9. SEPAKAT MEMBAWA BERKAT



“Oh, jadi bagaimana reaksi baginda sewaktu dirimu bertukar menjadi antu?” Tanya Paku Payong ketika antu dua beradik tersebut menghabiskan masa bersama, meneliti semula pelan menyelamatkan Tuan Puteri.
“Mula-mula nampak terkejut, tapi pastu dia normal balik, cam muka aku ni tak ngeri langsong, baginda buat selamba kambing je pastu, sikit pon tak de reaksi takut."
“Ha ah, muka ko dah tak ngerila sejak gigi ko dah tak jongang lagi. Sebenarnya kau nampak jelita, luar biasa, tak disangka-sangka. Kalau ko bukan akak aku, mesti aku nak ngorat ko hahaha... kidding. So camne, awek tu tak nak kau lagi ke, beliau tinggalkan kau ke camne sekarang ni pas dia tau ko tu antu?” Paku Payong bertanya lagi, menunjukkan minat terhadap kisah cinta kekandanya. Selesai menggulong rokok daun bertembakaukan marijuana segar Kolombia, dia menghirup kopi O ‘kaw’ dari Brazil. Kemudian dengan perasaan bahagia dan senang hati, dia menyandarkan badannya di kepala katil milik si kakak.
“Sebenarnya aku tak suka kau melados dalam bilik aku, busuk ko tau tak?” Paku Tekan menyuarakan perasaan tak senang hati dengan perilaku si adik yang mencemar ruang udara kamar tidurnya.
“Ah, relaks la bukan selalu. Ko ni banyak komplen la. Ajak mesyuarat kat bilik aku, ko cakap bilik aku busuk, banyak bakteria, kulapuk la apa. Sekarang saya dah setuju mesyuarat di sini, lagi lu mau komplen tak kasi saya lados juga. Tara syok la ini macam. Tak de Aunt Mari, ilham tara datang la.” 

Tanpa memberikan jawaban, Paku Tekan bangun menuju ke tingkap dan membuka semua jendela yang terdapat di biliknya. Angin pon menerjah masuk, membawa udara segar dari sungai. Untuk beberapa ketika, Paku Tekan berdiri di situ, memandang ke luar, ke sekeliling, mengagumi keindahan alam. 


"Betapa nyaman dan damai bumi kelahiranku ini. Indahnya kampungku, betapa hijaunya desaku. Tapi semua ini akan aku tinggalkan demi membina hidup baru, demi cinta suciku untukmu, Puteri Sanggol Terbalik.” Hatinya berbisik. Satu keluhan kecil terhela dari paru-parunya yang bersih tidak pernah dicemari nikotin apalagi unsur-unsur narkotik. Dia kemudiannya memalingkan badan, memandang ke arah Paku Payong yang leka melayan kecanduan sambil menghembuskan asap dari mulutnya, membentuk objek-objek bujur, bulat, kalau nasib ada baik juga, objek bersegi pon boleh keluar. Senang nampaknya hati si Paku Payong, macam tak ada masalah langsong, padahal hari kahwin dah dekat benar. Tak sedar ke dia, yang dia tu bakal jadi mangsa keadaan kalau rancangan mereka gagal?

“Aku dah buat keputusan, aku akan tinggalkan kampung ni dan mulakan hidup baru bersama Tuanku Puteri. Aku nekad nak jadi manusia.” 
Pengakuannya itu langsong tidak mengejutkan si adik, malah si adik tersengih ketawa meleret.
Dah aku agak. Abih, baginda tak kisah ke kau antu? Antu betine lak tu, camne? Cuba kau cerita secara detail apa jadi pas ko bertukar malam tu?” 
Kopi O dihirup lagi sehingga cawan pon kosong, lalu dituangkan kopi O yang baru. Satu untuk diri sendiri, satu untuk si kakak yang masih berdiri di jendela. Kemudian dia bangun, membawakan cawan kopi itu kepada kakaknya. Cawan bertukar tangan, Paku Tekan melangkah perlahan kemudian duduk di atas sofa empuk berbulukan kulit rimau bintang albino, yang tersedia di bilik tidurnya yang agak mewah. Paku Payong mengekori dan duduk berhadapan mengadap muka kakaknya yang kelihatan serius.

