Cemburu

Ray FL


Aku sedang menyudahkan kerja rumah di perpustakaan sekolah sewaktu dia datang menghampiriku bersama sekeping kertas di tangan.
"Kau dapat ni?" Dia mengambil tempat duduk bertentangan. Kertas di tangannya aku capai dan kubaca sepintas lalu.

"Ada."
"So?"
"Malasla..." Jawabku endah tak endah. Dia merungut sambil merampas kertas itu dari tanganku.
"Kau memang pemalas." Dia menyandarkan badan ke kerusi lalu memeluk tubuh. Aku cuma mampu tersengih melihat telatah kawanku itu. Aku tau dia harap aku akan menyertai Kem Sains dan Matematik yang akan diadakan seminggu lagi.

"Ramai sangatla Farah, kau bukan tak tau aku tak suka sesak-sesak."
"Yelah nama pun kem, mestilah ramai. Semua sekolah dari tiap daerah tau, bukan senang dapat peluang macam ni, yang terpilih je dapat pegi."
"Hmm..." 
Aku tetap tak menunjukkan minat untuk menyertai program tersebut. Memang aku cepat rasa tak selesa bila berada di tempat-tempat atau diacara-acara seperti itu. Aku lebih selesa bersendirian atau bersama-sama mereka yang rapat dengan aku, yang mana tak ada lain, hanyalah dia. Tanpa memandang mukanya, aku terus menyelesaikan kerja rumah. Memang selalu aku menghabiskan sejam dua di perpustakaan sebelum balik sebab di rumah aku hanya mahu berehat atau beriadah.

"Ray..."
"Ye... "
"Jomla...."
"Malasla, Farah... kau g la sorang-sorang."
"Bosan la kau tak ada."

Kuletakkan pen ke atas meja lalu aku keluarkan surat jemputan yang aku terima pagi tadi yang aku selit di celahan buku teks. Ada senarai nama-nama pelajar yang terpilih untuk menyertai kem tersebut bersama borang kebenaran untuk diisi penjaga. Farah memandang aku. Mukanya kelihatan suram, tapi penuh harapan, meminta simpati agar permintaannya ditunaikan.
"Empat hari, tau. Sanggup ke empat hari tak jumpa aku?"

