6. DEBARAN PERTEMUAN PERTAMA



Paku Tekan singgah di klinik gigi Doktor Zubaidah selepas beberapa jam menghabiskan waktunya dengan Khazi di sungai. Banyak yang mereka bualkan, dari topik ke topik, dari isu negara hingga ke isu global, dari kisah sedih membawak ke rasa senang hati bila mengumpat raja, nampaknya katak air itu adalah seekor amfibia yang peramah dan mempunyai sikap setiakawan yang tinggi. Paku Tekan merasa amat gembira dan bersyukur atas pertemuan yang telah ditakdirkan untuk mereka. Semenjak berkawan dengan Khazi, aktiviti meniup seruling di jeti dengan serta merta diabaikan. Malah cita-cita dia untuk mengembala kambing pon lesap begitu saja sejak bertemu si katak air yang telah membuka visinya memandang hidup dari sudut yang lebih luas lagi. Khazi lebih selesa duduk berdaulat di tebing sungai, ditemani flora dan fauna yang indah dan permai. Apa barang melepak kat jeti yang penuh sesak dengan manusia dengan 1001 problema dan ragam. Hantu paku lainla, tak siapa boleh nampak spesis ni kecuali menggunakan mata hati dan kuasa intuisi yang tinggi. Cuba dia yang melepakkan diri kat jetty, memang jadi bahan pameran la jawabnya. Manusia memang pelik, tengok benda pelik sikit mula la dorang jadi pelik. Dengan itu, katak air memilih untuk menjauhkan diri dari dikerumun manusia.

“Minggu depan settle la gigi you ni Tekan, tak banyak lagi nak dipimp up, kicik punya hal,” kata Doktor Zubaidah sambil membancuh vodka dan orange juice untuk mereka berdua nikmati sesudah sesi rawatan.
Thx, Doc. You memang hebat, saya memang puas hati dengan kerja you. Agak-agak berapa kos bersih rawatan gigi saya ni?”
Sebelum diskaun dalam 500 pound. Sebab you selalu cuci gigi kat sini, I bagi special price la nanti. Eh, you tau tak, semalam bini Cheesy datang, sakit gigi katanya. Huh, you tau, bila I check, mak datuk, gigi dia, just like tombstone, and she has breath from hell. Seriously.” Doktor Zubaidah memulakan sesi mengumpat. Paku Tekan mendengar acuh tak acuh, malas dia nak ambik port sangat hal antu kopek bajet hot tu.
Dia bunting ada dengar cerita tak? Tak sangka I dia bunting, dengan exes dia dulu, mana sempat mengandung, semua kena cerai. Dengan Cheesy ni melekat pulak.”
Tergelak besar Paku Tekan mendengar berita tersebut. Creamer mengandung? Alah, dengan ex-ex dia dulu bukan tak pernah mengandung, tapi memang sengaja dia buang, tak nak komitmen katanya. Hal ni Cheesy sendiri pernah cerita masa belum kawin dulu, masa keluarga si Cheesy sibuk nak meminang si Creamer, pernah Cheesy mengadu kat dia sampai meleleh-leleh air hidung, konon tak sanggup nak berbinikan antu kopek yang bersifat dominan tu. Menurut Cheesy, dah ada beberapa kali si Creamer pregnant tapi dia gugurkan sebab tu dia tak sure nak kawin dengan si kopek, katanya kalau boleh dia nak kawin dengan antu yang masih dara lagi, macam si Paku Tekan. Kawin dengan janda? Enam kali menjanda lak tu… adohaiiii…. Mengeluh si anak hartawan bila menceritakan kisah sedihnya kepada si awek.

Waktu Cheesy berkongsi gundah gulananya, memang hancor hati Paku Tekan mendengar berita tersebut tapi dia tabahkan hati untuk memberi kata nasihat dan semangat untuk sang kekasih meneruskan hidup tanpa dia, melupakan cinta selama lapan tahun yang tak berapa membanggakan.
“Amor… ni semua ketentuan Tuhan. Mungkin Creamer akan buat kau bahagia, terimala dia seadanya. Keluarga kau tak akan dapat terima aku, anak mafia ni.”
“Tapi aku sangat mencintaimu, Tekan. Kaulah antu pertama yang mengajar aku erti kasih sayang. Kau pandai jaga diri, kau suci. Kau tak pernah bercampo gaul dengan antu yang tak bukan-bukan. Kau bijak, pandai. Mengapalah kejamnya keluarga aku… Baby, aku tak tau camne nak teroskan hidup tanpamu… tak akan ada antu lain yang dapat menggantikan cintamu, sayang.”
Menitis airmata Cheesy satu persatu berserta air hidungnya.
“Relax la bang… lama-lama nanti kau biasalah tanpa aku. Creamer pon lawa antunya, gigi dia tak jongang cam aku. Barang dia pon power, janda lagi. Aku dengar janda hebat di ranjang. Mesti kau puas. Nanti bila kau dah leka dengan layanan dia, kau mesti akan lupakan aku. Aku tak dapat bagi kau seks, tanpa nikah ijab kabul. Kau kawin je la dia tu, lagipon aku tak bercadang nak kawin kau pon dalam masa terdekat ni. Aku nak merantau. Nak sambong study, nak buat Phd. Kau PMR pon tak lepas. Memang kita tak setaraf. Kau anak load, aku anak mafia. Aku rasa memang patut kau kawin Creamer. Dia setaraf dengan kau, pendidikan pon lebih kurang. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Kau lupakan aku, ye?”

Begitulah nasihat yang diberikan Paku Tekan kepada Cheesy, yang hanya membawa kepiluan di hati sang kekasih. Biarpon kata-kata Paku Tekan bunyinya selamba dan sadis, tapi sebenarnya jauh dalam hati, dia merasa pilu kerana terpaksa merelakan perpisahan itu. Tapi sebenarnya jugak, dalam pada itu, dia merasa senang hati sebab dia dah mula bosan dengan perangai si Cheesy. Pemalas. Sekolah malas, kerja lagi malas. Harapkan harta benda mak bapak je. Sebab tu Paku Tekan tak rasa terkesan pon dengan keputusan pihak keluarga Cheesy untuk menjodohkan dia dengan Creamer. Kira 50-50 la. Ada OK, tak de, tak pe, tak de hal. Tak menjejaskan pound sterling pon. Selepas pertemuan di sungai hari itu, Paku tekan akhirnya meninggalkan Cheesy menangis sendirian. Malas dia nak layan blues, memanjang-manjangkan kisah, dah nak kawin, kawin la, apa lagi nak slow talk? Banyak lagi hal lain nak fikir, nak buat, dari memikirkan si pakwe yang tak ada anjakan paradigma. Dan sekarang, di bilik Doktor Zubaidah, Paku Tekan tergelak gembira, merasa lawak dengan berita yang baru didengarnya. Hahahah, tak dapat dibayangkan camne rupa antu kopek tu bila berbadan enam. Setau Paku Tekan, spesis antu susu dan hantu kopek kalau mengandung mesti kembar lima sekali gus. Dia ketawa lagi bila mengenangkan muka bekas pakwe dia mendokong anak, memang lawak la. Entah apa rupa la budak-budak tu nanti.

