KISAH PENGKID : KID


Dah lama Kid menyimpan hasrat untuk meluahkan kebingungannya terhadap apa yang dia lalui. Beban itu sudah tak terdaya lagi dia tanggung. Berkali-kali dia cuba meyakinkan Nina bahawa cintanya tulus suci, tak berbelah bagi. Siang malam dikejar demi memenuhi semua keperluan dan permintaan Nina. Tapi semuanya tak pernah cukup. Nina perlukan sesuatu yang takkan pernah mampu dia beri.

Seumur hidup Kid, dia tak pernah terlibat dalam cinta lelaki. Apa yang dia kenal dan tahu hanyalah perempuan-perempuan yang datang silih berganti dalam hidupnya. Kid bersikap tomboy, menurutnya itu bermula dari awal, tanpa disedari. Ibu dan ayah puas memujuk dia untuk berdandan dan bersikap seperti gadis sunti lain, tetapi Kid lebih selesa berseluar dengan T-shirt, bergaul dengan rakan-rakan lelaki, bermain permainan yang lasak. Lama kelamaan ibu bapanya lali dengan sikapnya itu hinggalah terbawa ke alam remaja.

Berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, Kid terdedah pada hubungan sejenis seawal usia 13 tahun. Pada mulanya dia tidak mengerti apa-apa, tapi lama kelamaan bila dia sering menjadi tumpuan senior, Kid menjadi bangga, merasakan dirinya begitu istimewa.

Hingga pada satu masa dia merasakan cinta telah menjalar dalam relung hatinya terhadap Nina, pelajar tingkatan empat. Waktu itu dia berada dalam tingkatan dua. Dalam ramai-ramai kakak-kakak senior yang memberi perhatian kepadanya, Nina bagi Kid sangat istimewa.
Dengan Nina, dia belajar erti french kiss dan hubungan badan, membuat dia khayal dengan belaian Nina. Cinta pada Nina tak terbendung lagi. Namun, selain tidur bersama, tak pernah sekali Nina mengucapkan cinta kepada Kid, membuatkan dia hilang keyakinan untuk meluahkan rasa hati terhadap gadis tersebut. Walau begitu, Kid tetap berpegang pada hati, menyerahkan cinta sepenuh jiwa dan raga terhadap wanita yang begitu dia puja.

Malangnya ranap hati Kid bila suatu hari, sewaktu cuti penggal, dia terserempak dengan Nina di sebuah kompleks membeli-belah di kotaraya, berpelukan mesra dengan seorang lelaki. Hancur hati Kid hingga dia menangis semahunya. Kepedihan yang melanda seluruh kewujudannya memaksa dia untuk menghubungi Nina pada malam tersebut. Permintaannya untuk bertemu dipenuhi Nina. Kebetulan Nina tinggal bersendirian kerana kedua ibu bapanya bertugas di luar.

Menurut Kid, Nina menganggap pertemuan malam itu tak lain hanyala untuk mengecap nikmat seperti selalu. Tapi tidak, Kid datang menuntut kepastian.

"Cinta? Aku tak pernah cintakan kau. Ye, betul... aku suka tapi bukan untuk cinta. Kita takkan boleh kawin, faham?"
Jatuh lagi air mata di pipi Kid kesan kepedihan yang Nina hadiahkan.

"Siapa lelaki tu?"
"Lelaki mana?"
"Yang kau keluar siang tadi kat Lot 10."
Nina tersenyum.
"Irwan. Boyfriend aku. Dah lama aku couple dengan dia. Ada masalah?"
"Kau main dengan dia jugak?"

Dengan jujur Nina menganggukkan kepalanya sambil berkata,
"well, tiap ada kesempatan... kau taula tinggal di asrama ketat peraturan. Bukan senang nak jumpa."
"Jadi, kau peralatan aku demi memuaskan nafsu kau?"
"C'mon baby... kita sama-sama puas. Cinta tu boleh tolak ke tepi. Aku sayangkan kau. Aku bahagia dengan layanan kau. Aku puas. Tapi tak sama dengan layanan lelaki, babe... mungkin kau tak faham."
"Ye memang aku tak faham dan aku tak nak faham pon. Aku nak kan kau, itu je aku tau."
"Aku perlukan lelaki. Dengan kau, ada masa depan ke? Boleh kawin? Boleh beranak? Kau ada sperm? Takde kan? So?"

Semenjak peristiwa tersebut hidup Kid jadi tak menentu. Dia menghadapi kemurungan yang dalam. Hilang tumpuan terhadap pelajaran, pergaulan dengan teman-teman lain juga menjadi mangsa kemurungannya itu. Waktu itu Kid menyatakan, dia seperti sudah tiada harapan lagi untuk hidup. Semangatnya lemah dan menghilang. Semuanya kerana terlalu cintakan Nina yang hanya mengangap dia tak lebih dari teman tidur.

