kalau itu bukan diri korang yang sebenar, sebab, macam manapon korang nak tukar, last-last nanti korang jadi diri korang yang dulu balik. Pastikan jiwa tu dulu sebelum buat benda kerana bila korang tak yakin dan tak pasti, bila korang tak tau... nanti korang terbuat benda bodoh, tu tak bijak, bro. Perkara ni memang perlukan kekuatan minda dan kena difahamkan apa itu gender dysphoria. Kalau dapat bercakap dengan orang-orang yang arif dan pakar, adalah lebih baik sebab hal satu ni berkait-kait. Ia sensitif, terutama kat negara-negara islam, macam Malaysia, memang payah, walaupun sebenarnya, jawapan tu ada, cuma perlukan masa, kesabaran dan jugak dedikasi untuk mempelajari dan memahami dia. Ketenangan hidup tu datang bila jiwa kita penuh. Kalau tak sakit, jangan pura-pura sakit. Kalau sihat, jaga kesihatan tu supaya maintain sihat sampai tiba masa dia betol-betol sakit.


Seksualiti adalah satu perkara personal dan majoriti orang kita tidak terbuka tentang orientasi-orientasinya, menyebabkan sukar untuk diorang yang terlibat keluar dan akhirnya memutuskan untuk memenjarakan diri dalam lemari tersebut. Kalau selesa, tak de hal, kau duk la dalam tu sampai bengkak, tu kau punya hak, tapi sampai bila? Keluarga akan start tanya bila nak kawin? Lemari kau pon akan diketuk-ketuk, silap-silap kena rodok, sampai pecah, sebab dorang nakkan jawapan. Ko takde boyfriend ke? Ko tak nak anak ke? Dah tua apesal tak kawin, nak jadi anak dara tua? Bagi yang pengkid pon sama, lagi terok nanti dipersoalkan, ko dah tua, sampai bila nak pakai bengkung? Tak kesian ke kat tetek tu tak leh bernafas? Rosak rusuk kau, silap-silap patah... and bla, bla, bla...


Sebelum keluar dari lemari tu, kita melalui evolusi. Jom kaji tentang lima tahap perkembangan tu.

  1. Tahap pra, di mana korang rasa lain, ada benda tak kena dalam diri korang, dalam jiwa korang. Waktu tu korang tak terfikir pon hal suka kat jantina yang sama. Bagi yang transmen/ transwomen lak, dorang biasanya dari kecik dah nampakkan ciri-ciri tersebut.
  2. Lepas mengalami perasaan lain tu, korang rasa dah sedia nak keluar, jadi korang dah berani mengaku tentang orientasi korang, walaupon masih kabur tentang seksualiti.
  3. Bila kabur tentang seksualiti, korang akan lalui fasa eksplorasi, di mana korang mampu untuk berdepan dengan orang yang menghadapi orientasi seksual yang sama, membentuk personal interest, dan korang sedar bahawa aktiviti seksual bukanlah alat yang dengan sendirinya dapat membina kepercayaan diri yang baik. Maksudnya korang tau, apa yang korang nak bukan berlandaskan nafsu.
  4. Level ke empat, selepas diri sendiri korang eksplor, korang rasa sedia untuk jalankan hubungan serius, mental atau fizikal, atau ke duanya. Korang dah konfiden untuk komitmen.
  5. Dan akhir sekali, korang tak lagi rasa kekok untuk berintegrasi dengan masyarakat. Apapon pandangan masyarakat, kutukan, hinaan or whatsoever... korang relax je tersenyum kambing kat dorang.

Ramai antara korang dah dan sedang mengalami evolusi ini. Bagi yang akan,  korang kajila betol-betol sebelum bertindak.
Benda ni sebenarnya berlaku naturally, sedar atau tak. Kita bertindak dalam proses tersebut, sedikit demi sedikit dan bila kita rasa tak betul kita stop. Bila kita rasa itula yang kita carik-carik, kita teruskan sampai tercapai mission kita. Apa yang perlu dan paling utama korang dulukan adalah bersikap jujur pada diri sendiri dan jugak dengan orang-orang penting dalam hidup korang. Benda paling mustahak adalah kenal diri tu betol-betol, eksplore dia, fahami dia, dan pasti pada apa dia yang sebenar, yakin pada apa yang korang perlu, bukan pada apa yang korang nak (NAFSU VS AKAL)Benda paling bodoh korang boleh buat ialah menjadikan hal ini satu eksperimen. Ni tak betol, jangan dibuat-buat brother, sister, impaknya nanti bukan pada sesape, melainkan pada diri korang sendiri.

Kalau rasa tak sanggop nak hancokan hati mak ayah dan keluarga, terimala hakikat yang akhirnya jodoh korang dengan lelaki/ perempuan jugak, baik pengkid, lesbian, gay atau nyah. Tapi kalau rasa tough, (biasanya si gay dan nyah memang tough dalam hal ni dan dorang lebih berani menyuarakan hak) aku percaya kejujuran adalah kata kuncinya, dan dia tak pernah kecewakan manusia. Cinta akan datang, kalau dia betol-betol serius nak kawin kau sorang, kalau dia terima diri kau tu trangender, gay, lesbian, hantu paku, transfomers atau alien sekalipon, dia takkan banyak bunyi, ke planet ijau pon dia rela ikot korang, maka, dia tu la soulmate korang.

Elakkan hipokrasi dan hargaila diri yang dalam badan korang tu.

Live your life to the fullest, you will end up empty. Keep your soul full till it overflows, and fills your surrounding.
COMING OUT COMING OUT Reviewed by Ray FL on Tuesday, February 02, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.