JIKA - A. SAMAD SAID - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

JIKA - A. SAMAD SAID

JANJI SATU UJIAN



Jika bukit menjadi gunung
Gunung menyuburi rimba
Jika sakit mendorong menung
Menung meransang dewasa
Lorong hidup banyak cabarnya

Jika rakit menjadi kapal
Kapal meningkat bahtera
Jika bangkit melawan gagal
Gagal membibit hemah
Landas hidup banyak tuahnya.

Random Posts :

Pages