LOVE YOU ETERNALLY


Selama mencari diri, aku bertemu cinta, dalam dirinya sebagaimana dia di dalam aku.
Hati tak pernah menipu, bersama waktu, kekeliruan pun terlerai, satu per satu. 
Aku makin percaya bahawa kau dan aku dicipta untuk mencari erti dan waktu telah mengizinkan bukti.
Rahsia alam sama-sama kita bongkar, kita hayati, kita fahamkan dari titik mula.
Inspirasi cinta pun menular, kita biarkan ia berakar umbi sampai menjalar-jalar.
Fikiran bersatu dalam pencarian, merentas dugaan bersama hikmah kesabaran, kita mencuba.
Akal bertindak bersama amal, kesucian mencermin keunggulan, akan tetap kita pelihara, dengan izinNya.
Hanya Tuhan yang mengerti, kerana hanya Dialah saksi yang akan mengotakan semua janji.

Fikiran dan firasat, gerak hati dan matlamat, terbina keyakinan dalam memikul tanggungjawab.
Anjakan paradigma tercetus dari setiap inspirasi, ujian dan fungsi.
Rahsia dalam kerahsiaan, dianalisa dari setiap kejadian, memperkukuh jati diri.
Alam mengikat kasih, menyemai benih, kemurnian dijaga rapi, menghias harmoni.
Hati pun menjadi padu, bersatu bersama waktu, kau dan aku menolak ragu. 

Hayat cinta tanpa tarikh lupus, memperhalus azimat kasih sayang yang tulus.
Anugerah Tuhan yang hakiki, tiada kesangsian lagi, telah kita miliki.
Nikmat kasih sayang yang tersembunyi, kita cari, kita terokai, kita hormati dan kita hargai. Kita jaga sempurna.
Nafas yang terhela memantul gema untuk setiap kata yang terucap, menjadi janji kebahagiaan kita.
Abadi, terang, bercahaya. Kita gilap, kita percaya, tanpa wasangka. 

Tidak aku ragukan janji ini kerana cinta aku kepadamu bukan sekadar cinta dunia semata-mata. Bukan cinta nafsu, bukan cinta palsu tapi cinta pertama, cinta satu. Cinta yang terbina di syurga, yang bermula tanpa pernah berakhir, kekal di sana. 

-Love You Eternally-
LOVE YOU ETERNALLY LOVE YOU ETERNALLY Reviewed by Ray FL on Tuesday, November 11, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.