7. RANCANGAN MENGKIDNAP PUTERI


Hari yang ceria, cuaca yang baik, indah dan nyaman. Puteri Sanggol Terbalik merehat-rehatkan diri di taman selepas makan tengah hari bertemankan si katak air. Baginda lebih senang dan selesa ditemani Khazi daripada dayang-dayang istana yang banyak soal. Bosan bila dikelilingi dayang-dayang tersebut yang busy body, permintaannya untuk tidak diiringi atau ditemani mana-mana dayang pon walau dalam apa jugak occasion diperkenankan ayahanda dan bonda, memahami puteri tunggal baginda berdua agak pelik orangnya, mungkin itulah kesan nama pelik yang diberikan. Puteri Sanggol Terbalik tak suka bila privacynya terganggu dengan kehadiran dayang-dayang tersebut, lagi pon dia tak boleh blah dengan topik perbualan mereka, amat membosankan. Tak habis-habis bergosip, hal artisla, hal laki masing-masingla, hal lauk-pauk, hal anak malas sekolah, hal mak mertua banyak bunyi la, hal hantu-hantu yang ada kat kampong la, hal bilik tido pon tanpa segan silu mereka berkongsi sesama sendiri. Mengumpat punya pasal, apa topik pon dorang bedal. Lain bila bersama katak air. Walaupon sang katak tak boleh bercakap secara normal seperti dayang-dayang tersebut, tapi pemahaman antara kedua mereka jauh lebih baik dan mesej berjaya disampaikan tanpa sebarang kekeliruan mahupun salah faham.

“Bukankah itu yang paling penting dalam komunikasi?” Tanya Puteri Sanggol Terbalik pada Khazi yang leka bermain bola kristal hadiah raja kepadanya sewaktu baginda membuat sesi lawatan ke Kazakhstan sekaligos membuat keputusan untuk mengambil katak air tersebut sebagai katak angkat diraja. Khazi melompat-lompat tanda setuju, malas dia nak menulis kat atas pasir.
“Tak sabar beta nak menyelinap lagi malam ni. Khazi, tuan hamba keluar ke baruh tak petang nanti, jumpa Paku Tekan?” Sebagai jawapan, katak air mengangguk-angguk dan melompat lagi, mengejar bola yang dibaling Puteri Sanggol Terbalik, sengaja dibalingnya jatuh ke dalam kolam, kadang-kadang ke dalam perigi buta berhampiran, memang dengan niat nak dera si katak air menyelam ala ala cerita dongeng Putera Katak tu la kononnya. Masuk ni dah lapan kali dibalingnya bola tu ke dalam perigi buta tersebut, nak aje katak air cakap, please stop that, I’m getting tired of your game. Tapi hormat punya pasal, dilayankan aje sang puteri, memahami kesunyian dan kepiluan, kebimbangan yang mengusik jiwa halus kewanitaan baginda.

“Sebelum tuan hamba jumpa Paku Tekan petang nanti, in case kalau beta lambat balik dari memanah, jangan lupa ada surat untuk Paku Tekan kat tempat biasa. Pesan kat dia, jangan lupa malam ni.”
Dalam hati Khazi berkata, “malam karang nak dating pon nak tulis-tulis surat lagi, memang kemaruk dah dia ni.” Bagaimanapun, Khazi tetap mengangkat tangan kanannya sambil membuat simbol OK dengan jari-jarinya yang panjang. Sekuntum senyum katak dengan mesra dilemparkan kepada si Puteri.

*****

 “Anakanda, hari semakin dekat, tak lama lagi majlis gilang gemilang untuk meraikan perkahwinan anakanda akan diadakan selama lapan hari lapan malam. Sudahkan anakanda bersedia?” Tanya raja seperti setiap hari yang lain tak kira waktu sarapan, coffee break, brunch, lunch, afternoon tea, dinner, supper, just name it, asal ada je kesempatan memang akan baginda gunakan sebaiknya untuk merengsa si Puteri. Soalan yang baginda sendiri dah tau apa jawapannya, tapi sengaja diulang-ulang nak kasi panas anak sendiri.

“Ayahanda, bukan anakanda nak menderhaka, tapi tiap hari pon ayahanda utarakan soalan dan hal yang sama, dengan harapan jawapan anakanda akan berubah, walaupon ayahanda tau sangat-sangat yang anakanda ni bukan orang yang mudah dipengaruhi, anakanda bukan perempuan yang tak pasti. Pendirian anakanda yang teguh tak akan ada sapa mampu meruntuhkan. Tuanku macam sengaja nak buat anakanda tensión. Sekali lagi anakanda cakap, to be open and honest with both of you, anakanda memang tak rela nak berkahwin dengan dia tu tapi anakanda ada pilihan lain ke?”

