CINTA TAK BERNAMA - JANJI SATU UJIAN
JANJI SATU UJIAN

CINTA TAK BERNAMA

JANJI SATU UJIAN


Dia datang lagi
setelah beberapa ketika
aku terlupa akan dirinya
kesan dilanda badai cinta tak bernama
menghempas aku di tepian pantai
yang sepi dan kosong
terpaku aku di situ sendirian
menjejak denai-denai emosi
yang tersasar dari haluan.

Untuk beberapa waktu
aku cuba melumatkan diriku
dengan setiap elemen dan partikel
air, angin, api dan tanah
cuba aku satukan
tetap,
desiran ombak yang memukul pantai
adakalanya kencang hingga mengilukan
adakalanya lembut
bagai titis embun pagi di daunan
suci dan bersih
persis kasih,
dari telaga hati,

Malam tadi,
di kala kabur menyelubungi lengang langit
nama itu muncul, wajah itu terpancul
di relung kalbu
mendakap aku dalam memori tulus
mencabar hati yang terbawa rasa.

Random Posts :

Pages