Happy Birthday

Ray FL

Kali ini apa? Special macam biasa, cuma rasa lega lebih dari tiga bulan lepas. Masa nak mengharung memang rasa payah, bila sedang mengharung, macam-macam fikiran berserta hal-hal yang mengacau hari dan emosi tapi bila dah selesai, fuhhhhh lega. Sekarang tersenyum puas hati.


"Selamat harijadi, sayangku. Masih lagi melukis, bila nak habis?"

"Masih lagi menyanyi, tak letih?"
"Tak. Ini bukan rutin baru, ini dah bertahun." 
"Hmm, tau pon kau... camtu la aku. Whatelse could I do, my darling? I'm so inspired by you," dia tersenyum meyakinkan aku.

Rumah baru kami akan menjadi satu galeri, satu studio. Kata orang Rome was not built in one day. Jelas maksudnya


Dulu kat tangan kita ada sebijik benih. Kau campak benih tu, aku pon campak sama. Kita tak tau pe nak buat dengan dia. Sejak pada tu, kita tak peduli pon hal biji benih tu, tapi kita nampak dia tumbuh. Selepas beberapa waktu, datang ke situ lagi, lihat dia makin besar. Tiga tahun. Subur, sihat
Aku tanya kau, "kita siram hari-hari ke?"
"Hmm... secara langsong tak, sebenarnya kita biarkan alam lakukan tu. Kau rasa betul?"
"Aku setuju. That's the way it supposed to be."
"Ni kita punya. Kita yang campak benih tu kat sini, ingat tak?" Dia menggamit memori.
"Tak mungkin aku lupa."
"Kita punya."
"Tentu sekali kita, kita punya. Kau dan aku."

http://www.introversi.com/2014/07/happy-birthday.html
SELAMAT HARIJADI,  CAHAYAKU
Tags

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!