“Baginda cakap, cinta itu luas maksudnya lalu baginda meminta aku membawa baginda terbang ke awan. Jadi lepas date hari tu, aku pon terbangkan beliau ke awan, sewaktu menghantar beliau balik. Memang dah lama aku niatkan nak bawak dia terbang, sebab aku risau bila dia memanjat tembok, memanjat pagar, melompat, menyelinap cam penyamun tarbus, takut-takut kalau dia terjatuh ke, tercedera ke, sayang woooo... nyamuk pon tak akan aku izinkan menyentuh beliau. Well, anyway, baginda nampak sangat-sanngat happy dan teruja dalam penerbangan tersebut. Semasa dalam penerbangan, baginda telah melafazkan cinta sucinya kepadaku dan berikrar bahawa hanya diri ini di hati baginda dan baginda juga meyakinkan diriku ini dengan kerelaannya menempoh semua liku kehidupan bersama daku. Di waktu yang sama, baginda juga telah mencium bibir ini lagi... First French Kiss malam tu, aku masih lagi Kurt Cobain, second kiss, masa atas awan tu, ni dalam jasad fisikal, rupa antu ni, baginda cium aku. Menurut beliau, cinta tak kenal siapa dan beliau juga cakap, beliau sukakkan rambut daku, seksi katanya.”
"Dah berkucupan Perancis bagai, atas awan lagihow romantic. Esok aku pon nak buat cam tula kat Cleo. Ko taula, Siamang Ghost mana leh terbang, bergayot retila dia. Nama pon Siamang. So, lu dengan si Sanggol Terbalik tu... ni kira happy ending la ni, ye?
"Hampir. Inilah yang nak aku usahakan. Kita mesti bertindak, Payong. Kau takkan nak jadi bini si Putera Songkok Beracon tu. Ko tau, aku dah jumpa dia dalam majlis tari menari malam tu. Tak senonoh je rupa kau tau? Dah tu tak ada sopan santun lak. Lagipon kau mesti tak nak anco kan hati Cleo, betul tak?” Paku Tekan membakar semangat dan amarah adiknya. 
“Cisss, tak akan aku biarkan diri ini berlakikan jantan seperti itu dan tak mungkin aku nodai cintaku kepada Cleopatra.”

Maka, kedua beradik pon terus berbincang dan melicinkan rancangan mereka dengan penelitian yang halus. Mereka telah menggunakan setiap kesempatan yang ada dengan mengorek segala rahsia dari bapaknya sendiri yang tanpa sedikit pon menaruh syak wasangka terhadap anak-anaknya, malah dengan sukarela penuh kebanggaan dan sukacita beliau tak teragak-agak menceritakan bagaimana proses penculikan itu akan dilakukan di malam berinai nanti. 

Pada setiap waktu makan, si bapa dengan rasa gembira dan yakin menghuraikan betapa hebatnya rancangan yang telah dia rangka bersama balaci-balacinya dan tanpa rasa bersalah, beliau juga telah mengores perasaan si isteri dengan menceritakan bagaimana beliau mahu mengadakan majlis gilang gemilang dan pesta keramaian sempena perkahwinan antara dia dan sang Puteri nanti.


“Korang tau, abah nak buat kat hotel 7 bintang. Kalau boleh ke bintang terus abah nak terbangkan bakal mak baru korang tu. Abah dah survey semua harga, tak la mahal sangat, sekali bilik suite, kos perbelanjaan kawin abah dengan mak tiri korang tu nanti adalah dalam kira-kira 130K pound sterling. Nanti dah dapat mak baru, lawa pulak tu, janganla korang buat hal depan beliau, malu abah nanti. Behave yourself, tau.” 
Begitulah si abah berbunyi di meja sewaktu makan malam pada hari tersebut, tanpa sedikit pon peka dengan kehancoran yang sedang dia lakukan pada hati si isteri. Mereka berdua sedar akan perubahan di wajah ibunda mereka. Tercebik-cebik bibir si ibu menahan sedih dan marah. Akhirnya beliau meninggalkan meja makan tanpa sepatah kata, tanpa menjamah sedikit pon lauk-pauk yang biasanya mampu memalingkan semua nafsu beliau terhadap unsur-unsur lain.



“Abah ni tak patot la cakap camtu depan mak, tengok dah merajuk tu... makan pon tak,” kata Paku Tekan, tidak setuju dengan tindakan si abah.
“Ah, biarlah dia. Biar dia berdiet sikit. Ko tak nampak badan mak ko tu dah macam belon udara je rupa? Elok la kalau dia belajar melangsingkan badan. Abah ni lelaki, lama-lama tengok bini makin membulat, tertutupla semua pintu napsu. Tu abah setuju dengan lagu Sipot Sarawak tu, Tiru Macam Saya... ha, korang amik iktibar sikit... esok masing-masing dah kawin, tak nak laki lari, tak nak laki menggatal dengan betina lain, pepandaila jaga badan, jaga kulit, jaga bentuk, jaga rupa sebelum senyum sayang kau berikan dia. Ni dahla badan serupa belon udara, jangan kata senyum sayang, senyum kambing pon belum tentu. Huh, I pedap la tau... korang kalau tak nak jadi camtu, baik ikut nasihat lagu Sipot Sarawak tu. Jangan esok badan dah membuntal, laki jugak korang salahkan. Ha, kejap biar abah pasang CD dia. Sambil-sambil makan malam bersantai camni, memang best layan lagu lama. Jap erkkk, biar abah gi pasangkan kuat-kuat, biar mak ko dengar, biar dia insap sikit." 

Paku Tekan dan Paku Payong saling berpandangan, lalu sama-sama mengangkat bahu.
“Siapa yang nak berlaki?” Tanya Paku tekan kepada adiknya.
Entah... konfiden je abah tu nasihat kita padahal dia bukan tau anak dia dua-dua berhaluan kiri.” Jawab si Paku Payong. Mereka ketawa senang hati, melihat gelagat si abah dari jauh.

