BERSATU NAFAS KITA


Rehatlah sayangku, 
kita telah melalui hari yang panjang.
Waktu untuk kita merehatkan minda. 
Baringlah di lenganku
dengarkan degup jantungku
dari hati ke sanubari, dari jiwa dan rasa.

Di luar sana gelap, sayang.

Musim luruh membawa daun-daun 
meninggalkan pohonnya.
Sedangkan siang membiarkan malam
mencuri waktunya dengan rela.

Hujan bersilih ganti dengan angin
dan sejuk pun menggigit kulit.
Tapi di sini, bersama engkau, 
waktu tetap di situ dan aku kekal hangat.

Malam begitu panjang, sayang
Esok akan bermula lagi.
Bermula sepertimana mulanya kisah kita.
Malam ini bahagia, cahayaku
Kita sempurnakan dengan mendengar detak jantung 
merasa gelora dalam darah, kau dan aku.

Biar aku nyanyikan lagi di telingamu, lagu cinta kita.
Biar aku bisikan lagi kerinduan ke matamu,
mematri kesetiaan dalam dada.
Dengar dan rasakanlah 
hembusan nafasku di kulitmu, sayang
dan biarkan aku turut merasakan nafasmu di kulitku,
sehingga bersatu nafas kita.

Malam ini sempurna, cahayaku...
seperti malam-malam 
yang sebelumnya,
seperti malam kita yang pertama.
dan hari esok akan kita mulakan 
seperti hari pertama kita.

Tidurlah, sayang...

malam ini telah kita penuhkan dengan sempurna.
Tidurlah, cahayaku... 
tidur dalam dakapan cintaku.

Bibir ini
hanya untuk membuat kau bahagia.
Tubuh inihanya untuk mendakap tubuhmu saja.
Lengan inihanya untuk membantalkan tidurmu.
Hati inihanya untuk melindungi hatimu.
Cinta inihanya untuk membuat kau menangis
tangisan gembira.

Kunyanyikan lagu tidur untukmu, cahayaku

Cahaya hatiku, Farah Hanna.

~ Terbatasnya pandangan mata, pelangi hanyalah satu lengkungan. Sedangkan spektrum warna yang lengkap membentuk lingkaran. Posisi.
BERSATU NAFAS KITA BERSATU NAFAS KITA Reviewed by Ray FL on Wednesday, November 05, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.