“I ingat you akan jeles bila I cerita ni, ketawa pulak dia,” kata Doktor Zubaidah sambil menambahkan vodka ke dalam screwdriver mereka. Doktor Zubaidah memang gemarkan vodka, masa dia study kat Rusia dulu, memang itula minuman ruji dia untuk memanaskan badan. Maklumla, Rusia tu sejuk. Vodka memang telah banyak membantu beliau memanaskan badan sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam pengajian beliau selama tujuh tahun di sana.

“Saya dah tak kisah. Bagosla kalau dorang nak membesarkan keluarga, biar si Cheesy tu belajar erti tanggungjawab, yang si kopek tu pulak biar dia tau belajar jadi mak mak pulak, dari asik menceraikan laki je kerjanya. Lagipon Dok, saya ada cita-cita nak direalisasikan.”

Maka berceritalah Paku Tekan serba sedikit tentang hasratnya untuk merantau mencari pengalaman sambil menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Doktor gigi menyokong dan memberi semangat kepada Paku Tekan. Katanya, ilmu memang penting dalam hidup ni. Tanpa ilmu, hidup umpama dalam kegelapan. Biarpon tak de degree, Master, Phd, yang penting ilmu penuh kat dada, manakala hidup ini adalah universiti terbaik, pengalamanla Phd nya.  Ingat senang nak timba pengalaman? Kalau tak de berani, tak de kekuatan mental yang tinggi, jangan mimpi la, brother. Paku Tekan bersetuju dengan khidmat nasihat yang Doktor Zubaidah berikan.

*****

“Eh, aku nak pinjam duit sikit leh tak?”
Setiba di rumah selepas buat gigi, Paku Tekan dijemput Paku Payung masuk ke dalam bilik tidurnya yang lintang pukang, busuk, penuh berposter Dio, Skid Row, Strypers, Led Zepplin, Kiss, dan ntah apa lagi kumpulan rock kapak omputeh yang macam setan… eh… poster Inul Daratakda dengan Broery Marantika pon ada? Paku Tekan berkata dalam hati.
“Lari genre pulak, memang pedoman tak tetap dia ni.”

Bau bilik tu dah tak serupa bau bilik tidur dah. Botol wiski, toddy, vodka, beer, bergelimpangan  di sana sini. Ashtray penuh dengan abu rokok, abu ganja, semua abu pon ada, memang bilik tu penoh abuk, nampak benar tak pernah berkemas. Terok betul, memang tak serupa bilik perempuan. Paku Tekan duduk di atas katil adiknya yang berselerak macam tempat kucing beranak, tak pernah berkemas, cadar tu ntah berapa bulan tak berganti agaknya. Busuk sungguh. Dia memerhatikan sekeliling bilik yang gelap, yang hanya berlampukan pelita katak.
“Apa nak jadila adik aku ni, bilik dah macam bilik mat pet…" Kutuknya lagi dalam senyum simpolnya, bila terpandang gambar bogel Brigitte Bardot yang terframe kemas di sisi katil.

Berapa kau nak? Kau nak buat pe? Beli dadah?"
Lalu Paku Tekan pon bertanya akan tujuan si adik yang terdesak memerlukan dinero.
“Aku nak pakai dalam 150 pound, nak bayar utang. Aritu aku men judi… kalah… aku pinjam duit kawan aku. Janji malam minggu ni bayar. Tapi daddy tak kasi. Mommy marah aku bila mintak duit. Petang tadi puas aku kena bebel. Last-last aku blah, try main judi lagi, ingat ada ong, tapi hampeh. Duit aku yang ngam-ngam ada 200 pound habis aku laburkan. Memang sial la, asik kalah je. Tula aku harapkan sangat bantuan ehsan kau. Kau je aku harapkan ni. Please, sis. Kalau bukan kau siapa lagi kakak aku?"

Begitulah lembutnya lidah si Paku Payung bila merayu. Baru mengaku kakak la, adik la, kalau tidak si Paku tekan tu la tempat dia mencarik bahan nak bergaduh, bahan dia mengeji, menghina, bahan untuk dia perkotak-katikkan. Paku Tekan tidak bersuara buat beberapa ketika, memberi peluang kepada si adik mengadu dilema dan permasalahan dalam hidup yang sengaja dicariknya sendiri.

“Dia ugut nak rogol aku kalau aku tak bayar. Orang cakap kena rogol sakit… aku tak sanggop kena rogol. Tolongla aku, kak." Katanya lagi dalam nada merayu. Pandai Paku Payung buat intonasi melankolik. Mendengar itu, hati si kakak pon menjadi risau dan simpati pon menerjah ketulusan hatinya yang murni. Walaupon mereka berdua tak berapa ngam, tapi pertalian darah tak mungkin dapat diputuskan. Buruk baik, hodoh lawa, kaya papa, bengap, sengal pon si Paku Payung tu, dia tetap adik aku. Begitulah bersihnya hati dan pemikiran Paku Tekan. Sikit pon dia tak mengungkit onar yang pernah si adik lakukan terhadap dirinya. Let by gones be by gones. Itulah prinsip Paku Tekan yang baik hati.