Lagu pon dimainkan, mengisi ruang rumah banglo mewah mereka di kaki bukit itu. Si bapa menghampiri meja makan sambil menari-nari, menggayakan lentok badan Sipot Sarawak menyanyikan lagu tersebut. Sengaja volume dikuatkan, sengaja suaranya ditekan-tekan, sengaja nak kasi panas hati bini sendiri yang duduk sendirian melayan duka di balkoni. Memang sengaja nak carik gaduh. Nampaknya bapak si antu paku sangat gembira senang hati pada malam itu. Penuh yakin dan semangat nak naik pelamin lagi, tak sabar dia nak jadi pengantin baru.

Pandanglah, lihatlah
pinggangku nan ramping dan dadaku yang bidang
marilah tuan-tuan dan nyonya, sama-samalah pandang
perempuan yang cantik bikin hati goyang

Pandanglah, lihatlah
rambutku nan ikal dan mataku yang hitam,
Inilah selalu menjadikan orang hilanglah akal
rumahtangga tak kekal, gilakan bayangan

Perempuan tak pandai menjagalah badan
suaminya tentu lekas menjadi bosan
mengerbang rambut macam hantu dalam hutan
suami memandang hampir pengsan.

Perempuan kalau sayangkan suaminya
Pandang sini, tirulah seperti saya
jaga bentuk, jaga kulit dan jaga rupa
Senyum sayang kau berikan dia
Pandanglah...lihatlah...
tiru macam saya........”

Begitulah bait-baik lirik lagu tersebut yang dinyanyikan dengan penuh bahagia sambil menarik tangan kedua anaknya, membawa mereka menari bersama. Tanpa banyak cerita, kedua anak antu tu pon menari bersama, melayan kerenah si abah, tanpa si abah mengetahui sebenarnya anak-anaknya itu mahu mengambil kesempatan untuk menjejak lokasi botol kecik, potion berwarna emerald yang mereka perlukan dalam usaha menyelamatkan hidup masing-masing. Lagu dimainkan berulang-ulang, si ibunda yang duduk melayan perasaan di balkoni cukup berbulu melihat dan mendengar tarian dan nyanyian sumbang si laki anak beranak yang bergelak ketawa tanpa langsong mengendahkan perasaannnya yang tergores.



“Lagi nak bahan aku dengan lagu tu, ingat apa, aku tak leh diet? Lagi lawa dari anak raja bajet Iran tu. Huh... Tak pe, takpe, ni hari kau. Nanti hari aku sampai, ko buat la, nyesal tak sudah ko nanti.” Si ibu mengomel sendirian, mengerling dengan rasa tak puas hati  ke arah ketiga beranak yang sangat senang hati bergedang-gedobek bersama sambil  berpegangan tangan menari dalam bulatan.

*****

Sewaktu Puteri Sanggol Terbalik sedang berehat-rehat membaca buku di taman, dia didatangai tunangnya, Putera Songkok Beracon, dalam keadaan mabuk. Secara kasar, anak raja tersebut merampas buku dari tangan Puteri Sanggol Terbalik, lalu mencampakkannya jatuh ke dalam kolam. Meluap kemarahan katak air yang bersimpati terhadap bossnya dengan tindakan kurang ajar si putera sasau. Dengan segera, melompatlah Khazi ke dalam kolam untuk menyelamatkan buku milik tuan puteri. Khazi tau sangat, buku itu adalah buku kegemaran dan kesayangan tuan puteri, Detective Conan Volume 1, First Edition, English Version, 2004, hadiah dari crushnya, Dato’ Ray. Hehehehe... lalu dengan semangat setia kawan dan kasih terhadap seorang boss, Khazi pon berjaya menyelamatkan buku tersebut dari musnah dimakan air.

“Hang ingat aku nak sangat kawin hang? Ni pasai mak abah aku paksa, hang tau, paksa!!! Aku nak kawin hang pon semata-mata nak bagi jeles bekas awek aku, hang pon lawa, mak abah hang kaya raya. Ex aku tu muka sipot sedut, rambut cam antu lampor, aku memang tak selera. Hang lawa, hang bergetah, mantap, seksi lagi mengiurkan. Salahkah beta mencintaimu? Hang nak cakap soal cinta, orang kebanyakan rupa tu hang gila kan? Hang gila ka apa? Memang aku ngaku dulu aku rasa camni, tak pasti, tapi cayalah, aku sekarang tak macam tu lagi, aku cinta hang, aku cinta hang betui-betui ni. Aku takkan lepaskan hang, Sanggui Terbalik. Hang aku punya. Aku bunoh Kurt Cobain tu malam ni gak!!!” Putera raja itu nampaknya betul-betul mabok, cakapnya pon dah merepek-repek, tak tentu ujung pangkal. Dia tak tau kat mana dia berdiri.

“Beta gila ke tuanku yang gila? Kalau berani buatla. Dia tak salah, hal ni tak de kena mengena dengan dia langsong. Kau tu yang menyondol membabi buta, kau nak salahkan orang. Memang tipikal anak raja lari asrama! Kau faham tak, dah aku tak nak kat kau, sudahlah. Tak payah nak carik salah orang lain, huh nak jeles-jeles lak dia, dasar tak tau malu!!!” Tuan Puteri Sanggol Terbalik menjawab mabok si putera raja dengan kewarasannya.