Sesungguhnya amat tertekan jiwa nurani Puteri Sanggol Terbalik bila mak abah dia yang over excited nak menyambut majlis kahwin tu nanti. Semakin ditekan, semakin kuat hati Puteri Sanggol Terbalik menyemat azam untuk blah dari situ. Makin lama dibiar, makin biol dibuatnya. Mujurlah kehadiran Paku Tekan telah memberi inspirasi baru dalam hidup baginda, sekaligos berjaya menghentikan aktiviti menelan pil tidur dan percubaan menamatkan riwayat hidup.
Bagosla kalau anakanda faham yang anakanda tak ada pilihan lain. Kuasa veto ditangan ayahanda. Ayahanda boleh buat sesuka hati pada sesiapa pon dengan kuasa yang ayahanda ada.”
Meluat je rasa kat hati Puteri Sanggol Terbalik mendengar jawapan si ayah yang berbunyi selfish dan tak ada humanity. Kehendak hati dituruti, kesedihan anakanda sendiri tak pernah diambil peduli, malah dipersendakan tanpa rasa bersalah. Bonda dia pon sama je, dua kali lima, ikutkan je cakap laki dia.
 “Jangan lupa try baju pengantin ada lima belas persalinan dah disiapkan, anakanda suka atau tak, pakai je. Mahal tu bonda tempahkan, bukan calang-calang designer. Reporter, cameraman dari semua saluran TV bonda dah jemput, nak buat lintas langsong. Sampai ke Kazakhstan nak saksikan hari kawin anakanda tu nanti, tau?”
“Hmm… membazirkan duit rakyatla tu,” getus Puteri Sanggol Terbalik, perlahan, tak mahu mak abah dia dengar, nanti dikatanya dia kurang ajar. Tapi suaranya tak cukup perlahan, lalu si ayahanda membentak, “itulah anakanda tak faham. Apa guna jadi raja kalau tak reti nak memanipulsikan rakyat? Tak pernah belajar tentang hirarki, tentang kasta? Kalau tak ada objection memang tak sah kau ni, kan? Anakanda ingat senang-senang kita dapat hidup mewah macam ni kalau tak menggunakan fungsi kewujudan orang kebanyakan? Akai tarak, huh... takda la kamu!” Kata-kata Puteri Sanggol Terbalik dibidas si Raja, ditelinga baginda ayat anaknya itu berbunyi durhaka.

Sakit je hati Puteri Sanggol Terbalik dengan soalan lazim si ayahanda. Hati yang tadinya berbunga bila mengenangkan Paku Tekan kini layu bila mengenangkan perkahwinan tanpa kerelaan itu. Tak henti beliau berdoa semoga dibukakan satu jalan untuk dia keluar dari gelodakan ini, memanjatkan harapan, mudah-mudahan Paku Tekan, sang wira hati dapat membantu beliau dari teros dibelenggu kekejaman. Tertekan dengan tema harian yang memang sengaja dihighlight mak abah tak kira bila masa pon, Puteri Sanggol Terbalik lantas meminta diri, dengan muncung panjang sedepa, mengambil keputusan untuk keluar menunggang kuda, sambil memanah tanpa hala, cuba meleraikan kekusutan dan rasa sedih yang mengganggu emosi. Daripada membiarkan diri diperkotak katikkan oleh mak abah sendiri, ada baiknya beliau menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti sedemikian.

Baginda lalu ke sungai tempat berdating malam tadi, berharap untuk bertemu dengan Paku Tekan yang dijadualkan membasuh kain di situ setiap hari, menurut apa yang mereka bualkan dipertemuan pertama. Tapi sayangnya setelah sejam setengah menunggu, bayang Paku Tekan tak jugak muncul-muncul. Malah, si Khazi jugak tak ada di situ.

“Mungkin beta lambat, ni matahari pon dah ta de, kalau dia basuh kain mesti sebelum tengah hari,” baginda membuat spekulasi sendiri untuk menenangkan hati. Bosan menyelimuti hati si puteri jelita, kesedihan berada di mana-mana, tersepit antara kasih sayang pada ayahbonda, antara belenggu ciptaan mereka dan masa depan yang dia mimpikan. Apa ertinya masa depan jika hidup dengan seseorang yang hanya akan menyakitkan hati? Cinta yang tak akan pernah wujud, malah makin lama dipandang muka Putera Songkok Beracun tu, semakin bengang dia rasakan.

“Mengapa beta?” Puteri Sanggol Terbalik duduk menatap muka lawanya yang terbias di wajah sungai. Airmata pon menitis satu demi satu, bersatu dengan air sungai yang mengalir tenang.
“Mengapa ayah dan bonda tak nak beranak ramai-ramai? Kalau beta ada adik akak, tak de la asik beta sorang je jadi mangsa, dorang boleh pilih, gantikan tempat beta, kan senang. Ni asal raja je beranak sorang, padahal kaya. Orang miskin pon berani beranak reramai... nak kata busy, sampai tak sempat buat anak, busy ke apanya? Abah beta gundek kemain ramai lagi... dari serata benua beliau kompol, ada je masa... tak kanla dengan bonda takde masa? Tak paham beta. Memang beta kena lari! Mesti, beta mesti lari... Oh, my love Tekan, where are you when I need you? Sunyi beta tanpa tuan hamba. Tuan hamba aje yang boleh menggembirakan hati beta... beta rindu tuan hamba, Tekan. Kenapa tuan hamba tak ada kat sini sekarang? Si katak air pon tak muncol-muncol... mana korang ni?”
Puteri Sanggol Terbalik bermonolog, membiarkan perasaan melankolik membawa titis-titis pilu jatuh berlinang, mengharapkan si Paku Tekan berada si situ, menyeka airmata baginda dengan kasih sayang. 

