LERAIKAN RINDU


Adakah kau cuba menipu aku, 
wahai hati?
Atau kau hanya berhasrat 
untuk menguji keyakinanku?
Atau mungkinkah itu engkau, 
wahai fikiran?
Yang mengejutkan aku tentang bukti.

Apa sebenarnya 
yang cuba engkau sampaikan kepada aku,
wahai hati, wahai fikiran?
Jiwaku terdera rindu
Jiwaku dianiaya sepi
Jiwaku tersungkur di kaki harapan
yang enggan menjanjikan bukti.

Hati,
aku lemah dalam mencari tanda
walau ada waktunya dapat aku rasakan
gelombang-gelombang pasti yang dihantar
di segenap penjuru deriaku.

Minda,
kau selalu aku percaya
untuk setiap logika, pro dan kontra.
Tapi untuk kali ini aku merayu
bantulah aku leraikan rindu.

1994

LERAIKAN RINDU LERAIKAN RINDU Reviewed by Ray FL on Wednesday, March 04, 2015 Rating: 5
Powered by Blogger.