“Hah, tak kirala ada kene ngena ke tak, aku nak bunoh dia jugak, aku tak suka dia. Hang pon kemain gatai lagi bepeluk sakan dengan dia malam tu, menari kemain lagi, hang buat cam aku ni tak wujud, hang ingat aku tak ada rasa jeles? Hang tunang aku, bakai bini kau, reti?!!”
“Oh, jeles ye? Yang kau tak habis-habis dengan handphone tu, ada kau pedulik sekeliling? Nak kondem orang, periksa la diri tu dulu. Bongok!!!”
"Aku akan bunoh Kurt Cobain hang tu, hang cayala cakap aku. Ni Songkok Beracon tau, apa dia cakap, dia akan buat. Hang jangan nak main-main sama aku. Nak tak nak hang akan jadi binik aku, masa tu nanti jangan hang menyesai. Tempat bagi seorang wanita adalah di sisi suaminya. Hang ingat tu, Sanggui. Ingat!!! Hang aku punya, bukan orang kebanyakan, miskin hina macam Kurt Cobain yang hang puja-puja tu. Aku dah suruh askar aku carik rumah dia, sekarang jugak aku g bunoh dia."
"Layang ke mung.... jom Khazi. Orang gila usah dilayan." 
Dengan selamba Puteri Sanggol Terbalik melangkah meninggalkan taman. Dalam hatinya sikit pon tak ada rasa takut dengan ancaman anak raja tersebut malah, dia tersenyum sendirian sambil hatinya berkata, 
"kau tak tau buah hati aku tu antu. Esok kau yang kena sampok baru ada akai. Baru ko sibuk nak buat tangkal ketegur bagai. Hahahaha, bloody-fool. Kau nak cari, kau nak bunoh tu khayalan kau je, dalam mimpi bolehla."
"Betol tu sayang, tak akan dia mampu membunoh hamba... walau dalam mimpi sekalipon." Tiba-tiba muncol Paku Tekan di sisinya, dengan senyuman.
"Ehhh... Baby....... bila sayang sampai? Camne sayang boleh tau apa yang beta fikirkan?" Gembira bukan kepalang hati si puteri saja bila kekasihnya muncol tanpa perlu dirayu-rayu, disuruh-suruh, didesak-desak.
"Patik tak tau, cuma patik ada kuasa dengar yang ultra sensitif, tuanku. Patik boleh dengar apa yang hati tuanku katakan."
"Oh, yang benar ni, sayang? Hebat, hebat... hmmm... kalau macam tu susahla beta nak berahsia kalau semua pon tuan hamba boleh dengar." Sang Puteri mengusik sambil mengerling seksi, membuat hati Paku Tekan luruh macam cempedak jatuh ke bumi. Baginda berjalan menuju ke balkoni, Paku Tekan membontoti baginda sambil memerhatikan lenggang-lenggok baginda yang menggugat iman.
"Betol sayangku, tapi patik tak pasti sama ada kuasa ini akan teros berfungsi jika hamba bertukar kekal menjadi manusia buat selamanya."
"Apa maksudmu, sayangku?"
"Begini sayang... bersama adikku, telah patik rangkakan rancangan untuk menyelamatkan tuanku sebelum mafia itu mencolek tuanku. Segalanya serahkan ke atas batu jemala patik, tak perlu tuanku risaukan..."
"Jap, jap, jap sayang..." Laju Puteri raja memotong mukadimah si Paku Tekan.
"Kalau tak formal sangat boleh tak? Tak payah nak bertuanku, tuanku dengan beta. Panggil sayang sudah."
"Oklah, kalau itu yang sayang nak, kici punya hal juga..."
"Bagos, sekarang teroskan, beta suka mahu mendengarnya."
"Camni sayang, biarlah patik berteros terang... sebenarnya, mafia tu bapak kandong patik sendiri."
"What?!!!!"
"Yes, believe it. Bapak hamba memang mafia tersohor di kalangan hantu-hantu semua. Beliau ada battalion yang kuat. Tapi percayalah sayang, anak dia ni lagi cekap, akan patik buktikan. Patik tak setuju dengan rancangan abah patik... dan lagi, dia sebenarnya nak tukarkan adik patik mengambil alih tempat tuanku, sementara diri tuanku akan diambilnya sebagai isteri yang sah, itulah rancangan beliau yang sememangnya ditentang keras oleh patik, adik patik dan dah tentulah bini dia sendiri iaitu bonda kami."
"Ohhh, begitu... jadi apa rancangan sayang?" Puteri Sanggol Terbalik mengambil tangan Paku Tekan dan membawa mereka duduk saling bertatapan, menjemput kekasihnya itu minum teh sambil menghargai keindahan alam dari tingkat tiga istana. Memang sejuk mata memandang alam yang menghijau dilengkapi cahaya cinta yang terpancar di wajah lawa Tuanku Puteri. Dari kejauhan kelihatan berbalam-balam bukit dan bukau yang mengelilingi lembah tempat mereka berkampung. Hijau dan nyaman, unggas dan burung serta fauna-fauna lain bermesra dengan flora yang menjadi teman setia. Damai rasa hati Paku Tekan, seolah-olah dunia ini jauh dari segala peperangan, tipu daya dan kejumudan.