Sebenarnya, memang dari tadi Paku Tekan ada kat situ, melihat dan mendengar semua rintihan hati Puteri Sanggol Terbalik, tapi apakan daya, masa lunch tadi dia dah belasah pucuk paku berpinggan-pinggan, kena tunggu dua jam lagi baru boleh tukar jadi manusia. Lagipon, manalah dia sangka yang tuan puteri akan ke situ pada petang itu, kalau dia tahu, sanggop dia telan ikan bilis je tadi.
"Apa boleh buat..." keluh Paku Tekan. Hatinya tersentuh dengan apa yang dilihat dan didengarnya.
“Tuan Puteri betul-betul harapkan aku... aku tak akan kecewakan harapan baginda.”

Paku Tekan lantas mengambil tempat, duduk di sebelah Puteri Sanggol Terbalik, cuba mententeramkan hati baginda, lalu dia memainkan seruling bambunya. Desiran angin pon turut berlagu, membawa rasa damai dalam jiwa sang puteri bila didendangkan lagu alam, seolah-olah baginda dapat memahami tiap apa yang disampaikan. Gembira melihat wajah tuan Puteri yang kembali ceria, Paku Tekan terinspirasi untuk terus menyanyi dan mengalunkan irama klasik hatinya dalam usaha menghibur tuan puteri kesayangan, walau tidak secara langsung. Dengan memanfaatkan alam sebagai medium sentuhan jiwa mereka, walau tanpa disedari sang puteri, namun perasaan itu merasap jauh ke ruang hati baginda yang paling dalam.

Sabarlah, tuanku... masanya akan tiba. Hamba tak akan janjikan apa-apa, tapi percayalah. Rindu, persoalan, masa, jarak, dunia kita yang berbeza ni, tu semua dugaan semata-mata. Jangan risau, sayang... walau hamba tak berjanji tapi hamba tau apa yang pasti, hamba mau tuanku selalu di sini. Biarlah hamba tak berjanji kerana akan hamba lafazkan segalanya dengan bukti. Bersabarlah, mi amor.”

Begitulah lebih kurang OST cerita Hikayat Hantu Paku ni, yang berjudul Janji Satu Ujian, yang telah berjaya membuat wajah tuan puteri yang tadinya gerhana bercahaya semula.
“Malam nanti hamba tunggu tuanku. Janganlah bersedih. Akal hamba panjang, percayalah, sayang.”
“Tekan, beta tak tau kenapa beta terlalu rindu pada tuan hamba...”
Terpantul ucapan itu dari mulut Puteri Sanggol Terbalik, seolah-olah dia dapat merasakan kehadiran Paku Tekan di sisinya, mendengar dan berbicara dengannya.
“Hamba pon rasa macam tu, tuanku... te extraño, tanto... pero, soy un... antu, sanggupkah tuanku terima hamba?”
“Beta akan tunggu tuan hamba, Tekan. Andai ada jodoh kita, tak akan ke mana-mana, pasti ‘kan sempurna harapan bersama. Cinta tak kenal siapa, rupa, darjat, harta, biar terpisah benua, kalau memang sebahagian hati beta ada pada tuan hamba, di situlah beta akan tingal nanti. Kita kena usaha, beta tau tuan hamba pon sayang beta. Beta yakin.”
“Kalau tuanku yakin, hamba jadi lebih berkeyakinan, tuanku. Kalau tuanku berani, tak ada apa yang hamba takutkan. Kecik Dong Vietnam, Kuwait Dinar hamba investkan.” Kedengaran Puteri Sanggol Terbalik mengeluh lesu.
“Ich vermisse dich so sehr...wirklich. Vous voir ce soir, mon amour. Vous êtes ma force. Je suis sincère.”
Sebelum baginda berangkat meninggalkan sungai, sempat baginda menulis kata-kata itu di atas batu kegemaran Paku Tekan.
“Yo también te amo demasiado, mi reina. Voy a esperar por ti, aunque si el tiempo no nos va a permitir.”

Terhela di pipi gebu Puteri Sanggol Terbalik hembusan nafas Paku Tekan, menjadi angin yang menyentuh lembut wajah kekasih dirajanya itu, sebagai ganti satu ciuman. Sentuhan bayu yang menyelinap masuk ke jiwa tuan Puteri Sanggol Terbalik, meniup sama semangat ke dalam darahnya, lalu senyum pon terukir tatkala dia mendongak ke langit, melihat masa depan seputih awan berarak, seluas langit yang terbentang tanpa mula, tak berpenghujung, untuk dia terokai bersama hantu paku a.k.a. Kurt Cobain tersayang. Sepertimana cinta yang terbina tanpa awal, begitu dalam hati si puteri, beliau mengharapkan kasih sayang dan cinta yang mula bersemi antara dia dan Paku Tekan tak akan pernah berakhir.