“Sape nak rogol kau? Dengan sapa kau berutang ni sebenarnya?“
“Anak antu galah, Jimmy… aku risau kak, tolongla aku. Aku tak suka si Jimmy. Kalau anak antu raya tu aku minat la, dia hensem, caring. Selalu belanja aku pokies dengan wiski. Dia tak rogol aku pon aku sanggup rogol dia.”
“Huh, gatal. Kau ni dara lagi ke tak sebenarnya?“
Eh, of course la aku dara lagi. Aku tak pernah gedik dengan sesape pon. Kau ingat aku bohsia ke apa? Kau tu, dengan Cheesy lapan tau, mesti korang selalu cretttt kan?”
“Huh, jangan serkap jarang, aku ni ada pendirian yang teguh. Kalau kau yang liar tu pon pandai jaga dara, tak kan la aku yang innocent ni nak buat perkara tak senonoh camtu. Aku simpan untuk dia yang terbaik je.”
“Tapi kak, sebenarnya aku ada tengkorak dalam lemari…”
Tengkorak apa? Tengkorak biawak ke tengkorak tapir laut?”
“Tengkorak kuda belang… kalau aku cerita, kau jangan bagitau sesape tau. Janji?“
“Hmm macam-macam hal, tengkorak la, kuda belang la. Ha, crite la apa lagi, tak yah nak suruh aku berjanji-janji.”
“Kak, aku memang virgin lagi tapi sebenarnya aku penah tido dengan Cleopatra, anak Siamang Ghost. Ko kenalkan, awek bajet Paris Hilton tu… yang selalu berjalan bawak iguana ke hulu ke hilir?”
“What??? Kau cat dinding dengan dengan anak Siamang Ghost?!!! Itu maksudmu? Oh My Lord... this is unbelievable.”
Si adik menggangguk, antara pasti dan tidak. Muka kakaknya yang berlesung pipit tatkala tersenyum mahupon menangis direnung dalam-dalam. Lawa jugak akak aku ni... hatinya ikhlas memuji tanpa dia sedari. Baru dia perasan perubahan pada gigi kakaknya yang kelihatan agak kemas dari selalu. Tapi dek kerana ego, dia simpankan je pujian tu untuk diri dia sorang, namun nak up akak sendiri, memang tidak la. Lalu dia menumpukan topik kepada persoalan hidupnya.

“Aku tak tau la kak, tapi dia hot malam tu, dia ajak aku try. Aku pon tengah high, aku layankan je la. Best pulak rasanya.”
“Kira one night stand la ni?” Paku Payung menggeleng lagi, bersedia untuk membuka pekung di dada.
“Sejak malam tu, banyak kali dah aku terlanjur dengan Cleo. Petang tadi dia cakap dia cinta aku, ajak aku couple, aku confuse la… time aku layan dia tu aku tengah high bukan bermakna aku nak cinta, aku nak suka-suka je. Sekarang dia feeling kat aku.”


Tanpa ragu-ragu si adik menceritakan secara terperinci sambil menyalakan rokok gulong bertembakaukan ganja segar dari Kolombia.
“Huh, dengan jerawat merata, selera si Cleopatra tu berasmaradana dengan kau, sampai nak kau couple dengan dia? Buta ke apa si Cleo tu? Dia tu boleh tahan rupa, body sedap. Kau yang dia gilakan huh, memang tak de taste antu tu… memang la padan dengan keturunan Siamang Ghost dia.  Dah tu apa kau nak buat sekarang? Kau nak ke jadi kekasih lesbian dia?”
“Aku cakap dengan dia, aku nak open relationship. Tak nak komitmen, kalau rasa horny, aku leh tolong, tapi kalau cinta-cinta ni, aku malas la… aku suka bebas. Bebas. Bebas. Ada awek susah, apa nak buat semua kena report. Kena control. Kena pantau.  Nak-nak si Cleo tu, dia tu dominan.”

Paku Tekan mendengar dengan teliti pengakuan si adik. Dia pernah belajar tentang orientasi seksual remaja dalam transisi ke alam dewasa. Ini bukan satu fenomena baru baginya. Nak- nak bila melibatkan si adik yang memang tak pernah pasti tentang diri sendiri.
“Hmm…Pandai-pandai la kau buat keputusan, anu kau, pepandaila kau jaga. Kau dah besar, tak kan bongok lagi. Kira kau ni bisexual la ye?”
“Aku pon tak tau la dalam kategori apa aku ni tergolong sebenarnya… aku tak pernah crett dengan antu jantan. Tak sure la apa perasaan aku kat antu jantan sebenarnya, mungkin lebih kepada kawan-kawan je, kau tau. Huha, huha sesame. Dengan Cleo cam rasa lain pulak... beliau tu antu wanita pertama aku bermain di ranjang… hebat dia… jadi awek pon OK, tapi cam aku cakapla, aku tak ready lagi nak pikul tanggungjawab. Ko tengokla aku ni ha, tengok bilik aku ni ha pon cukopla… camni nak ada awek, nak ada boyfren? Aku ni tak de sikap tanggungjawab, macam mana nak jadi partner yang co-operative? Esok kalau si Siamang Ghost tu teringin nak makan belut letrik ke, ayam gajah ke, cam ne aku  nak belikan, tak kan nak mintak mak abah? Memang terok la aku kena hina nanti. Tu belom dengan keluarga dia lagi. Kau pon tau la, camne Cleo tu punya family, high class.”

Paku Payong menjelaskan perkara sebenar dan akhirnya mengakui kekurangan diri sendiri tanpa segan silu dan berdolak dalih.
“Huh, high class konon... dah kalau dia yang gile kan kau, dia mesti sanggup terima risiko tu semua. Takat belut letrik, ayam gajah apa la sangat... Tapikan... tak sangka pulak aku si Cleo tu lesbo…”
“Aku memang dah agak dah dari cara dia pegang-pegang aku, dari gaya dia mengesel-gesel... tapi tak la aku terpikir dia sampai nak couple, aku ingat nak buat stock geli-geli je.”
“Huh, gatal betol kau rupanya, ye. Suka hati kau la, Payung. Hidup kau pepandai la kau uruskan. Ko nak jadi lesbo ke, bi ke, nak jadi nun ke, apa aku kisah. Janji utang aku kau bayar. Kalau tak aku yang suruh Jimmy rogol kau nanti.”

Setelah bersetuju dengan menandatangai kontrak bernilai 150 pound sterling tu, Paku Tekan pon kembali ke bilik tidurnya yang wangi. Kemas, teratur, udara pon bersih dan nyaman. Bilik pon terang, tingkap selalu dibuka bagi mengizinkan udara bersih berventilasi dengan baik. Dia melihat wajahnya di cermin, macam biasa, memang dia suka membelai tubuhnya di depan cermin besar itu dalam keadaan separuh bogel, mengagumi kecantikan semulajadi diri. Kali ini dia tersenyum bila giginya semakin elok, semenjak menjalani rawatan dengan Doktor Zubaidah.
“Settle hal gigi ni, aku akan blah dari sini. Aku nak berkelana. Yes, that’s what I‘ll do, I promise you, myself,” katanya kepada diri sendiri sebelum dia melangkah ke dapur untuk menyediakan makan malam.