"Minum sayang," si awek menghulurkan secawan teh berserta sekuntum senyuman manis kepada sang kekasih yang dirinduinya. Sama seperti yang berlaku dalam hati Paku Tekan, baginda juga merasa sangat tenang dan aman bila si antu ada di sisi. 
"Terima kasih. Sayang, sebenarnya camni, abah patik ada potion untuk menukarkan diri antu paku menjadi manusia abadi. Patik akan curi potion itu untuk kita mulakan hidup baru bersama. Sayang, aku nak buat semua ni demi membuktikan cinta aku yang dalam terhadap dirimu yang aku kagumi, bahawa cinta ini bukanlah cinta dibibir semata-mata. Ini demi cinta kita. Aku mahu kau menjadi milikku sampai bila-bila." 
"Oh... Tekan... begitu dalam cinta tuan hamba kepada beta?" 
Puteri Sanggol Terbalik memandang sayu ke wajah antu kesayangannya itu, tersentuh dengan kelembutan dan keikhlasan cinta yang dihulurkan.
"Akan patik buktikan, sayang. Segala kewarasan ada di situ."
"This is the best sound I have ever heard in my entie life, baby. Wow... beta betol-betol teruja, tak sabar beta nak blah dari sini dengan tuan hamba. Bayangkan... bayangkan, sayang... kita akan tinggalkan tempat ni. Pergi jauh-jauh, mulakan hidup baru. Nanti kita sama-sama sambung study. Ada rumah sendiri, biarpon kecik tapi kita penohkan dengan kasih sayang yang banyak dan cinta yang melimpah ruah. Mesti best, kan... nilah yang selalu beta impikan." 
Bersinar-sinar biji mata Puteri Sanggol Terbalik refleksi kegembiraan serta impian yang dibawa Paku Tekan dalam hidupnya. Hati si anak raja yang cantik melonjak gembira, berlagu bahagia. Semua semangat dan keyakinan berkumpul dalam darah. Kekuatan pon terbina, tak ada kesangsian lagi.
"Malam nanti akan patik temukan adik patik pada tuanku..."
"Aaa ahhh.... no tuanku, tuanku. It's Sayang. Your sayang," jari telunjuknya baginda letakkan ke bibir Paku Tekan. Si antu tersengih  bahagia bila disentuh begitu. Dalam hati dia memuji keindahan wajah si anak raja. Sikap bersahaja dan tak control ayu membuatkan Paku Tekan semakin mengagumi baginda.
"So, malam ni patik ambik sayang kat sini, kita lepak kat sungai, OK? Nanti kat sana, Payong, adik hamba dengan awek dia akan menyertai kita. Katika dengan Khazi pon ada sama. Bolehla kita bincangkan dengan lebih detail tentang rancangan kita untuk meloboskan diri dari masalah ciptaan mak abah kita ni."
"Great. Beta setuju, beta percayakan tuan hamba. Hmm... baby..."
"Yes, tell me my love..."
"Kalau nak request satu, boleh?"
"Anything at all."
"Beta teringin sangat nak pergi ke kampong tuan hamba, nak sangat tengok camne kehidupan hantu, nanti boleh sekali bawak beta pergi melawat rumah tuan hamba, boleh?"
"Hal kecik... tapi malam nantila bia mak abah dah tido. Takut karang, abah patik nampak sayang, habis..."
"Tekan..." Dengan pergerakan seksi Tuanku Puteri menghampiri Paku Tekan lalu merehatkan punggungnya di ribaan sang antu paku sambil melingkarkan kedua belah tangan di leher kekasih pujaan hatinya itu.
"Hmm..."
"I really love you."
"Sayang tak kisah, patik ni hantu? Hantu betina lak tu?" Puteri Sanggol Terbalik menjawab kesangsian itu dengan menggelengkan kepalanya.
"Itu semua bukan ukuran. Cinta yang sejati lahir dari hati yang ihklas, tanpa paksaan. Inilah yang beta rasakan. Tapi baby, beta ada kemusykilan. Nanti bila baby bertukar jadi manusia, hmmm... jadi Kurt Cobain ke camne? Beta confuse la..." Soal baginda sambil tangannya membelai-belai rambut Paku Tekan yang cantik mengurai kehijauan bak rumpai air di lautan dalam.
"Oh, itu pilihan... hmm... patik kena pastikan betol-betol, camne rupa bentuk yang patik nak jadi sebab ini adalah pilihan sekali seumo hidop, takleh tukar-tukar dah."
"Ooohh begitu. So... sayang nak jadi Kurt Cobain?"
"Sayang nak patik jadi Kurt Cobain ke?"
"Beta nak sayang jadi diri sayang yang sebenarnya, itu cukup untuk melengkapi hati beta dengan warna dan melodi."
"Terima kasih, tuanku..."
"Hmmm tuanku lagi.... it's sayang, S.A.Y.A.N.G." Lalu bibir antu yang selalu tersasul dah terbiasa memanggil tuanku, tuanku itu pon akhirnya dikucup panjang oleh bibir sizzling hot baginda.  