Paku Tekan menghantar keberangkatan Tuan Puteri dengan pandangan sayu, ada rasa dalam hati untuk mengikut dan menemani sang kekasih ke mana saja beliau pergi, tapi belum masanya untuk berbuat demikian, lagipon dia ada janji temu dengan Khazi. Dah lewat dua jam, sejak balik dari buat gigi tadi, Paku Tekan teros ke sungai, menunggu sahabat akuatiknya itu tapi sampai ni tak jugak kedengaran bunyi krekk, krekk si katak air. Paku Tekan mula diserang risau. Walaubagaimana pon dengan penoh sabar, dia tetap setia menanti.
“Katak air memang selalu lambat, macam kau tak biasa,” kata hatinya kepada dirinya yang risau.


Sedangkan di satu tempat yang lain dua jam sebelumnya, sewaktu Paku Tekan leka melayan perasaan bersama si puteri, dalam perjalanan bertemu sang sahabat, lompatannya telah diekori sepasang mata. Dia cuba untuk tidak mengendahkan perasaannya itu tapi bila sesusuk tubuh hijau pekat melompat di depan matanya, maka terhentilah lompatannya menuju ke destinasi.

“Siapa kau, apa kau nak?” Tanya Khazi yang sebenarnya agak terkejut bila diambush begitu.
“Kau memang tak kenal aku, tapi aku kenal benar dengan kau. Dah lama aku perhatikan kau berulang alik dari istana ke sungai tu, tiap hari, perutusan apa yang kau bawak? Kau ada konsipirasi, kan? Dengan hantu paku.” Kata si katak betina, yang cantik lengkap bergincu merah berdarah, tanpa berteka-teki.
“Dia kawan baik aku, mana ada apa-apa konspirasi. Kau ni pulis ke pegawai imigresen? Aku ada visa dan permit sah, dah dapat PR pon, tunggu nak buat warganegara je.”
“Haha, tulah dia, spesis sendiri pon kau tak kenal. Aku pon katak air macam kau jugak. Nama aku Katika. Selamat berkenalan, Khazi, The famous Kazakhstan Water Frog. Sejak dari pertandingan merebut katak air tu aku mula ikut perkembangan kau.”
“Apa niat kau sebenarnya?”
“Tak ada niat jahat, jangan kau risau. Cuma aku nak tahu apa hal sebenarnya antara kau dan hantu paku dan pakatan antara hantu paku dengan Puteri Sanggol Tergolek... eh silap, Terbalik.”
“Sorry, my mum said, don’t talk to strangers. Excusez-moi, s'il vous plaît.”
Khazi cuba menjual mahal, sengaja nak tengok jauh mana keikhlasan si Katika untuk berkawan dengannya. Dalam masa yang sama, hati katak Khazi mula terusik dengan sikap bersahaja Katika, katak air pertama yang pernah dia jumpa selama dia di situ.
“Not that easy. Tak payah nak Le France sangat dengan aku, sedar sikit kita ni katak. Asal usul dari berudu, kalau pon kau tu dari Kazakhstan sana, tak ada bezanya, so jangan berlagak sangat, mentang-mentangla katak air di raja, huh! Lagipon, bukan Kazakhstan pakai bahasa Rusia ke?”
“Memangla, tapi kat istana dorang selalu pakai French dengan Spanish, Rusian complicated katanye, aku layankan je. OKlah, let me go, please. Kawan aku lama dah tunggu tu.”
“Surat apa yang kau bawak hari-hari? Bak sini aku tengok.”
Busynya body... katak air kat negara kelahiran aku tak camni pon, kau tau? Mereka menghormati privacy katak lain.”
“Ah, tu kat negara kau sana, ingat sikit kat bumi mana kau berpijak sekarang ni.”
“Di mana bumi kupijak, di situ langit kujunjung. Bukankah bumi ini milik Tuhan, mengapa perlu ada persengketaan?”
“Biar aku berterus-terang dengan kau Khazi. Sebenarnya aku tau semua rahsia antara kau dan Paku Tekan, antara Paku Tekan dengan Puteri raja tu. Malah kau bersekongkol dengan dia masa pertandingan merebut katak air pon aku tau.”
“So?”
“Aku tau Paku Tekan dengan si puteri tengah merancang nak lari, sebab dia tak nak kawin. Aku tau semua.”
“OK... bagosla kalau kau tau. Jangan heboh-heboh dahla.”
“Bukan nak heboh, aku sebenarnya nak bergabung tenaga.” Katika tersenyum katak, tanda ikhlas dan jujur.

