SURAT UNTUK N - JANJI SATU UJIAN
UNTUK DIA YANG TERINDAH

SURAT UNTUK N

JANJI SATU UJIAN


Barangkali di sisimu
wujudku hanyalah di hujung tumit 
yang bakal tercicir
bila kau melangkah di setiap simpang.

Tetapi dalam hidupku kini
wujudmu adalah suatu keajaiban 
yang menakjubkan.

Sebutir tahi lalat kecil
yang bersemayam antara bibir dan hidungmu
adalah ibarat sejambangan bunga
yang bertahta di atas meja seorang raja
yang memukau mata dan khayalanku.


Random Posts :

Pages