"Kemain bahagia lagi..." Krekkk, krekkk... Katak air yang dari tadi hanya memerhati dalam diam kini berbunyi, memotong stim keghairahan pasangan kekasih tersebut. 
"Ah, kau ni kacau daun la Khazi, kasi can la... ko g la jumpa awek ko. Chuss, Chuss..."
"What's wrong, sayang?" Tanya si puteri yang tak memahami komunikasi antara antu paku dan katak air.
"Tak de pe... Khazi cakap dia nak keluar dating dengan Katika."
"Ohh, camtu.. ha, pergila Khazi, pergila... tinggalkan kami berdua kat sini. Kami perlukan privacy."
"Huh, berlagak... sekarang halau halau aku..."
"La, bukan halau.. tapi tak baik la ini scene tak sesuai ditonton katak air."

CUT!!! 
SCENE INI TIDAK SESUAI DITONTON ANTU PAKU DAN KATAK AIR 
DI BAWAH UMUR EMPAT BULAN SETENGAH

"Memang tak patut abah buat mak camtu, tak ada hati perot langsong," Paku Payong mengurut-urut bahu ibundanya yang teresak-esak menangis.
"Dia cakap badan aku ni dah macam belon udara. Dia tak ingat, ni semua pon dia punya angkara juga, badan aku jadi ini macam. Esok dia kawin itu puteri, tengokla, kejap je badan si puteri tu jadi macam tapir laut. Takkan selamanya hot. Dulu aku pon hot, badan slim, lawa bergetah, dia tergila-gilakan aku sampai sanggop ceraikan binik dia yang lagi gemok dari aku, kononnya nak sehidop semati dengan aku, tak kira gemok mana pon. Sekarang aku dibuat barang mainan je. Dah pandai komplen. Hamjad betol." Si ibu meluah rasa dalam tangisan.
"Kita kena buat sesuatu supaya abah sedar dari lamunannya. Abah tu memang tak sedar diri. Dah tua, dahla antu paku ada hati nak kawin manusia, anak raja lak tu. Kita mesti bertindak. Aku pon tak nak dia kawin itu puteri. Puteri tu dah ada kekasih, dia mau kawin sama itu orang, mereka mau lari juga. Camnila, mama, kita boleh bersatu menangkis hal ni, what say you?"
"Mak ikut je mana yang baik. Mak tak nak abah kau hilang pedoman. Mak sayang abah kau tu. Banyak dah mak berkorban untuk dia sampai dia jadi mafia berjaya camni, dia tak hingat tu semua. Lagipon, puteri tu tak sesuai langsong dengan dia. Memang tak leh blah."
"Mak tau, sebenarnya abah nak tukarkan Payong dengan puteri raja tu. Dia nak suruh Payong makan potion tu jadi manusia."
"Itu aku tau... hari-hari dia bercerita sampai naik hapal aku dialog dia. Siang malam pagi petang, asal ada je kesempatan, tak renti dia membuat pengumuman.Teruja sangat."
"Ha, kalau camtu mak curikla potion tu. Kalau takde potion tu, tak leh la dia tukarkan Payong, nanti plan dia semua pon kantoi la. Nanti dah dapat potion tu, bagi kat Payong, taula Payong apa nak buat. Amacam? Deal?"
"Akan aku usahakan. Potion tu ada dalam perut dia belah kanan, malam karang aku cuba dapatkan. Biasanya kalau malam dia letak potion tu bawah pokok bunga balong ayam kat balkoni bilik, katanya nak kena kasi berembun bagi power kuasa sakti potion tu."
"Oooo... itu macam kalu manyak sinang la kirja." Menyenget senyuman Paku Payong bila mendapat info terkini dari ibundanya.
"Mak akan cuba dapatkan potion tu secepat mungkin. Hal ni mesti diselesaikan dengan kemas dan teratur."

Begitulah dengan mudah sekali Paku Payong memujuk ibunya untuk mendapatkan potion tersebut, tanpa perlu berdolak dalih, tanpa bersusah payah menerangkan semua hal detail. Fikiran si ibu tertumpu hanya pada lakinya, hal-hal lain dia tak ambik peduli. Terlintas di fikiran Paku Payong, bagaimana reaksi ibundanya nanti jika tahu bahawa Paku Tekan mahu menjadi manusia dan pergi jauh dari kampong itu untuk memulakan kehidupan baru bersama-sama Puteri Sanggol Terbalik. Bagaimana pula penerimaan beliau tentang orientasi seksual anak-anaknya nanti? Hal ini mesti dibincangkan dengan Paku Tekan. 