Justeru, atas sikap percaya sesama katak, maka Khazi pon membawa Katika bertemu Paku Tekan yang dah lebih dua jam menunggu. Katika menerangkan niat suci murninya untuk berkawan dengan mereka berdua. Katanya dia sunyi hidup bersendirian semenjak dia menjadi balu bila lakinya mati digelek bulldozer sewaktu kerja-kerja memusnahkan alam dilakukan dipinggir kampong tersebut. Menurut Katika, kejadian berlaku sewaktu lakinya, Mankatak, pergi mencarik anai-anai kerana dia yang bunting masa tu  mengidam nak makan anai-anai. Maka si laki pon dengan penuh kasih sayang, pergila ke pinggir kampung untuk mendapatkan anai-anai buat memenuhi napsu sang isteri tercinta. Kata penghulu katak, kat sana banyak anai-anai... tapi ada sikit bahaya sebab banyak jentera-jentera berat, jentolak, jengkaut, jenglot semua ada...begitulah ia terjadi... anai-anai ke mana, laki ke syurga, akhirnya kandungan terburai akibat terkejut. Mati semua berudu dan Katika telah masuk rehab selama dua bulan untuk menghindarkan dirinya dari meroyan.

“Oh, Katika, sedih sungguh kisah hidupmu. Aku turut bersimpati,” kata Paku Tekan yang sememangnya mudah tersentuh bila mendengar hal-hal cam tu.
“Tak pe, Tekan, dah lama pon... sekarang hidup aku dah stabil. Tula, mengidam-ngidam ni memang kerja setan. Jangan diikutkan sangat, itula iktibar dari kisah aku ni.”
“Ooooo itu macam ka....” kata Khazi dan Paku Tekan serentak.
“Hidup aku lagi malang. Cinta yang aku jaga siang malam dianiaya bila bini aku lari ikut tokey babi. Masa tu aku broke, bini aku jenis suka memintak-mintak. Semua dia nak, napsu sebesar dunia. Aku cuba penuhkan semua napsu dia, fizikal, mental, material, sosial, financial, sexual, psikologikal, semuanya aku bagi seikhlas dan semampu aku, sayang punya pasal... tapi semua tak cukup. Last-last pada satu pagi yang hening, dia blah. Dia cakap, dia tak boleh tahan hidup dalam kemiskinan lagi. Sebenarnya, aku ni takla miskin mana pon. Aku ada kerja tetap, kerja elok dengan kerajaan. Dulu aku Pegawai Daerah kat Perbadanan Kemajuan Katak Air Kazakhstan Utara. Memang hidup tak pernah susah, semua kehendak dia aku ikutkan. Kereta aku belikan, banglo empat tingkat setengah aku bina dengan penuh rasa cinta, puasla aku buat loan bagai demi menyumbat napsu dia tu, tapi masih gak dia tak puas hati. Masih gak dia nak kan Maserati, itu je masalah dia. Takat BMW i8 dia tak berkenan, katanya nak yang Italiana gak, yang Jerman dia tak suka, anti. Hal kereta pon nak anti-menganti, menang ada sikit perkauman bini aku tu...errr...silap, ex. Tapi aku tau tu semua alasan dia je sebab dia memang dah gilakan tokey babi tonyok tu. Sebenarnya masa tu, aku memang sedih sangat, hancor luluh hati aku, betapa cinta suci yang aku semai dan baja hari-hari dengan begitu mudah disiakan tanpa rasa perikekatakan, tapi aku rasa, perpisahan, itula yang terbaik untuk kami berdua. Kuat mana mencuba pon kalau cinta dan sayang tu dah tak ada, apa pon tak jalan. Dari terus bersengketa menyakitkan sesama sendiri, lebih baik lepaskan. Semenjak bercerai, aku mula aktif dengan sukan air, masa tula raja negara ni berkenan dengan aku. Sebab tu la aku kat sini sekarang, bersama korang berdua. Aku nak mulakan hidup baru.”
“Ooooo, itu macam ka?” Kata Katika dan Paku Tekan serentak.
Kau pulak apa cite, Paku Tekan?”
“Aku? Aku OK je... buat masa ni aku sedang dilamun cinta, tapi dengan siapa biarlah rahsia... hehehe,” jawab Paku Tekan sambil menaik-naikkan keningnya, memandang katak air yang hanya mampu merollingkan bijik mata beliau.
“Aku ingat kau janda cam aku gak...”
Tak la... aku dara lagi. Dulu ada boyfriend tapi dia dah kawin dah nak jadi bapak pon. Takde jodoh... aku tak kisah sangat pon sebab kami memang tak setaraf, tak compatible pon. Dia lagi compatible dengan antu kopek, spesis dia gak, antu susu.”
Oooo... itu macam ka?” Giliran Khazi dan Katika pula untuk ‘mengoooo itu macam ka?’ kan cerita si kawan.
“Jadi macam mana perancangan nak selamatkan tuan Puteri tu?” Tanya Katika penuh berminat.
“Aku kesian tengok beliau, selalu beliau berkuda sorang-sorang, memanah tak tentu arah. Aritu penah dua tiga kali yang nak dipanahnya arnab, terpanah bontot babi hutan, menggelabah beliau lari, takut kena kejar babi.”
Ooo, bahayanya... malam karang akan aku nasihatkan beliau, jangan memanah babi lagi. Risau aku dengan baginda tu. Memanjat la, memanah babi la... aku bukan apa, aku takut baginda terjatuh je nanti, sapa yang susah? Hati ni gak...”
Eceh, ceh... nampak benarla kau dilamun cinta dengan bagindakan? Tak yah nak rahsia sangat la Tekan oiii. FYI, babi tonyok tu dia terpanah, bukan sengaja dia nak panah.”
Ooo, ha, yela... apapon, aktiviti yang baginda lakukan tu tetap bahaya, beliau sorang-sorang lak tu... hmm memang pon aku syok kat baginda, sama macam baginda syok kat aku, bukan korang tak tau, tak caya baca tu ha.” Jawab Paku Tekan sambil menundingkan jarinya ke arah batu kegemarannya yang kini dilengkapi ayat cinta dari sang puteri.
Waaa... kemain Le France bagai. Tapi baginda masih tak tau kau ni sapa sebenarnya, kan?”
“Belom lagi Katika. Ni la yang nak kami bincangkan. Puteri tu dah angau kat dia ni, dia pon sama, memang obvious sangatla.” Kata Khazi.
“Aku kena curik potion tu dari bapak aku.”
“Potion apa?”
“Kata abah aku, potion tu turun temurun dari nenek moyang dia punya moyang... boleh kekal jadi manusia.”
“What?! Kau nak kekal jadi manusia?” Kedua katak air saling berpandangan, terkejut dengan keputusan Paku Tekan.
“Demi cinta, aku sanggop, asalkan dia bahagia. Aku buat ni pon untuk kebahagiaan aku gak...bersama dia je aku bahagia. Aku mesti mula memikirkan masa depan.”
“Tapi bro, kekal menjadi manusia bererti kau tinggalkan asal usul kau, keluarga kau, kehidupan kau. Hidup manusia lain, bro. Cayalah cakap gua...”
“Aku tau, Khazi... dah aku teliti dan fikirkan masak-masak. Aku sanggop ambik risiko tu.”
“Tekan, sebagai wanita, nasihat aku, kau terus terang dulu dengan puteri. Ceritakan hal diri kau yang sebenar. Kalau cinta dia tetap sama, tak bertukar, baru kau buat keputusan nak kekal jadi manusia. Dengar apa kata dia. Kalau cinta dia kuat dia tetap akan terima kau tak kira spesis apa pon kau ni.”