*****

“Payung, memandangkan hidup kau tak keruan, daddy nak kawinkan kau secepat mungkin.”
Perbincangan sewaktu makan malam dimulakan daddy, mengejutkan semua pihak, kecuali si mommy yang selalu mempersetankan apa saja bila dah mengadap lauk. Paku Payung mengangkat mukanya, memandang ke arah si kakak yang turut memandang mukanya, masing-masing tergamam mendengar niat abah.
“Dia lesbian, abah…” Kata si Tekan dalam hati. Sebenarnya mau saja dia lemparkan ke meja makan kata-kata tersebut, biar daddy and mommy tau yang Paku Payung ada simpan tengkorak kuda belang dalam lemari dia.
“But… but… but….” Si adik lost for words.
“Abah dah carik kan jantan paling special untuk kau, keluarga kita akan kaya raya nanti. Mulanya aku nak kawinkan akak kau, tapi memandangkan beliau ada cita-cita, rajin berusaha, aku rasa berbaloi kalau dia teruskan impian dia, daripada kau ni, hidup tak menentu, terhoyong hayang macam yahudi mabuk, bercampo gaul dengan ntah sesape… kawin je la penyelesaian kau, biar kau tau hidup ni mesti ada sikap tanggungjawab. Esok dah berlaki baru kau tau bangun awal, camne kena kemas rumah, kemas katil, masak, basuh kain, kemas bilik tu semua. Kalau kau masih jugak dengan perangai kau macam sekarang ni, bersedialah jadi janda. Jelas?!"

Begitulah penerangan yang diberikan si daddy kepada anak bongsunya dalam nada serius, menandakan beliau tak main-main dengan hujahnya.
“Ohhh… Cleo…” Entah secara sedar atau tidak, tapi dengan jelas kedengaran dia mengeluh, menyebut nama anak Siamang Ghost. Paku Tekan ketawa menyindir.
"Tadi cakap tak nak cinta, sekarang terkenang lak kau dengan kekasih lesbo kau tu."
“Apahal pulak dengan Cleo?” Tanya si mommy monster yang dari tadi asik ngup ngap ngup ngap tanpa mengendahkan perbualan si bapak anak beranak.
“Cleo ajak aku keluar clubbing malam ni… esok dah kawin mana leh keluar clubbing kan? Mana leh nak jadi liar cam sekarang ni kan? Nak isap ganja, nak yamseng-yamseng, nak mabuk , nak high, nak hot, semua tak boleh. Semua kena mintak izin laki. Nanti kena dengar cakap laki, kena ikut apa dia suruh, apa dia tak suruh, semua tak leh buat. Kena duk rumah, layan laki, kena bunting, kena beranak, kena jaga anak, kena tukar pampers… bila masa aku nak berpoya-poya lagi? Dah la, aku nak keluar carik hiburan. Huh!!! Ridiculous. Kawin pon dia nak tentukan, so conservative."
Seperti biasa, naik la angin si anak bongsu. Serabut kepala otak dia memikirkan hal ni. "Kenapa tetiba abah nak kawinkan aku? Damn!!! Bagaimana hubungan aku dengan Cleo nanti? Argghhh… whatever, kalau pon aku dikawinkan, memang aku tak akan biarkan Cleo merana. Aku pasti akan tetap setia melayan dia. Tapi kalau abah suruh kawin dengan Mario memang aku nak. Anak antu raya tu hot."
Paku Payung mengomel sendirian dengan fikiran-fikiran tak berapa stabil, sambil melangah keluar menuju ke rumah Cleopatra, si gadis iguana.

“Abah sebenarnya nak kawinkan adik kau dengan Putera Songkok Beracun.”
Satu lagi kejutan dari daddy sebaik saja Paku Payung melangkah keluar, to hell pada perbincangan daddynya.
“What?!!! How is that possible? Kan dah nak kawin mat pet tu dengan Puteri Sanggol Terbalik tak lama lagi?”
Dalam kehairanan sebenarnya Paku Tekan merasa gembira dengan idea si daddy, The Mafia. Dia sesungguhnya tak rela tuan puteri lawa yang semakin hari semakin dikaguminya itu dijodohkan dengan jantan takde kualiti macam putera sasau tu.
“Ha, tu la kau tak tau rahsia kami. Perancangan telah diatur rapi. Kami akan menculik si Sanggol Terbalik, hape punya nama la...”
“What?!!! No!!! Mana boleh culik tuan puteri!!! No, no, no, no way.” Paku Tekan bangun, berdiri, menghentak meja, tanda objection terhadap rancangan abah. Dia risaukan keselamatan dan masa depan si puteri.
“Ahhh kau mana tau, jangan masuk campur hal mafia.” Bentak si daddy, sambil menghempas gelas, hingga terpercik wain putih tersebut ke muka bininya yang leka di alam lauk-pauk.
“Tak boleh. Aku tak kan izinkan Tuan Puteri diapa-apakan. Abah ingat muka si Payung tu lawa sangat ke sampai orang takleh cam? Nanti lambat laun orang tau jugak dia tu antu paku. Dua jam je pon kan kalau boleh tukar pon?”
Meja dihentak lagi, kali ini lebih kuat, sehingga ibunya yang gemok tersedak-sedak, tapi tetap tak memperdulikan perdebatan si anak dan si bapak.
“Ni rahsia turun temurun, kau apa tau, kau budak hingusan. Sebenarnya nenek kau ada bagi potion untuk kekal menjadi manusia. Potion tu dari nenek dia punya nenek punya nenek punya moyang punya nenek, membawak ke nenek lagi satu, ke moyang belah mak tiri dia. Zaman berzaman tapi tak pernah sape guna. Aku rasa masanya dah sampai untuk aku manfaatkan khasiat potion tersebut. Dah jangan kau banyak objection, be thankful aku pilih adik kau jadi mangsa, bukan kau. Pasni kau kau nak blah mana-mana kau blah la. Carik kehidupan kau sendiri. Plan aku ni tak akan ada sape boleh rosakkan.“

Rahsia turun temurun? Boleh kekal jadi manusia? Aku pon nak… teruja dengan pengakuan abah, lalu Paku Tekan mengunci mulutnya dari membuat objection lagi.
“Ni peluang baik." Maka mentol di kepalanya pon menyala. Dia pon pura-pura bersetuju dengan rancangan si daddy.
“Hmm, kalau abah dah cakap camtu, tak pe la. Sebagai mafia, saya percaya abah tau apa abah buat.”
“Tau pon kau. Lain kali jangan asik nak bagi objection je kalau tak tau hal sebenar. Aku ni pro, bukan amatur.“

Like father, like daughter, sambil-sambil kemas dapur dan basuh pinggan selepas makan malam, kepala otaknya pon mula ligat berfikir, membuat perancangan teliti dan teratur. Ingat daddy je boleh buat plan? Dia pon nekad akan buat yang lebih baik dari plan daddynya sendiri. Sia-sia je la jadi anak mafia kalau itu pon tak boleh buat. Dan hal ini akan menjadi topik perbincangan antara dia dan tuan puteri tepat jam doblas malam nanti.

