PANTUN BERCINTA DI MALAM RAYA


Dayung dah di tangan, perahu dah di air, 
Yang lama dikelek, yang baru didukung. 
Dari telaga yang jernih, tak kan mengalir air yang keruh. 
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Indahnya pulau di tengah laut 
Di air yang jernih mendayung perahu 
Mata bertentang hati terpaut 
Di badan sendiri mengukur baju. 

Berbekal air telaga yang jernih 
Dayung di tangan perahu dah sedia 
Menjadi pulau benih yang baik 
Itula berkat sabar dan setia.

Perahu dah sedia untuk kau kayuh
Menuju pulau di tengah laut 
Tak akan hancur perahu yang kukuh 
Walau hebat dilambung ribut.

Perahu yang kukuh tak akan hancur 
Biar ribut ganas melanda 
Kasih sayang selalu subur 
Percaya terterap di dalam jiwa. 

Hati terpaut kasih berbunga
Rindu menjadi gunung berbukit 
Sehari tak jumpa rindu membara
Cinta beta bukan sedikit.

Kasih berbunga rindu menggunung 
Pandangan pertama tak mungkin dilupa
Makin berseri wajahmu kutenung 
Cinta yang luhur tercermin di muka.

Kasih tersimpul membara rindu
Bukan sedikit cinta di hati
Bahagia dalam cinta yang satu
Kusemat untukmu murni sejati. 

Cinta di hati bukan sedikit 
Rindu membara menyimpol kasih 
Sedangkan lidah lagi tergigit 
Semailah cinta, masalah disisih.

http://www.introversi.com/

PANTUN BERCINTA DI MALAM RAYA PANTUN BERCINTA DI MALAM RAYA Reviewed by Ray FL on Monday, July 28, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.