Paku Tekan mengiyakan cakap kawan-kawannya. Memang ada logik pendapat mereka. Tapi bila masa yang sesuai untuk berterus-terang? Malam ni? Malam esok? Sebenarnya ada rasa takut dalam hati Paku Tekan. Takut kehilangan bila identiti diri yang sebenar diceritakan. Takut diri dibenci. Takut kasih sayang tuan puteri untuknya mati bila beliau tahu dia adalah antu paku.


“Aku kenal lama dengan puteri tu. Baginda bukan wanita yang tak pasti. Baginda sukakan orang yang berkeyakinan, macam baginda jugak. Cuma... yela, kau tu antu, beliau manusia... tu je satu yang buat aku tak sure. Kalau kau manusia aku gerenti beliau akan ikut kau mana pon kau pegi. Tak kira apa pon orientasi seksual kau. Ni kau kena slow talk dengan beliau sendirila, bro. Manusia dengan kita, dua benda yang berbeda. Ni kena dipahamkan betul-betul sebelum sesuatu keputusan dibuat. Benda ni bukan untuk sehari dua, tapi for the rest of your life, sampai ke anak cucu kata orang, kalau ada rezeki. Slow talk memang takde hal kalau dengan baginda, cuma penerimaan tu yang tak leh gua nak kata apa.”
“Kau buat aku makin risau, takut...” Rasa cuak mula menyelubungi fikiran Paku Tekan. Fikiran-fikiran negatif telah mengambil tempat semua fikiran positif yang ada dalam kepala otaknya.
“Bukan niat aku, bro... tapi yela, realitinya sekarang, aku katak, kau antu. Baginda manusia. Aku cuma terfikir, kalaulah aku yang kat tempat kau, bila aku cakap kat baginda aku cinta, nak ke beliau terima? Lainla kalau dalam cerita Putera Katak tu, sekali cium bertukar jadi Putera Raja... tu pon sebab dah kena sumpah, tapi hakikatnya aku ni katak real, mana leh bertukar. Macam tula aku memandang persoalan kau ni... lu paham maksud gua, kan? Gua memang cintakan kesusasteraan mesir purba.” Sang katak air cuba menjelaskan pendapat ikhlasnya, dia tak mahu sang sahabat menderita jika tersilap buat keputusan.
Paham... aku paham, Khazi. Apa kau cakap tu semua dah terlintas kat fikiran aku, dah jadi makanan minda aku siang malam...”