"Kalau potion selamat dicurik, semua hal pon proceed dan succeed, sebelom melangkah keluar dari kampong ni mesti ko kena bagitau mak dulu. Takkan ko nak main cabot cam tu je?" Paku Payong menyuarakan buah fikirannya.
"Aku akan berteros-terang sama mama. Dan saya akan kenalkan dia dengan bakal menantunya." Dengan semangat dan nekad, Paku Tekan telah lama memikirkan hal ini dan mengambil keputusan untuk tidak merahsiakan apa-apa dari keluarganya bila semua rancangan berjalan lancar nanti. Dia amat yakin dengan keputusan yang dibuat. Untuk pertama kali dalam hidup, tak pernah dia merasa lebih berkeyakinan dari ini. Semua sejak kehadiran cinta tuan puteri yang telah mengubah seluruh rasa dan perasaannya.


*****

Malam itu, seperti yang telah dijanjikan, Paku Tekan pon menjemput Tuanku Puteri dan menerbangkan baginda ke sungai tempat mereka memadu kasih. Di sana, Paku Payong dan Cleo sudah menanti, begitu juga Katika yang setia menunggu kekasih hatinya, Khazi. Pertemuan malam itu adalah pertemuan buat julong-julong kalinya. Puteri Sanggol Terbalik yang memang selalu teruja pada sesuatu yang baru memperlihatkan reaksi gembira bila Paku Tekan memperkenalkan baginda kepada Paku Payong dan juga Cleo.

"Wow, tak sangka beta... hantu semuanya hot-hot belaka. Biasa dayang-dayang cakap, antu semuanya rupa hodoh, ngeri, menakutkan, hmm rupa-rupanya burok kabar dari rupa. Nice to meet you, bakal adik ipar dan biras beta... what's your name again?" Tangan dihulur dan dijabat penuh mesra.
"Cleo. Cleopatra anak Dato' Borhan, wakil rakyat kat daerah ni."
"Ohh, anak Dato' Borhan. Hmm great. Beta rasa bertuah dapat bertemu dan berkenalan dengan tuan hamba semua."  

Maka berbincanglah ke tiga-tiga pasangan kekasih itu di malam yang sunyi dengan penuh berhati-hati. Masing-masing menumpukan perhatian dengan rasa tanggungjawab yang tak berbelah-bagi, memberi buah fikiran dan pendapat bagi melicinkan semua rencana agar tidak terkantoi dalam perjuangan itu nanti. 

"Berpantang makan selama tiga hari, tiga helai daun keladi bunting ditelan bersama tiga ekor berudu sulong di malam minggu purnama penoh mengambang di langit. Itulah syarat-syaratnya. Tak susah mana pon." Paku Tekan membuat penghuraian apabila adiknya menerangkan tentang persetujuan ibunda mereka untuk membantu mereka mendapatkan potion tersebut.
"Hmm... pantang makan, tara hal. Keladi bunting pon ada ni kat tepi-tepi sungai ni, senang nak trace, malam minggu bulan penoh tak de masalah. Tapi berudu sulong camne nak kenal?" Persoalan yang dikemukakan Paku Payong ada logikanya. 
"Berudu banyak dalam sungai ni, kat paya tu, kita survey la mak abah dorang seko-seko," jawab Paku Tekan pula.
"Ah, ko ingat dorang nak bagi? Dorang nanti banyak crite, nanti sibok-sibok tanya nak buat apala, nak pampasan la apa.. leceh la... ko bukan tak tau katak-katak kat sini semuanya cekik darah."
"Betul tu sayang... lagipon susahla nak kenal, dorang leh je tipu kita nanti...ntah-ntah bukan berudu sulong, dibaginya pulak kita berudu angah ke alang ke nanti, mana kita tau. Sia-sia je nanti usaha tak menjadi disebabkan sifat sirik katak-katak tu." 
Buah fikiran Paku Payong disambut positif oleh Tuanku Puteri. Di masa yang sama, pandangan Paku Tekan jatuh ke wajah Katika yang hanya hanya mendengar perbualan mereka. Kemudian pandangannya dialihkan kepada Khazi lalu Paku Tekan bersuara, 
"Aku rasa inilah masanya kita nak merasa melambong anak katak air kacukan Kazakhstan - Malaysia, " sambil keningnya diangkat-angkat berserta senyuman penoh erti. 
Khazi yang memahami maksud senyuman itu, mengerling manja kepada Katika yang malu-malu katak mendengar usulan yang dibuat Paku Tekan. Semua mata tertumpu kepada si katak air betina, menunggu respon, mengharapkan persetujuan.

"Ha, tu...perempuan kalau dah diam tersipu-sipu malu macam tu tandanya dia setujula tu, bak kata orang kebanyakan, tak gitu Tuanku?" Cleo mencelah setelah kian lama membisu, leka melados tak lepas puntong. Mereka semua ketawa. Muka Katika yang hijau menjadi kebiru-biruan menahan malu-malu kataknya.