Banyak kali Kid dipanggil untuk sessi kaunseling di sekolah namun sayangnya tiada perubahan. Bia ditanya dia hanya diam dan menangis. Guru kaunseling yang mengendalikan kes Kid cuba bertanya kepada kawan-kawannya, tapi tak siapa tau apa sebenarnya yang telah terjadi. Teman-teman cuba menyatakan Kid kerap menangis dan terus memencilkan diri. Akhirnya guru memutuskan untuk memanggil kedua orang tua Kid dan mereka mengambil keputusan untuk membawa Kid tinggal kembali bersama mereka. Pasrah dan menyerah, Kid menurut tanpa bantah.

Tiada siapa yang tahu tentang punca sebenar kemurungan Kid kecuali Nina seorang. Tapi Nina sedikit pon tidak memberi kerjasama apabila ditanya oleh cikgu dan kawan-kawan. Tiada siapa pula yang mengsyaki hubungan sulit antara mereka berdua. Kid memberitahu, pemergiannya dari asrama dan sekolah tersebut sangat menggembirakan hati Nina. Dia ada cuba menghubungi Nina tetapi malangnya Nina enggan untuk membicarakan hal tersebut dan menganggap segalanya dah berakhir.

"Lupakan semua ni," itulah kata terakhir dari Nina sebelum dia meletak telefon. Namun begitu, Kid masih berharap, dia tetap mencuba tetapi Nina bertindak jauh dengan menukar nombor telefonnya.

Kehampaan itu membuat Kid sedar tentang kebodohan diri. Dia tau dia masih terlalu muda untuk menangani kekecewaan tersebut dengan rasional. Bila kesedihan dah tak tertahan lagi, akhirnya Kid berterus terang dengan kakaknya tentang semua yang terjadi. Zainab mendengar dan cuba memahami pergolakan dalam jiwa adiknya yang muda 6 tahun. Untuk beberapa ketika, Kid merasa tenang bila meluahkan perasaan dan permasalahannya kepada Zainab. Sebagai seorang kakak, Zainab tidak mahunya adiknya terus hanyut dalam hubungan sejenis.

Bagaimanapun, setelah kelukaannya pulih, Kid kembali memburu cinta. Tetapi, cinta yang diburunya kali ini berlandaskan dendam. Dendam terhadap perempuan dan Kid bernekad untuk memperdaya dam mempergunakan setiap perempuan yang rebah dalam dakapannya. Satu demi satu gadis, baik yang lebih tua atau muda darinya menjadi mangsa dendam Kid yang meninggalkan mereka setelah dia mempergunakan gadis-gadis tersebut. Bukan saja dari segi wang ringgit dan nafsu, malah sesuatu paling jahat dan kejam telah dia lakukan terhadap Amy, seorang anak orang berada yang sebaya dengannya.

Dengan memasukkan pil ecstasy ke dalam minuman Amy disebuah pesta yang dikendalikan oleh Jamil, Kid menyerahkan Amy untuk disetubuhi secara beramai-ramai sementara Kid merakamkan jenayah itu dengan telefon bimbitnya. Selepas malam kejadian, Kid tidak lagi menghubungi Amy, malah dia menukar nombor telefon dan menghilangkan diri begitu saja. Pernah Zainab memberitahu Kid, Amy ada mencarinya di rumah tetapi Kid meminta kakak dan keluarga untuk merahsiakan di mana dia berada, dengan alasan Amy mahu menagih cintanya.

Kid menjadi liar. Pergaulannya dengan teman-teman lelaki menjadi semakin akrab kerana setiap perempuan yang menjadi kekasih baru Kid turut menjadi mangsa nafsu serakah teman-temannya. Mereka mempergunakan apa saja yang dapat mereka kecapi dari gadis-gadis tersebut. Dan kegilaan Kid menjadi parah bila Jamil akhirnya berpakat dengan kawan-kawan yang lain untuk menjadikan Kid sendiri mangsa mereka dengan melakukan hal yang sama seperti yang telah mereka lakukan terhadap teman-teman wanita Kid. Ditiduri beramai-ramai dan rakaman peristiwa itu Kid terima dari Jamil sendiri selang beberapa hari.
Jamil meninggalkan pesanan ringkas bersama video tersebut.
"Pengkid tetap perempuan yang perlukan **** lelaki. Harap kau enjoy! Kalau gian, carik aku. Aku boleh tolong."


Kini Kid membenci dan mendendami lelaki dan perempuan kerana baginya lelaki dan perempuan tiada beza. Hidupnya hancur kerana mereka. Oleh kerana itu, Kid menggunakan setiap kesempatan yang ada mempergunakan baik lelaki atau perempuan yang mahu bersamanya. Dunia baginya kelam. Bagai tiada masa depan. Kid tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia selesa menjadi 'gigolo' kepada wanita-wanita yang mahukan khidmatnya dan juga perempuan simpanan kepada lelaki-lelaki yang sanggup menaburi dirinya dengan wang.

Sebelum mengakhiri perbualan, Kid berkata, "aku masih cintakan Nina."

KISAH PENGKID : KID KISAH PENGKID : KID Reviewed by Ray FL on Thursday, October 08, 2015 Rating: 5
Powered by Blogger.