Aneh Tapi Hebat

Ray FL
0


Kumpulkanlah semua bahasa,

pasti kupilih hanya yang bermutu untukmu.
Untuk mendamaikan hatimu
untuk kusaksikan pantulannya di bibir indahmu,
untuk kuhayati kesannya di senyum ikhlasmu
untuk kurasakan keajaibannya dari sinar matamu.
Lalu aku lengkapi dengan memanjatkan syukur
untuk anugerah ini.

Tuhan, terima kasih.

Kini aku semakin mengerti bila aku semakin pasti.

Terima kasih untuk kepastian 
atas semua kekeliruan.
Sebenarnya, kekeliruan itu
tak akan berdaya memesongkan hatiku.

Sebaliknya ia mempunyai kuasa

untuk menguatkan segala sendi-sendiku,
ruas-ruas tulang jariku
jalur-jalur merah dan biru
juga nafasku yang paling halus.

Maka bersaksilah aku

bahawa cinta itu sememangnya aneh tapi hebat.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!