*****

Sementara itu, di salah satu bilik dalam istana, berkata-katalah si puteri raja kepada sang katak air yang setia mendengar tanpa mampu menjawab.
Khazi, hensem ke pemuda yang menjadi date beta malam ni? Beta rasa best sangat nak jumpa dia ni… tuan hamba tau kan Khazi… selama ni beta tak pernah diizinkan berkawan dengan orang kebanyakan. Beta rasa terkongkong, ini bukan hidup yang beta nak. Beta nak bebas. Bebas. Bebas. Lepas bebas macam burung. Beta faham, kau pon ada rasa yang sama, kau boleh bayangkan how damn boring living like this, in a palace like this. God… beta nak blah jauh dari sini, Khazi. Hey, beta akan bawak kau sama kalau beta terpaksa lari nanti sebab kau aje la sekor-sekornya katak yang faham beta, mendengar dan melihat beta dari beta kecik berhingus meleleh, sampaila beta besar lawa camni.”

Rambutnya yang lurus disisir rapi. Selepas itu mula la dia mengerjakan kerja-kerja menampal makeup.
Lawa tak beta? Rasa-rasa Paku Tekan tu boleh syok tak kat beta?” Tanya baginda kepada katak air yang duduk di tingkap, duduk bosan, memerhati dan mendengar si puteri raja meraban sendirian.
“Krekk, krekk, krekk…” Itu aje la yang mampu dia komen, walaupon maksud sebenarnya ialah,
“Tuanku, makeup tuanku tu tebal sangat, dah macam opera cina aku tengok.”
Malangnya si puteri tak faham. Lagi sekali Khazi cuba memberitahu,
“Kreeekkkk, krekkkk, krekkk,” agak kuat dari yang mula-mula tadi, sebenarnya dia sendiri tak selera tengok puteri tu berbedak makeup macam tu, tak natural. Dia lagi suka tengok muka si puteri waktu bangun tido. Baru real kecantikan semulajadi.
“Kenapa Khazi?” Tanya si puteri, macam la katak air tu boleh jawab selain buat bunyi krek krek tu.
Krekkk lagi dan lagi tapi kali ni Khazi melompat ke atas meja solek. Tak leh blah dia tengok makeup tebal camtu maka dia pon menumpahkan sedikit bedak ke atas meja. Lalu dengan lidahnya dia menulis…
“Makeup tebal sangat, tak lawa, macam opera cina.” Tuan Puteri tergelak besar membaca tulisan tersebut.
“Tuan hamba pandai menulis,” katanya penuh teruja. Khazi mengangguk-anggukkan kepala.
“Great. Kenapa tak bagitau beta dari dulu, kan senang untuk kita berkomunikasi?“
“Baru belajar dengan Paku Tekan." Dia menumpahkan bedak dan menulis lagi, menjawab pertanyaan tuan puteri. Menerima kritikan membina si katak air, anak raja itu pon membasuh mukanya kemudian menampalkan makeup nipis, untuk janjitemu dia dengan si antu paku malam itu.
"Ha, ni baru marvellous." Tulis katak air lagi di meja solek sambil tersenyum lebar.

Tengah malam yang dinantikan pon tiba. Daddy dan mommy dah pon beradu. Adiknya, selagi tak pukul pat lima pagi, jangan harap ada kat rumah. Dengan rasa excited dan berdebar-debar, Paku Tekan pon keluar terbang ke sungai, sebagaimana yang telah dipersetujui. Dia duduk di atas batu kegemaran, menanti ketibaan Tuanku Puteri dan katak air, sang sahabat. Seperti yang dia aturkan, dia hanya akan menukarkan dirinya kepada bentuk manusia bila mereka berdua sampai, untuk tidak membazirkan dua jam yang singkat.

"Oh Tuhan, tenangkan la hati hambamu ini dalam menempuh temujanji pertama aku dengan anak raja. Jauhkan la aku dari darah gemuruh, senggugut, kejang otot dan kegagapan. Amin."
Dia berdoa sambil merenung bulan. Bersyukur dia, merasa bertuah kerana diberi peluang dan kesempatan untuk berdating dengan si puteri jelita. Tokey kokain pon belum tentu dapat peluang macam tu. Mungkin inilah hasil dari kesabaran dan sikap caring yang terbentuk secara semulajadi dalam diri, tertanam sejak awal lagi.

Di waktu yang sama, bersuluhkan handphone, Puteri Sanggol Terbalik pon menyelinap keluar dari istana. Melalui balkoni bilik, beliau melunsur dan melompat turun, kemudian dengan penuh hati-hati beliau memanjat pagar. Hatinya gembira melakukan perkara tersebut. Adrenalin yang dah lama tak berfungsi kembali hidup, malah nak nampak hebat lagi, lalu dia mengetuk kepala pengawal istana yang berkawal di hadapan pagar dengan baseball bat yang memang dibawaknya bersama atas tujuan keselamatan.
Nah, ambik kau. Dari kau berkawal ke hulu ke hilir memalam ni ada baik kau tido."
Si anak raja ketawa senang hati, melayan kehendak pancreas. Katak air hanya mampu terkebil-kebil memandang keterujaan si tuan puteri yang over excited pada malam itu.
"Orang baru lepas keluar penjara memang camtu,“ kata katak air dalam hati.

Tepat jam doblas malam, terdengar desas desis tapak kaki dan suara krek krek si Khazi. Di bawah sinar bulan yang mengambang penuh, muncul la Tuan Puteri Sanggol Terbalik, ditemani si katak air, sahabat setia. Seketika, terpukau mata dan hati Paku Tekan melihat kejelitaan puteri raja dari dekat, yang bediri betul-betul di depan matanya pada waktu itu, cuma dia masih belum menukarkan dirinya dalam jasad manusia, jadi puteri tak nampak dia. Hanya katak air yang nampak dan berkata, “apa kau tunggu lagi, pergila tukar cepat…” Menurut perintah, dia pon berlalu ke sebalik pokok untuk menukarkan diri.