Akhirnya dia menggunakan kelebihannya merayu hatiku yang mudah cair dengan tatapan redup matanya.
"Pandai kau psiko aku, erk..." Dia bersorak gembira bila aku akhirnya mengalah. Pipiku dicium.

 ~~~~~

Excited betul Farah sewaktu peserta-peserta kem yang terpilih dari sekolah kami berkumpul, menunggu bas yang akan membawa kami ke tapak kem. Lebih kurang 80 kilometer dari bandar kami, kem itu terletak di sebuah kawasan perkelahan, tak jauh dari pusat bandaraya.

"Kau tau apa aku bawak?" Tanya Farah sambil membuka beg sandangnya.
"Sinila... takkan nak bagi orang tengok," dia mengarahkan aku untuk mengintai ke dalam beg sandang tersebut.
"Hahaha... sempat lagi ko shopping?" Aku ketawa bila melihat beberapa paket maggi kari dan Twisties perisa keju yang mengisi beg tersebut, lengkap dengan portable electric water heater.
"Aku ni well-organised. Isn't it cool? Untuk kau jugak..." Pehaku ditepuk mesra.
"Sayang jugak kau kat aku..."
"Hmm... kau tu je yang tak reti-reti."

Lebih kurang satu jam setengah kami sampai ke destinasi. Ramai peserta-peserta dari sekolah lain telah pun tiba sebelum kami. Aku yang mula rasa tak selesa tetap cuba untuk menyesuaikan diri. Sebenarnya, aku setuju untuk ke situ tak lain hanyalah semata-mata untuk Farah, sebab aku tak mau dia bosan dan aku bimbang kalau terjadi apa-apa terhadap dirinya sewaktu aku tidak bersama.

"Ramainya... tak sangka pulak ramai camni." Katanya. Aku cuma mengangguk.
"Ray, kau jangan tinggal aku sorang-sorang tau. Pegi mana-mana mesti dengan aku."
"Yela... tapi aku rasa mesti nanti kita kena dibagi-bagi grup."
"Aku nak grup dengan kau."
"Hmm... tengoklah nanti. Grup biasanya bukan kita pilih. Facilitator yang tetapkan. Sebab tu kita tak leh duduk dekat-dekat sangat, nanti mesti tak dapat grup sama."
"Hmm..."

Selepas sesi pendaftaran, kami semua diberikan dorm masing-masing. Nasib menyebelahi kami, aku dan dia ditempatkan dalam satu dorm bersama enam orang yang lain, yang mana setiap dua orang dari sekolah yang sama.

Setelah membersih dan merehatkan diri, tiba waktu untuk minum petang dan acara pertama dijalankan iaitu sesi orientasi dan pembahagian kumpulan. Waktu itulah aku dan Farah dipisahkan bila kami akhirnya dimasukkan dalam kumpulan yang lain.

"Kan aku dah cakap... kalau duk dekat-dekat memang payah nak grup sama," kataku, cuba memujuk dia yang kelihatan sedih bila kami tak dapat sekumpulan.
"Hmmm...tapi kenapa kena satu kumpulan dengan Sham. Aku benci Sham."
"Hahaha... nak buat camne..."
"Ray, aku tak suka Sham. Nanti dia mesti kacau aku. Tolongla... jom kita bagitau cikgu, aku nak tukar grup."
"Alah... tak yah la Farah. Bukan lama pon, ko buat tak tau dah la dengan si Sham tu."
"Ko memang suka orang lain kacau aku, kan?"
"La... tak la Farah... bukan camtu...... " Aku tak tau apa yang patut aku katakan.
"Abih kenapa kau nak biarkan aku satu grup dengan Sham tu?" Dia menarik muka.
"Aduhai.... bukan aku suka atau nak biarkan kau. Kem ni besar, takkan cikgu nak layan hal  kecik macam ni. Kalau ko buat nanti semua nak buat. Lagipun bukan lama, empat hari je, sabar OK. Pas aktiviti kumpulan, aku janji aku takkan biarkan ko sorang-sorang."
"Janji?"
"Janji." Aku letak tanganku di atas dadanya.
"Kau jangan menggatal pulak dengan awek-awek dalam grup kau tu."
"Tak... tak de masa la aku..."

Dalam setiap group ada 12 orang. Kumpulan aku ada tujuh perempuan dan lima lelaki sementara grup Farah enam perempuan dan enam lelaki. Hati aku rasa lain jugak bila nampak dia dalam grup tu dikeliling lelaki. Sesekali kami bertukar pandang dan senyum dari jauh sewaktu melakukan aktiviti berkumpulan dan bila tamat, cepat-cepat kami mendapatkan diri masing-masing.


"Meluatnya la aku dengan Sham... heeeee benci betol."
"Dia kacau kau lagi?"
"Dia ajak aku kuar dengan dia la apa la... gatal. Serius aku tak suka. Tak suka."
"Tau... tu budak laki lain tu kacau kau jugak ke?"
"Adala tanya-tanya itu ini, malas aku nak layan..."
"Susah jadi orang lawa ni kan?" Usikku. Dia menjeling tajam. 

Memang cantik kawan baikku itu. Memang tak sama dengan yang lain. Bukan itu saja, kecantikkannya bukan saja kecantikan lahiriah malah dari dalam juga dan seperkara lagi yang paling aku suka tentang Farah adalah kepintarannya. Kualiti itu yang paling aku kagumi disamping hatinya yang lembut dan penuh kasih sayang. Farah istimewa, aku bangga jadi kawannya.

"Ramai perempuan kau punya grup, lawa-lawa jugak. OK ke dorang?"
"Biasa je..."
"Budak tu sapa nama?"
"Yang mana satu?"
"Yang dengan kau tadi. Yang asik dengan kau tu, yang pakai baju pink. Aku tengok dia asik dekat dengan kau je."
"Ooo tu budak Sekolah XXX. Shazlin nama dia."
Farah diam selepas aku menjawab pertanyaannya dan aku tak tanya mengapa. Aktiviti diteruskan dan begitulah seterusnya untuk hari ke dua, ke tiga dan ke empat.

 ~~~~~

"Boleh, takde hal."
Aku mempersetujui pelawaan Shazlin bila dia bertanya kalau aku ada masa untuk menemuinya selepas tamat aktiviti malam itu, malam ketiga, iaitu malam terakhir di situ . Katanya, dia mau mengenali aku lebih rapat, dan mau mencurik sedikit ruang untuk bersama aku, tapi aku selalu bersama Farah dan Farah tak kelihatan begitu peramah dengan orang lain.

