KAWAN


"Jesus Christ is My Lord."
"Your Lord is my Prophet."
Buat beberapa ketika, diam. Mungkin berfikir. Mungkin ada rasa marah. Aku pasti dia benci mendengar jawapanku.
"Jesus akan turun dan dia tak akan biarkan pendusta mendapat keredhaan. Jadi bertaubatlah. Pergilah kau ke gereja, baptiskan dirimu sebelum terlambat. Tuhan tetap pada janji-janjinya." Kata kawanku sewaktu dia menceritakan tentang hatinya yang kosong, tentang hidupnya yang tertekan dengan permasalahan. Semua yang berlaku secara global menekan perasaan, mahupun di sisinya sendiri yang menyukarkan kehidupan. Aku mendengar. Dari hari pertama dia aku kenali, dia seakan penuh dengan kemarahan, jadi aku mahu terus mendengar.
"Aku percaya itu benar dan aku juga percaya pada jalan yang aku ikut, tak akan berganjak dari situ. Jalan ini kujejak dari mula. Di jalan ini jugala akhirnya. Aku tak akan berpatah ke jalan yang lain."
"Terimalah Jesus Christ. Buka hatimu. Cintailah dia."
"Aku telah pon melakukan itu." Lalu aku bukakan hati untuk menceritakan tentang kepercayaanku kepadanya. Banyak percanggahan di sini nanti, aku sedia.
"Jangan biarkan dirimu dalam kejahilan."
"Aku sedar, ilmu aku masih amat cetek, kerana itu aku bersyukur. Kerana kejahilan inilah aku terus belajar dan mengkaji. Andai aku merasakan diri aku sudah cukup ilmu, bijak, pandai, sempurna dan betul, itu akan menjadikan aku bongkak, riak dan mungkin aku membelakangi kebenaran."
"Kau tak tahu apa-apa tentang agamaku, agama sebenar, agama untuk dipegang, satu-satunya Tuhan maha suci dan agung, Jesus Christ. Aku bukan Catholic yang terpesong, bukan juga Protestant yang memesongkan. Ajaran Christian sebenar dan tulen, yang diasaskan oleh rasul-rasul sendiri. St. Thomas, St. Thaddeus dan  St. Bartholomew."
Maka dengan sedikit pengetahuan melalui kitab yang aku baca, aku cuba meyakinkan dia tentang kesungguhan aku dalam pencarian ini. Sekurang-kurangnya aku telah membaca.

"Dan St. Peter, ketua kepada semua rasul, mengikut kepercayaanmu, telah merestui gereja tersebut sewaktu beliau melawat Babylon. Aku pernah membaca ini dalam 1 Peter 5:13.

- "Through Silvanus, our faithful brother (for so I regard him), I have written to you briefly, exhorting and testifying that this is the true grace of God. Stand firm in it! She who is in Babylon, chosen together with you, sends you greetings, and so does my son, Mark. Greet one another with a kiss of love. Peace is to you all who are in Christ."

Dia menyambut hujahku dengan ketawa.
"Kau membuat rujukan," katanya.
"Itulah yang si jahil sepatutnya lakukan." Matanya merenung tepat ke mukaku . Aku membalas, melihat ada kemarahan, keraguan dan kekosongan yang dalam di dalamnya.
"Adakah dunia ini sudah gila atau akukah yang gila? Aku jadi takut untuk membaca atau melihat berita, bencana, kekejaman di mana-mana. Bilakah ini semua akan berakhir? Bilakah Tuhan akan datang membantu kita? Akan terjadikah semua itu?" Soalan dipertemuan semalam dibangkitkan lagi dan sekali lagi aku memberi jawapan yang sama.
"Aku fikir kau sungguh-sunguh percaya pada Tuhanmu. Mengapa kau mempersoalkannya? Kau tau, tiada antara kita yang punya jawapan itu. Semuanya dah tertulis, hanya Dia yang tahu semua rahsia. Ini semua satu ujian."
"Ujian? Mengapa Tuhan menguji kita? Untuk apa?"
"Tuhanku telah berfirman,

- "Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan kelaparan, dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa juga hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu mereka yang apabila ditimpa oleh kesusahan, mereka akan berkata ; Sesungguhnnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Dia jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayahNya."