Hmm, nampaknya Khazi dan Katika tak ada objection langsong dengan usulan kawan-kawan mereka. Yela, dalam group tu pon hanya mereka je pasangan lurus, yang lagi dua semuanya berhaluan kiri. Dengan senang hati pasangan katak air tersebut pon mempersetujui perjanjian tanpa kontrak, atas nama kasih sayang sesama makhluk dan semangat setia kawan yang tinggi. Maka mereka semua pon saling peluk-berpelukan sesama sendiri, menghargai semua pengorbanan yang sanggup dicurahkan dengan ikhlas hati. Semakin erat rasanya hubungan kekeluargaan dan persahabatan bila masalah sama-sama dipikul, tak kira berat atau ringan. Persefahaman dipupuk dengan perbincangan dari hati ke hati, menolak keegoan yang sering meruntuhkan keharmonian. Bersatu teguh, bercerai roboh. Bersekutu bertambah mutu, sepakat membawa berkat, mudah-mudahan. Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan, tinggal kita nak tak nak je cam kata Zarah Agos, 'boleh ke tak boleh, jangan dalih-dalih'. Kalau hati tak de pergerakan memang banyak alasan yang direka. Tapi kalau bersungguh, benda tak masuk akal pon leh jalan.
"Kita buat dia, bukan dia buat kita, betul?"
"Betul sayang... patik setuju."

Selesai mencapai kata putus dalam perbincangan pada malam tersebut, majlis pon bersurai setelah masing-masing berpuas hati dengan perancangan terperinci yang mereka rencanakan. Tinggal nak tunggu masa yang sesuai je untuk melaksanakannya.

"Sis, aku tak balik malam ni, tak taula bila aku balik. Cleo ajak honeymoon. Kalau mak abah tanya ko pepandaila kelentong, cakap aku amik kursus bahasa alam ke apa. Pepe saya whatsapp sama lu la." Pesan Paku Payong kepada kekandanya sebelum berlalu membawa Cleo terbang ke awan putih. 

"Adik patik memang cam tu, dia liar sikit... harap Tuanku tak terasa hati kalau kata-kata dia agak celupar dan kasar tingkah lakunya. Patik mintak maaf bagi pihak beliau." 
"Ah, tak de hal la sayang... hmm sayang ni...  berapa kali beta cakap jangan panggil beta Tuanku. Mulut memang nak kena ciom, kan... hmmmmmm gerammm..." 
Puteri Sanggol Terbalik menarik pipi Paku Tekan lantas menciom bibir antu tersebut dengan rakos sekali.
"Krekkk krekkkk... ehem ehem.... " Khazi dan Katika berdehem serentak, mengisyaratkan kewujudan mereka di situ.
"Hmm, Tuanku Puteri, izinkan patik overnight dengan Katika malam ni, boleh?" 
Sang katak air dengan penoh rasa hormat dan sopan santun meminta izin dari bossnya, begitulah katanya, setelah diterjemahkan oleh Paku Tekan kepada sang kekasih hati.
"Oh, sure, Khazi... tuan hamba dah besar, dah sepatutnya memilih jalan hidup sendiri. Jangan risau, beta izinkan dan beta gerenti, bila selesai semua kes ni dengan jayanya, akan beta bebaskan tuan hamba dari istana. Binalah kehidupan dan keluarga yang tuan hamba impikan. Soal ayah dan bonda jangan tuan hamba bimbang, I'll take care of it. Apa ada hal, betul darling?" Jawab Tuanku Puteri, memberi keizinan dan meyakinkan kedua katak air dengan janji baginda. Paku Tekan yang memeluk mesra si awek lawa tu hanya mengangguk kepala, tersenyum memandang sahabatnya yang telah banyak berjasa dalam kisah cinta antara dia dan si puteri raja.

"Aku cintakan kau sayang," bisik Paku Tekan ke telinga Puteri Sanggol Terbalik sewaktu dia memeluk erat tubuh mantap itu sebelum menerbangkan mereka berdua ke awan. Seperti yang telah dipersetujui, dia membawa kekasihnya bersiar-siar melihat-lihat sekitar perkampungan antu-antu yang kelihatan indah dan permai di waktu malam, sebelum dia menjemput baginda ke rumahnya. 

"Suka?"

"Bahagia..."
"Bila patik dah jadi manusia nanti, tak dapat lagi kita nikmati penerbangan macam ni, sayang."
"Tak apa lah baby... kita naik MAS je nanti, Lufthansa, Air Asia, Air Berlin, KLM, Emirates, British Airways pon ada, jangan risau, OK. Kalau sayang nak, belon udara pon kita boleh sewa, no hay problema."
"Hmm, tapi tak sama, kan... tak dapat bermain-main memijak awan macam ni."
"Bagi beta semuanya sama, asalkan dengan tuan hamba, itu cukup mententeramkan hati beta."
"Terima kasih manjaku..." Rambut Tuanku Puteri dikucup penuh kasih sayang, sementara si gadis mengeratkan dakapannya. Paku Tekan membawa mereka terbang jauh ke awan, andai bisa, mahu dia membawa kekasih hatinya itu bermain di bulan, mencapai semua bintang-bintang dan planet-planet, melengkapi setiap rasa yang dibina bersama.

"Love is strange but it is incredibly amazing. Terima kasih sayang untuk perasaan hebat ini."
Ucap Puteri Sanggol Terbalik. Di bibirnya terukir senyuman bahagia tanda puas hati sebab Paku Tekan tak menggelabah nak balik lagi.

9. SEPAKAT MEMBAWA BERKAT 9. SEPAKAT MEMBAWA BERKAT Reviewed by Ray FL on Thursday, July 31, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.