"Farah tu OK la, dia memang nampak sombong tapi sebenarnya hati dia baik." Terangku kepada Shazlin bila dia bertanya tentang Farah sewaktu kami makan tengahari. 

Hairan, Farah tak muncul-muncul. Lepas aktiviti rentas desa tadi, kami terus ke dorm, mandi dulu dan dia suruh aku tunggu dia kat dewan makan. Bila aku dah siap, dia tak siap-siap lagi dan acuh tak acuh dia suruh aku turun dulu. Aku ikutkan je.

"Tengok dia macam mix, biasanya budak mix memang berlagak. Yelah rambut pon karat."
"Memang mix pon tapi dia tak sombong... saya dah lama kawan dengan dia. Awak baru kenal dia sehari dua kat sini, tu pon tak bercakap... don't judge a book by its cover. By the way, rambut dia memang kale tu semula jadi."

Aku mempertahankan Farah bila Shazlin mula menyuarakan pendapat negatif tentang kawan baikku. Aku tak suka mendengar orang bercakap begitu tentang Farah.

"Sorry Ray... hmm OK kita lupakan hal Farah. Malam ni kita jumpa OK. Kat bawah pokok tu saya tunggu. Esok nak balik dah... tapi jangan pulak bagitau sesape especially Farah awak tu, karang kecoh."
Shazlin pon berlalu meninggalkan aku yang masih menunggu Farah untuk makan tengahari.

"Manala dia ni tak turun-turun," desus hatiku. Lama aku tunggu, akhirnya setelah selesai makan, aku segera ke dorm untuk mencari Farah. Tak ada. Aku ke tandas, balik ke dewan makan semula ke surau... tak jumpa.

Aku nampak Sham tengah mengayat budak perempuan.
"Hey, Sham kau nampak Farah?"
"Aik... awek kau kan, mana la aku tau," balas Sham sambil senyum menyindir aku, membuatkan awek-awek yang duduk di depannya memandang aku dengan pandangan yang tak menyenangkan.
"Dah tau  dia awek aku, jangan menggatal nak kacau, nak ayat dia pulak macam kau ayat dorang ni." Aku membidas dan berlalu.
Sekali lagi aku ke dorm, tetap tak ada... lalu aku membaringkan diri.
"Korang ada nampak Farah?" Tanyaku kepada Zura dan Yani bila mereka masuk ke dorm.
"Tak de pun... aikkkk biasa berkepit, ni dah hilang pulak. Merajuk kot si Farah tengok kau dengan Shazlin kemain rapat," Yani menjawab.
"Tadi aku nampak Farah kat bawah pokok depan padang sana sorang-sorang time aku g surau. " Tiba-tiba Ika yang baru sampai menjawab pertanyaanku, lalu aku bingkas bangun dan berlari ke tempat yang dia katakan.

"Puas aku carik kau. Aku risau tau. Kau mengapa?" Bahunya aku tepuk, dia buat tak reti je dengan aku.
"Kau suruh aku tunggu kat dewan makan, tapi ko tak turun-turun. Risau aku, hilang selera aku, tau. Kau suruh aku selalu dengan kau, tapi kau yang blah." Aku menyuarakan kebimbanganku dengan suara yang agak tinggi. Dia memandang aku sekilas dan kemudian aku duduk di sebelahnya.

"Hmm risau konon... bukan aku tak nampak risau kau tu... bukan main kau bertepuk tampar dengan si Shazlin."
"Alah tu pon kau nak kecoh pehal?"
"Aku ada buat camtu kat kau ke? Ada aku bertepuk tampar dengan orang lain? Ada? Huh, dulu cakap tak suka g kem camni, sekarang kau yang lebih-lebih layan pompuan."
"Ya Allah... apesal ni, Farah?"
Diam...
Lama...
Senyap...
Sunyi...
Tak pandang muka aku pon... 

Sampailah ke aktiviti seterusnya dan sekali lagi dia tak turun makan. Sejak bercakap bawah pokok tu dia tak bercakap-cakap langsung dengan aku sampai la malam... aduhhhhhhhh...
Tapi aku biarkan, tak tanya, aku bagi dia masa.... tapi dalam hati aku tertanya-tanya apahal la Farah Hanna jadi camtu. Kawan-kawan bertanya mana Farah, mana Hanna, aku cuma mampu angkat bahu. Cepat-cepat aku habiskan makanan dan kembali ke dorm. Sunyi, semua berkumpul di dewan makan untuk makan malam. Lampu dorm menyala, aku jenguk kat tingkap. Aku nampak dia... dia sedang baca buku, di tangannya ada sudu. Dia makan maggi.

