KAWAN 2


Seorang kawan bertemu aku semalam, meluahkan rasa sakit hatinya. Pada siapa? Bini sendiri. Haha, aku ketawa tapi sebenarnya aku simpati. Lelaki ini dah jadi kawan aku sejak empat tahun lepas, sebelum beliau kawin perempuan tu lagi. Waktu dia jatuh cinta, dia jumpa aku, katanya dengan gembira, muka bercahaya penuh harapan, perempuan itu sempurna. Aku pun cakap, Alhamdulillah. Memang lawa orangnya, lengkap dengan body yang cantik. Enam bulan selepas tu, si kawan ambil keputusan nak kawin. Aku Alhamdulilah lagi dan mengaminkan. Kenduri pun berlangsung, kat hotel. Aku sempat jumpa mak abah kedua pengantin. Bergaya. Dua-dua ada gaya. Kawan aku nampak bahagia, mengepit bini. Aku cakap, jangan sampai patah katil malam ni, haha.

Setahun, happy aku tengok dia, tapi masih belum ada perancangan untuk menimang cahaya mata. Masuk setahun setengah, dia datang jumpa aku, dia cakap, "Ray... bini aku tu malas masak, kau tau tak, lama dah aku pendam ni. Tak tahan aku mengadap mamak hari-hari." Aku ketawa besar.
"Mak aku pon dah mula komplen, itu ini. Muka lawa, masak tak reti. Itu hari mak aku datang ke rumah, lepak seminggu. Bini aku jenis bangun lambat, mak aku ajak solat subuh, dia masih berdengkur. Ha, apa lagi kena sound la aku. Ni, tiap kali jumpa mak, aku kalut. Soalan sama mesti dia tanya. Mulalah dia membebel, katanya kau sebagai suami kena bimbing isteri. Memang la aku tau, tapi aku sendiri pon tak reti masak..."
"Kau semayang tak?" Si kawan diam. Kemudian menggeleng.
"Jarang, Ray."
"Tak reti masak tak pe, Fuad. Jangan tak reti semayang. Itu yang mak kau nak tengok, bukan lauk-pauk."
"Ray, dia jarang buat kerja rumah. Dia mintak aku sediakan maid... selama ni aku yang uruskan hal makan minum, kain baju aku yang basuh... selalunya ke dobi. Dia leka dengan kerja sampai tak ada masa urus rumah tangga."
"Kau tak cadangkan dia berenti? Kau semua ada, aku rasa dia tak perlu kerja lagi."
"Aku tak berani, Ray. Dari awal dia dah warning aku, jangan masuk campur hal kerja dia dan soal anak..... dia cakap lima tahun lepas kawin baru dia ready."

Aku faham, dia tertekan, tanggungjawabnya terbatas kerana akur. Tak mahu bergaduh katanya. 

"Itu tak betul, Fuad. Kau beruntung jadi lelaki yang boleh membimbing isteri sampai syurga, jadi pupuklah dia pelan-pelan. Aku nak sangat jalankan tanggungjawab tu... tapi hak aku terbatas..."
"Hanna ada toleransi, korang mudah berbincang. Hak tak ada batasan kalau ada kompromi. Dengan Amy hubungan kami kekurangan kualiti ni. Dia terlalu mengawal aku, hak aku yang sebenarnya terbatas, Ray. Bukan kau." Fuad berhenti. mengeluh berat lalu dia menyambung, "Kadang-kadang aku tak tau, apa sebenarnya dia  nak dari aku."
"Obviously, kau anak Dato'. Terkenal, loaded, ada rupa, perempuan materialistik mana yang sanggup tolak?"
"Mungkin betul cakap kau. Dia mintak aku sediakan maid mingu depan jugak, nilah aku nak kena cari..."
Aku ketawa lagi mendengar keluhan Fuad.
"Fuad, kau boleh sediakan dia apa je dalam dunia ni. Tukang masak, tukang cuci, tukang kebun, driver... tapi kau tak kan boleh sediakan dia driver ke syurga, ni kau punya kerja."
Fuad mengeluh berat.

"Kadang-kadang aku rasa aku silap. Enam bulan... aku sepatutnya menguji dia sekurang-kurangnya dua tahun."

KAWAN 2 KAWAN 2 Reviewed by Ray FL on Thursday, August 07, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.