"Hidup ini juga satu ujian, jadi jangan persoalkan kerana setiap manusia diuji, cuma kita dicuba dengan ujian berbeza. Kau lihatlah sekitarmu."
"Ini sepatutnya dah berakhir."
"Ia akan berakhir. Jesus akan turun dan menyelamatkan umat manusia. Waktu itu hanya akan ada satu agama, hidup menjadi aman sentosa, tiada peperangan, tiada kelaparan, tiada kemiskinan, tiada kesengsaraan. Malah cukai dan zakat turut dihapuskan kerana tiada siapa yang layak menerima."
"Baptiskan dirimu sebelum Dia datang. Aku bangga dilahirkan dalam kepercayaanku dan apa pun yang kau katakan, itu tak akan mengubah apa-apa. Hati aku, hidup aku, seluruhnya kepada peganganku."
"Aku hormat pada pegangan dan kepercayaan engkau yang kuat. Jika semua manusia ada kekuatan ini, mungkin dunia tak akan berperang. Tiada kerinduan pada ketenangan lagi."
"Jadi?" Dia menyentuh tanganku, entah mengapa.
"Jadi apa? Jesus adalah nabiku. Aku tak akan ke gereja untuk dibaptiskan, jika itu yang kau mahu tau."
"Sudah!!! Cukup, aku tak mahu dengar lagi apa yang kau fikir tentang agamaku. Cukup!!! Jangan kau hina Tuhanku lagi." Sentuhannya ditarik semula. Kasar, aku rasa kesakitan itu.
"Aku menghina Tuhanmu? Wajarkah aku berbuat demikan, bila Tuhanmu adalah nabiku dan sebagai seorang Muslim, adalah kewajipanku untuk percaya pada nabi?"
"Stop it!!! Aku dah penat berdebat dengan orang-orang muslim seperti engkau. Aku boleh bercerita dan terus bercerita tentang jenayah yang Muhammad lakukan, merogol, meliwat, merestui pelacuran, tentang agamamu yang terpesong, tentang kitabmu yang tidak asli. Tapi cukuplah, aku tidak melihat apa-apa faedahnya dan kau tak akan mampu melawan aku, mengubah semua pendirianku."
"Don't say that about the Prophets, any of them when you refuse to search for the truth."
"Kau menghina Tuhanku."
 "Dalam perbualan kita, adakah aku menghina? Aku hormat pada pegangan dan kepercayaanmu. Jika kau mahu terus berfikiran begini, jadi kau tak perlu persoalkan lagi mengapa dunia tak berhenti berperang."
"Aku tak mahu dengar lagi apa yang kau fikir tentang Tuhan dan agamaku."
"Itu bukan apa yang aku FIKIRkan, itu adalah apa yang aku PERCAYA dan apa yang diAJAR dalam kepercayaanku. Maaf andai kau rasa terhina, tapi di sini kita ada satu persamaan. Kekuatan. Nampak tak? Sebagaimana kau kuat dalam peganganmu, seperti itu jugalah aku. Apa masalahnya di sini, jika perbualan kita bukan satu debat?"
"Apapun yang kau pertahankan tak akan mengubah aku."
"Aku atau kau yang mahu mengubah? Kau menyuruh aku ke gereja untuk pembaptisan, tapi aku sekali pun tak pernah mencadangkan kau untuk ke masjid dan mengucap dua kalimah shahadah."
"Tinggalkan aku sendirian."
"Baiklah."
"Selamat tinggal."
"Perang tak akan tamat, kau tahu mengapa."
"Leave me alone, please."
"Pastikan apa sebenarnya yang kau cari."
"SELAMAT TINGGAL!!!"
"Peace be upon you."

*****

"Kau masih memikirkan Assyria?" Tanya Hanna sewaktu menghidangkan aku secawan teh hijau. Dia menyertai aku dalam tulisan, membaca dan kemudian kembali menumpukan perhatian kepadaku.
"Ye, dia buat aku berfikir."
"Kau pernah melalui ini dengan seorang Protestant."
"Ye, juga seorang Katolik dari Selatan Amerika. Jehovah's Witness juga. Aku masih belum begitu faham tentang semua tu, aku masih mengkaji."
"Dia nampak semua tu tapi tak mau mengakui, kerana itu dia mintak kau tinggalkan dia." Aku mengangguk, setuju dengan kesimpulan itu.
"Aku rasa tak perlu berdebat lebih panjang, dia tau apa patut dia buat jika dia betul-betul cintakan kedamaian dan hargai hubungan sesama manusia."
"Don't worry about that, sayang. Gemanya kekal di situ, aku percaya."
"Tak, tak ada apa yang aku risaukan, malah aku berterima kasih kepada dia kerana dia buat aku semakin percaya. Aku tak tahu jika dalam dirinya ada impak yang sama."
"Tell me..." Tangan kekasihku aku pegang, kuat dan rapi, tak pernah terlepas. Dengan keyakinan, wajahnya kuamati dan kusyukuri.
"Hanna, di sini aku hidup. Jika aku mati dan aku hidup kembali, walau apa juga kehidupan selepas mati yang telah dijanjikan untuk manusia, cinta aku tetap SATU. Percayaku tetap SATU, begitu juga kasih sayangku kerana hati aku hanya SATU."
"Sayang, aku tau kau tak suka pada janji. Selama ini waktu telah mengizinkan bukti dan bila nanti waktu tiada lagi dan terbitlah waktu yang baru, kau tau, semuanya adalah SATU. Percayaku tetap SATU. Cintaku, kasih sayangku juga SATU kerana hatiku hanya SATU."
"Terima kasih, cahayaku."
Teh hijau yang pahit itu aku hirup bersama kemanisan diwajah Farhannaku.

"Each and every little thing is a miracle. It's just sometimes too close to us that we don't see it."
2001
KAWAN KAWAN Reviewed by Ray FL on Monday, July 21, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.