Ligat otak Paku Tekan berfikir selepas pertemuan dengan Khazi dan Katika. Sewaktu makan malam keluarga, dia lebih banyak senyap, Paku Payung tak balik-balik sejak daddy mereka menyuarakan hasrat untuk mengahwinkan dia, merajukla tu. Paku Tekan tau, mesti adiknya lepak rumah Cleopatra. Dia tak kisah sangat hal si adik, dia tau si adik pandai jaga diri. Budak tak makan saman macam tu, buat perabis air liur je menasihatkan, dia ikut kepala dia je nak buat pe pon, mana pernah dengar nasihat orang.

“Ada masalah ke, diam je malam ni?” Si abah memula bicara.
“Takla, penat je sikit, banyak baju basuh tadi. Esok pagi-pagi kena collect susu pulak... banyak order.” Dia memberi alasan yang tak berapa masuk dek akal fikiran antu paku. Mana ada penat kalau dah namanya pon antu. Tapi si abah malas nak memanjang-manjangkan soalan, dia paham benar, anak dia yang sorang tu, kalau otaknya sibuk berfikir, memang dia akan jadi diam seribu bahasa.
“Tak cukup ke duit elaun yang abah bagi tiap minggu? Malula anak mafia kerja anta susu, anta paper, jual kangkung, basuh kain semua tu.”
“Cukup bah, tapi kan saya nak buat gigi aritu. Lagipon tengah kompol dinero buat modal nak blah dari sini nanti.”
“Hmm yela, nak cakap aku kedekutla tu. Abah ni bukan kedekut, abah jimat je, paham?!!”
“Tetiba nak naik hangin lak orang tua ni...” kata hati Paku Tekan yang sebenarnya dah hilang mood bila memikirkan tentang cintanya pada Puteri Sanggol Terbalik.
“Takpe bah, saya paham. Saya boleh usaha.” Malas nak berbahas dengan si abah yang perangainya saling tak tumpah macam si Payung, manakala ibunya yang tak pedulik hal langsong, seperti biasa tak pernah menunjukkan minat terhadap apa pon tema.

“Ni, tengok ni... nila potion yang abah war-war kan tu, peninggalan nenek moyang kita.”
Si abah menyerahkan sebijik botol kecik kepada Paku Tekan. Botol kecik tersebut berjaya menarik perhatiannya. Hidup kembali semua sendi-sendi yang tadi layu dimamah risau. Teruja melihat potion tersebut, hati Paku Tekan kembali bersemangat untuk mengetahui cara-cara menggunakannya.
“Macam mana benda ni berfungsi bah?” Berkilau mata hijau kemerah-merahan si Paku Tekan menilik botol kecil itu yang berisi cecair berwarna esmeralda.
“Tak susah, cuma berpantang makan selama tiga hari sebelum minum tiga sudu teh potion ni. Perlu dihirup dengan tiga helai daun keladi bunting yang dilecek lumat-lumat, jadi puree lagi bagos, kalau tak tercekik pulak kau nanti, tak ke sia-sia... elok- elok nak jadi manusia silap telan jadi arwah pulak. Ha, puree daun keladi bunting tu kau telan dengan tiga ekor berudu sulung, sekali gos. Mesti dilakukan sewaktu bulan mengambang penuh, malam minggu. Baru kekal selamanya jadi manusia.”
“Oooo itu macam ka? Tak la susah...” kembang hati Paku Tekan. Potion itu benar-benar memberi sejuta harapan pada dirinya yang kecelaruan.
“Bila jadi manusia tu, muka kekal sama ke atau boleh wish jadi macam Barack Obama ke Rosmah M ke atau sesape yang lain?”
“Memang boleh tapi tu keputusan kau kena betul-betul pasti nak jadi rupa apa sebab sekali je, tak leh tukar-tukar dah pastu. Sebab tu abah rancang nak jadikan adik kau selamanya Puteri Songgol Terbalik. Tapi tengokla dia ni ha, tak balik-balik dari semalam, ntah hape la dibuatnya lama-lama dengan si Cleo tu. Aku tak berapa berkenan anak Siamang Ghost tu. Pelik je aku tengok budaknya, ke hulu ke hilir bawak binatang cicak hijau tu, geli aku.”
“Ha ah, darling, betul cakap darling tu... Cleo tu sama perangai cam mak dia. Masa muda-muda dulu mak dia suka ke hulu ke hilir bawak siput babi, ingat tak darling? Memang pelik la keluarga tu.” Si ibu yang dari tadi leka melayan lauk, bersuara bila nama Cleo disebut-sebut. Entah apa sebab, asal sebut nama Cleo je, celik mata bini antu paku yang gemok semakin membulat tu.
“Bila abah and the gang nak colek puteri tu, cadang-cadangnya?” Paku Tekan mahu mencongkel rahsia dengan lebih dalam, agar senang dia merencana rancangannya pula.
“Malam berinai, aku akan hantar si Payung untuk mengganti tempat puteri tu. Masa tu kita colek dia, simpan dia kat dalam gua, kat balik Bukit Kedondong sana tu.”
“Bila dah settle semua, abah nak buat apa dengan si puteri?”
“Aku nak kawin dia.”
“What the............. I can’t believe this.” Pernyataan si abah menyentap jantung Paku Tekan. Mana mungkin dia biarkan Puteri kesayangan keluar dari mulut rimau masuk mulut anaconda pulak.
“Apa kau kata bang, aku tak dengar, cakap sekali lagi?!!!” Si ibu bangun lalu mencekak leher baju si abah yang menyimpan niat gatal nak memperisterikan Puteri Sanggol Terbalik yang bakal dikidnapnya.
Lek la, darling... apa salahnya abang kawin lagi? Lagi pon abang mampu, sayang. Abang banyak duit, gagah... apa ada hal? Dia pulak hot, sapa yang tak nak? Penat-penat abang kidnap, tak kan nak simpan dalam gua sampai tua, tak kan nak lepas kat tangan malaun lain?”
Abih I ni apa bang? I ni you nak campak kat mana? Tak berharga lagi ke cinta I pada you? You tak hingat janji-janji setia kita dulu? You cakap I la satu-satunya permaisuri hati, tak akan you gantikan dengan yang lain biar la I gemok macam kapal selam sekali pon, cinta you untuk I takkan berubah, bla..bla..bla... banyak darling, banyak janji-janji you taburkan kat I.. tak ingat ke you? Sekarang you simpan niat gatal nak kawin puteri sanggol tu... you memang merancang nak kawinkan si Payung sebab you sebenarnya nak kan si puteri tu kan? What the fuck!!!”