“Tak punctual la Paku Tekan ni, beta ingat dia yang tunggu beta, tapi ni beta pulak kena tunggu dia, huh! Durhaka sungguh.” Dengus puteri raja.
“Maafkan patik, tuanku…” Dengan senyuman Paku tekan menyapa tuan puteri dari belakang, bila mendengar rungutan si anak raja sebentar tadi. Puteri pun memusingkan badannya, memandang ke arah suara yang menyapa. Dia turut terpaku, melihat ketampanan si antu paku, walaupon dia tak tau pemuda hensem tu adalah hantu sebenarnya.
Hambalah Paku Tekan. Maaf, sebenarnya dah lama hamba sampai, cuma hamba mahu pastikan tuanku ke sini tepat pada waktunya, maka hamba bersembunyi di sebalik pohon. Ini untuk tuanku,” Paku Tekan menyerahkan sejambak bunga ros putih kepada tuan puteri.
“Itu je bunga hamba jumpa, Carnation tak de.”
Mata si anak tunggal raja terpaku di wajah Kurt Cobain tersebut. Bunga ros putih pon bertukar tangan.
“Terima kasih… beta rasa macam pernah tengok tuan hamba… tapi entahlah… kat mana beta tak pasti, YouTube kot.”
"Huh, mesti dia tak perasan, akulah juara pertandingan merebut katak air," Paku Tekan membuat isyarat bahasa alam kepada Khazi yang merollingkan bijik mata.
“Tuanku selalu layan YouTube, mesti suka layan Nirvana, kan kita pernah share link tu… memang hamba tak nafikan muka hamba ada iras-iras mendiang.”
“Ha ah la, baru beta perasan. Nice to meet you, Paku Tekan. Gembira hati beta dapat bertemu tuan hamba. Terima kasih kerana sudi menerima pelawaan beta.”
Tak jadi hal, my princess. Bila-bila masa pon hamba sanggup invest. Tuanku pon buat hamba happy. Hamba tak pernah rasa macam ni.”
Mereka mula berbalas pantun. Khazi tersengih melihat gelagat sahabat dan tuan puteri yang masing-masing ada dilemma dalam hidup.
Hidup beta sunggu serabut. Pagi petang, siang malam rasanya bagai dilanda ribut. Majlis kawin dah tak lama lagi, beta tak hingin dia tu jadi laki.”
Kalau slow talk tak boleh ke tuanku? Takkan lah begitu kejam ayah dan ibu? Katakan pada mereka, tuanku belum bersedia, tunggu la lagi setahun dua.”
“Dah beta terangkan beribu kali, tapi satu pon tak masuk ke akal meraka. Sekarang memang beta nekad nak lari sebab tak boleh nak durhaka perintah raja.”
Mana tuanku plan nak pegi? Dalam negeri ke overseas?”
Terasa sebal dalam dada Paku Tekan, tak merelakan pemergian si puteri.
“Dalam negeri senang nak trace, beta ingat nak blah  ke seberang selat Inggeris.”
Bila tuanku? Tuanku betul-betul pasti ke nak lari ni?”
Tolongla jangan pergi... itulah rintihan sebenar Paku Tekan dalam hati. Dia nak puteri kekal di kampong tu, kekal dekat dengan dia.
“Beta tak de lain pilihan. Demi hidup dan masa depan.”
“Mesti aku rindukan kau nanti, tuanku..." Hatinya mengeluh lagi lalu dia bertanya…
"Bila flight?"
“Belum tempah lagi, tapi memang itulah rancangan beta. Atau tuan hamba ada idea lain yang lebih cool dan bernas?“
“Hamba ada satu rahsia… sebenarnya ada sekumpulan mafia sedang merancang untuk merosakkan majlis kahwin tu nanti. Mereka merancang nak culik tuanku dan menggantikan tempat tuanku dengan orang lain. Hamba rasa kita patut ambil kesempatan dari niat jahat mereka tu.”
“Oh, betul ke, Tekan? Mana hamba tau semua ni?”
Hamba ada sumber yang boleh dipercayai. Tuanku, hamba tak mau tuanku diculik… hamba risaukan keselamatan tuanku. Hamba… kalau boleh nak bawak tuanku jauh-jauh dari semua masalah ni… hamba… hamba… hamba…”
“Tuan hamba syok kat beta kan?”
“Eh, mana tuanku tau ni…”
“Alahh… sekilas ikan di air, beta dah tau belut ke berudu.”
Tersenyum lebar si puteri lawa sambil mengenyitkan mata kanannya lalu berlalu, melabuhkan punggung seksinya di atas sebuah bangku bambu yang memang tersedia di situ, memang dibuat khas untuk ngedate.

Langit begitu cerah dengan bintang dan bulan mengambang penuh. Alam terasa begitu indah, angin sepoi-sepoi bahasa membawa perasaan shahdu dalam hati Paku Tekan yang mula tersentuh dengan keindahan dan sikap cool Puteri Sanggol Terbalik. Berkali-kali hatinya memuji kecantikan wanita itu. Dari matanya yang redup sampailah ke tumitnya yang bersih, dari fabrik yang digunakan untuk membuat pakaian beliau sampailah ke sanggulnya yang sebenarnya tak pon terbalik, Paku Tekan merasakan satu perasaan aneh melungsur masuk ke dalam dada antunya.


“Apsal aku rasa camni, cam pelik je,” dia menyoal dirinya sendiri, dalam hati.
Hamba care pasal tuanku. Memang hamba tak nak tuanku kawin dengan dia tu. Tak sesuai langsong. So, camne sekarang, tuanku? Apa tuanku fikir?”
“Hmm, Tekan… beta nak hamba tolong beta. Bagitau kat mafia tu, culik la beta sebelum majlis berlangsung tapi dengan syarat, jangan apa-apakan beta. Bila dah diculik, lepaskan beta. Beta akan bayar kalau mereka nak pampasan. Lepas pada tu beta blah g England. Amacam? OK tak? Sebab, kalau beta lari istana, nampak benar beta punya angkara, nanti baginda sibuk suruh orang- orang istana carik beta. Tapi kalau ada orang yang culik beta, pastu porak-perandakan majlis, ini lagi bagos. Mesti yang diburu mafia tu, bukan beta. Ha, amacam bernas tak?”
“Hamba pon ada fikir macam tu masa basuh pinggan tadi. Bila kena culik, nanti polis mesti sibuk carik kumpulan mafia tu. Tapi tuanku, nanti masa tuanku nak terbang ke England, kena tahan kat airport camne? Tuanku kena tukar identiti, hmmm…?”
“Tak apa, itu kita fikirkan kemudian. Yang penting, hamba tolong suruh dorang culik beta.”
Paku Tekan merasa gembira. Nampaknya idea tuan puteri sama dengan idea yang dia rangkakan selepas makan malam tadi. Dia akan cuba slow talk dengan bapak dia untuk membantu menyelesaikan perkara ni dengan clean and smooth.