"Dari tengahari, kau makan maggi je ke?" Aku masuk menyapa lembut, terus menghampiri dia dan duduk di sisinya. Tak ada jawapan. Aku mengeluh.
"Sampai bila tak nak cakap dengan aku?"
Diam. Saki baki maggi dia habiskan lalu bangun, keluar bersama mangkuk berisi maggi tadi. Sekejap lepas tu dia kembali dengan mangguk dan sudu yang dah bersih dicuci.

"Besar sangat salah aku ni?" Aku terus bertanya, malangnya tak de jawapan, dia tetap membisu. T-shirt yang dia pakai dibukanya dan menukarkan tshirt itu dengan kemeja sekolah. Kemudian dia menyikat rambut, diikat kemas dan selepas memastikan dirinya kelihatan baik, dia mencapai fail dan berjalan keluar meninggalkan aku terkebil-kebil menunggu jawapan.

Dalam kebingungan, hati aku tetap excited nak jumpa Shazlin malam tu...

"OK lah, tak nak cakap dengan aku tak pe. Aku blah tempat lain," sekali lagi aku cuba menegurnya, tetap dia menyombong dengan aku, pandang pon tidak. OK, OK, tak pe. Aku bangun dari kerusi lalu aku mengambil tempat di sebelah Shazlin selang beberapa baris di hadapan.

"Kenapa dengan Farah, lain macam je saya tengok?"
"Entah dia... tak sedap badan kot."
Shazlin senyum kat aku dan menawarkan aku mentos. Aku ambil, sempat aku toleh ke belakang, aku nampak Farah sedang memandang tajam ke arahku.

Aktiviti malam itu, kami terpaksa membuat persembahan... boring... aku sempat
mencuri pandang ke wajah tak happy Farah, dan aku juga sedar dia memerhati aku dari jauh. Penutup malam itu sebelum bersurai, kami menyanyikan lagu Negaraku. Aku tak terus ke dorm, sebaliknya aku ke taman kecil berdekatan, duduk dengan beberapa pelajar dari sekolah lain. Dari jauh aku nampak Farah naik ke dorm. Ahhh Biarlah dia. Dia yang carik hal, aku tak buat apa pon.

Pukul sebelas, dorm dah gelap gelita, aku pon dah baring tunggu pukul 12 nak jumpa Shazlin. Aku tengok Farah awal-awal lagi dah tidur, peluk beruang hijau dia. Sesekali aku toleh ke arah dia yang tidur di katil bertentangan dengan aku. Nyenyak nampak... esok eloklah tu. Aku tersenyum. Manja sangat camnila jadinya.


Lima belas minit sebelum kul duabelas, aku bangun. Perlahan-lahan aku kenakan jaket dan keluar dari dorm. Bertemankan lampu picit, aku ke tandas dan kemudian aku turun menuju ke tempat yang kami janjikan, aku dan Shazlin.
.
"Hey, awak... sini..." Shazlin tiba-tiba muncul dari belakang dan menarik tanganku.
"Semua dah tido ke?"
"Nampak camtu la... ada orang nampak awak keluar?"
"Rasanya tak de..."
"Awak, ni untuk awak. Esok kita nak balik dah. Awak jangan lupa kontek saya tau. Kita leh jumpa kat luar, town kita pon bukan jauh." Dia menyerahkan bungkusan kecil kepada aku.
"Terima kasih Shaz, tapi saya tak ada apa nak bagi awak..."
"Tak pe...bagi phone number cukup."
Aku pon setuju.
"Thanks... saya suka sangat kat awak. Saya mengaku, saya memang jeles tengok awak dengan Farah. Saya ingat dia awek awak."
"Kawan baik je. Dah lama saya kenal dia sejak form two."

"Oooo camtu... Awak dah ada awek?"
"Tak, saya tak pernah ada awek, tak terfkir pon."
"Saya penah kapel dengan orang macam awak... tapi dah putus. Susahlah dia tinggal jauh."
"Oooo.... ni nak carik penggantilah ni?"
"Kalau awak nak..."

Tiba-tiba...
"Tau pukul berapa dah ni? Tau law tak boleh kluar pas kul sebelas?"
Aku dan Shazlin...
"Farah???!!!"

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!