Maka perbalahan di meja makan pon terjadi antara si abah dan si ibu dalam mempertahankan hak asasi masing-masing. Yang si bapak gatal nak kawin lagi, yang si emak mengungkit segala janji, yang si adik leka di alam fana cinta, sedangkan dia tersepit dalam cinta dua dunia. Macam-macam hal. Serabut kepala Paku Tekan memikirkan semua ni, namun niat untuk membantu Puteri tercinta tak akan diabaikan hanya kerana masalah-masalah remeh begitu. Paku Tekan meyakinkan diri, bahawa pasti ada cara untuk menghuraikan semua kekusutan ini. Masa semakin suntuk, hari kawin makin dekat, sesuatu harus diusahakan sebelum puteri terpaksa mengakhirkan zaman bujangnya, sama ada dengan Putera Songkok Beracon tu mahu pon abah dia sendiri. Tak sanggup bila dia membayangkan Puteri pujaan menjadi mak tiri.
“Tidak, aku tak akan benarkan itu terjadi. Tidak sama sekali!”
Teguh nekad disemat ketat-ketat dalam hati.

Malas nak mendengar perbalahan antara ke dua orang tuanya, lalu Paku Tekan beransur ke dapur bersama otaknya yang semakin aktif memikirkan persoalan-persoalan dalam hidup.
Selesai mengemas dapo dan basuh pinggan, Paku Tekan pon berlalu ke bilik, membaringkan diri di atas katil. Cuba melapangkan fikiran, dia mencapai surat dari Puteri Sanggol Terbalik yang disampaikan oleh Khazi petang tadi, masih belum dibaca. Semerbak harum bau surat yang dititip tuan Puteri sebaik saja sampul merah hati itu dibuka.
“Paku Tekan yang beta kasihi, waktu surat ni tuan hamba baca, kita akan bersua muka beberapa jam lagi. Sukakah tuan hamba? Beta tak sabar nak jumpa tuan hamba lagi. Malam tadi amat indah, hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Terima kasih, tuan hamba dah menutup ruang-ruang sepi beta. Satu rasa istimewa yang luar biasa, amat merangsang sel-sel beta. Surat ringkas ni sekadar pelepas rasa, beta titipkan demi rindu. Tekan... tuan hamba dimata beta amat istimewa. Kalau tuan hamba faham, tak payah susah-susah beta terangkan lagi. Jangan biarkan beta hilang perasaan ni. Jangan biarkan cinta ini pergi.
See you, mon amour. – PST.”
Paku Tekan menarik nafas panjang bila selesai membaca ayat ringkas penuh makna tersebut.
“Aku kena berani amik risiko. Kalau aku hilang dia hanya kerana aku antu, maka akan kekal antula aku selamanya, tapi jika positif penerimaan baginda, maka akan aku usahakan ke tahap lebih serius lagi, biar dicuba apapon dugaan.”

Begitulah niat dan iltizam yang disematkan dalam kalbu, lalu surat ringkas itu diulang baca. Haruman Puteri Sanggol Terbalik masih melekat si lembaran merah hati tersebut. Kerinduan menyapa jiwa, tiga jam rasa macam tiga dekad nak menunggu.
7. RANCANGAN MENGKIDNAP PUTERI 7. RANCANGAN MENGKIDNAP PUTERI Reviewed by Ray FL on Tuesday, June 24, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.