“Hamba tak pasti bila mafia tu akan melakukan jenayah mereka, nanti hamba buat research lagi. Hamba update tuanku tiap hari, OK.”
Puteri Sanggol Terbalik mengangguk, tersenyum lawa, menyerlahkan giginya yang putih bersinar.
“Tekan, boleh tak kita berjumpa lagi esok? Di tempat dan waktu yang sama?”
“Tuanku sanggup lompat tingkap, panjat pagar, semata-mata nak jumpa hamba?”
Anak raja yang lawa itu mengangguk yakin.
“Why not, my dear? Tuan hamba tak tau betapa hebat rasanya buat benda-benda tu semua. Beta memang suka adventure. Bukan ke tuan hamba yang kata, adventure tu perkara yang unik? Dari adventure la kita belajar banyak perkara lain. Beta nak bebas. Bebas berfikir, bersuara, bebas buat apa je. Tinggal dalam istana, sakit minda beta. Hari-hari sama. Tak ramai kawan, kalau ada pon semua kawan anak-anak raja jugak, tau-tau jela dorang tu semua poyo. Mual beta dengan perangai dorang. Ada yang bajet Deutschland, ada bajet Michigan, ada yang bajet London, Latin, yang bajet Afrika Selatan pon ada. Paling beta tak boleh blah, tu budak-budak bajet Korea… my God, so irritating.”
Hamba faham, tuanku. Hidup kena ada variasi, baru berwarna kehidupan ni. Patik pon macam tuanku, memang suka adventure. Kalau kita kawan lama… kalaulah tuanku tak perlu larikan diri, stay sini, tanpa perlu kawin dengan dia yang terbusuk tu… macam-macam hamba nak buat dengan tuanku… tapi yelah, realitinya sekarang ni. Dilema tuanku kena disettlekan. Hamba akan membantu sedaya upaya hamba. Hamba nak tuanku gembira.”
“Terima kasih, Tekan. Mulia hati tuan hamba, terharu beta dengar. By the way, tuan hamba kerja apa?”
“Errr… hmm… sebenarnya… to be honest, hamba tak de kerja, tuanku. Dah setahun sejak graduate, hamba menganggur. Hamba orang susah, so untuk duit poket, hamba buat la apa keja yang patut. Hamba ambik upah basuh kain. Hamba jual pucuk paku, kangkung sungai, sayur-sayur. Kadang-kadang hamba hantar susu pagi-pagi dari rumah ke rumah sambil-sambil jadi paper boy. Terpaksa la sementara tunggu rezeki kerja yang menjamin, sesuai dengan kelayakan hamba.”
“Oh… sorry to hear that, Tekan, really. Tapi carik keje memang ambik masa sikit, sabarla, lambat laun adalah tu nanti kerja yang sesuai. Tapi beta rasa, tuan hamba kena keluar dari kampong ni. Kat sini apa pon takde. Tuan hamba belajar dulu takat PMR je ke? Kenapa tak carik keje kilang?” Sesedap rasa si anak raja berkata-kata, macamla dia ada pengalaman carik keje.
"Heh, keje kilang? Baru aku cakap tadi aku menganggur dah setahun sejak graduate, ada ke PMR je taraf dia letakkan aku? Pekak badak ke kurang peka dia ni?"

Mendengar pertanyaan itu, Paku Tekan merasa sedikit annoyed bila penjelasannya sebentar tadi bagai tak masuk ke telinga apa lagi otak si anak raja. Bagaimana pon, dia tetap melayan si puteri dengan bersopan santun, penuh rasa hormat.
Hamba ada degree dalam psikologi dan filosofi. Hamba bercadang nak buat Master, kalau ada rezeki, panjang umur nak buat Phd. Itulah perancangan masa depan hamba. Memang hamba tau, hamba kena blah dari sini. Kena berhijrah demi masa depan. Duduk berdaulat kat pekan koboi ni, nak jadi gembala kambing pon susah.”
"Oh, great... beta pon ada degree dalam kesusteraan Inggeris, lagi hebat dari tuan hamba, beta ada Master dalam Falsafah dan Sains Sosial. Kira kita ni sekapal la, kan? Great, great, suka beta mendengarnya." Dengan perasaan bangga dan sedikit riak, Puteri Sanggol Terbalik menunjukkan reaksi bahagia. Bercahaya muka baginda bila dalam hati, baginda merasakan ada keserasian dan tindak balas kimia antara dia dan Paku Tekan.

Begitulah mereka mengisi tengah malam dengan mengenal diri masing-masing dengan lebih rapat lagi. Paku Tekan merasa lapang, sementara Puteri Sanggol Terbalik merasa hidupnya bagai dipenuhi unsur kimia atomik bernombor 10. Gembira, itulah perasaan rohaniah yang sama-sama mereka rasakan, yang terpapar nyata diekspresi wajah. Kekecewaan masa lalu dalam kisah hidup Paku Tekan dan dilemma yang merampas ketenteraman hidup tuan puteri telah membawa mereka kepada diri masing-masing. Memasuki pertandingan merebut katak air telah membuka jalan yang tak pernah menakluk cerebrum antu paku si Paku Tekan, perkenalan dengan katak air telah menghadiahkan persahabatan sekaligus membawa dirinya dekat kepada diri anak raja yang sering berduka cita. Keromantisan dan keserasian mula dirasakan sewaktu berbalas pantun dan kini, setelah bertemu muka, perasaan itu menjadi lebih sempurna walau masih lagi dalam proses menganalisa.

Mereka berdua memandang sayu ke wajah katak air Kazakhstan yang dari tadi lena diulit mimpi, memberikan peluang untuk ke dua makhluk Tuhan itu bertukar fikiran dan berkongsi rasa.
"Jasamu dikenang, Khazi." Serentak mereka melafazkan kata-kata tersebut. Mata pon bertemu, senyum bertukar. Perasaan membara, rasa ingin terus di situ sampai pagi, sampai bila-bila tapi sayangnya…
Beep, beep,beep… sepuloh minit sebelum tamat dua jam… Paku Tekan terpaksa pergi.
“Tuanku, esok, kita jumpa lagi ye, kat sini, kul doblas malam. Hamba kena blah sekarang. Ni nombor telefon hamba.”
Paku Tekan pon menuliskan nombor telefonnya di atas daun keladi.
“Eh kenapa lekas sangat? Baru kul dua, malam masih muda. Relax la dulu, tak bujang la camni.”
“I have to go, princess. I’ll see you here tomorrow.”
“But why so suddenly?”
“Hamba gembira berborak dan mengenali tuanku secara ekslusif macam ni, tapi hamba kena pergi, jumpa esok, my princess. Hamba tunggu.”
Tekan, wait…”
Desakan masa memaksa Paku Tekan untuk menghilangkan dirinya di balik pokok. Hatinya mengeluh. Aku mesti jadi manusia, aku suka perempuan tu.

Bila jasadnya berubah menjadi hantu paku semula, Paku Tekan masih lagi di situ, memerhatikan Puteri Sanggol Terbalik yang kelihatan confuse. Wajahnya yang berseri penuh senyuman tadi bertukar menjadi muram. Paku Tekan menghampiri beliau, mahu dia katakan, "aku masih di sini, sayang." Tapi apakan daya, belum masanya untuk berterus terang. Maafkan aku, gorgeous.

Khazi, bangunla. Jom balik.” Puteri Sanggol Terbalik mengejutkan si katak air yang sedang enak berdengkur. Katak air memang sedia maklum tentang limit dua jam, memandang ke arah Paku Tekan yang kelihatan hiba, kemudian mengalihkan pandangnya ke muka Puteri yang kembali muram.
Khazi, beta pelikkenapa Kurt Cobain tu tetiba je blah? Tiba-tiba je… Beta busuk ke? Ada bau peluh ke beta ni? Atau tak cukup lawa ke beta dimata dia?"
Sedih suara si puteri, meluahkan kekeliruan beliau.
“Krekkk, krekk…” Jawab Khazi, lalu menulis di atas pasir…
“Tuanku wangi, cantik, tapi sabarlah, puteri, mungkin dia sakit perut nak ke jamban.”
Kata katak air, cuba membuat sang puteri ketawa, tapi tidak berjaya.
“Khazi, aku akan ikut korang berdua balik.” Paku Tekan dalam bahasa alam, menyampaikan hasrat hati. Tak sanggop dia meninggalkan Tuanku Puteri begitu saja, dia mahu menemani baginda biar dalam apa juga cara dan keadaan. Maka puteri dan katak air pon memulakan langkah pulang ke istana, tanpa si puteri menyedari bahawa Paku Tekan masih di sisinya, masih mendengar dan memerhati dia. Terharu hati Paku Tekan bila melihat susah payah si puteri memanjat pagar dan tembok dengan evening dressnya yang cantik merelip, untuk kembali naik ke kamar yang terletak di tingkat tiga istana.

"Kalau la baginda tahu sapa aku sebenarnya, akan aku terbangkan baginda naik balik ke bilik, tak payah susah-susah memanjat macam penyamun tarbus cam ni... Hai...sanggup dia buat semua ni semata-mata nak berdating dengan aku," hati Paku Tekan bersuara lagi, terharu melihat kesungguhan dan pengorbanan si gadis. Lalu dia pun terbang menyelinap ke dalam bilik tuan puteri yang wangi dan cantik serba biru.

“Krekk…krekk…” Katak air berbunyi, berkomunikasi dengan Paku Tekan sebenarnya.
“Kau nak overnight sini ke malam ni?” Paku Tekan membalas dengan jawapan positif,
"Ye, memang niat aku nak tido dengan dia malam ni."
“Tuan hamba apahal dari tadi ter krekk, krekk, Khazi? Ada sesuatu ke yang tuan hamba nak bagitau beta?" Khazi menggeleng kepala. Puteri yang berdiri di depan cermin menghadap muka lawa sendiri pon mula melepaskan persalinan baginda satu demi satu. Terjojol bijik mata Paku Tekan melihat pemandangan luar biasa itu. Cantiknya body... pujinya dalam bahasa alam dan katak air pon berbunyi, krekkk, krekk lagi... bererti,
"aku dah biasa tengok scene ni, dah tak heran. Baginda ada tahi lalat kat atas pusat. Hehehe..."
"Pelik sungguh tuan hamba malam ni Khazi, ter krekk krekk dari tadi, apa masalah? Masalah tonsil ke atau tuan hamba allergy embun malam?"
Puteri Sanggol Tebalik yang kini hanya mengenakan bra dan panties mengusap lembut tubuh licin si katak air.
"Krekkk...." Maksudnya, "jangan jeles bro, dia memang selalu belai aku camni."
Nak aje rasanya Paku Tekan melambong katak air ke kolam. Memang ada rasa cemburu sebenarnya.
"Kalau esok tak baik jugak, beta suruh tabib haiwan datang check tuan hamba, OK," janji si anak raja sebelum berlalu ke kamar mandi untuk mencuci tangan sebelum menyapu disinfectant losyen ke tapak tangannya. Kemudian dia membaringkan diri di atas katil yang mewah, meniarap sambil membuka journal, lalu dia pon mula mencoretkan pantun. Paku Tekan yang duduk di sebelahnya dapat membaca dengan jelas setiap patah perkataan yang dicoretkan, sambil-sambil menjamu mata, memerhatikan susuk tubuh gebu kemerah-merahan yang cukup merangsang saraf tunjangnya. Naluri kehantuan pon mula terusik.
"Geramnya aku, kenapa la crazy, sexy, marvellous sangat kau ni anak raja woii...?"
Paku tekan cuba menenangkan diri, menumpukan perhatian kepada si tangan kidal mencoret bait-bait perkataan di dalam journal, menjadi rangkap pantun, meluahkan isi hati.

Tak faham mengapa rasa begini
Bertemu dia hatiku menyanyi
Terasa gembira, penuh bersemangat,
Melihat dia aku rasa kuat.

Muka dia sweet je, boleh tahan
Cara dia bercakap, memang aku berkenan
Aku rasa sangat dihormati
Tak sabar aku nak jumpa dia lagi.

Paku Tekansalahkah perasaan beta?
Mampukah rasa ini menjadi kata-kata
Bila esok kita bertemu lagi
Haruskah beta curahkan rahsia hati?

Coretan tuan puteri terhenti di situ. Paku Tekan memandang ke muka tuan puteri dengan rasa cukup bahagia. Bangga dan pilu pon bersatu menjadi kekeliruan. Betul ke dia syok kat aku???  Mahu saja dia membalas pantun tu sekarang jugak...  Rasa happy bercampur terharu… aku ni hantu paku, puteri… macam mana akan aku terang hal ni? Sanggup ke kau terima aku dalam keadaan begini atau perasaan kau akan berubah bila kau tau siapa aku sebenarnya? Dia menatap dan terus menatap wajah cantik tuan puteri, sudah tentu mata gatalnya tak dapat menafikan badan wanita yang mendedahkan aurat itu, menilik dan menjamah setiap inci tubuh segar si anak raja tanpa jemu sehinggalah gadis itu pon tertidur. Lalu dia perhatikan pula tiap gerak geri si puteri waktu beradu. Kadang-kadang beliau berdengkur, kadang-kadang tersengih, kadang-kadang mukanya berkerut-kerut, ntah apa la yang dimimpikannya.
Mimpi? Rencana yang baik… mentol pon menyala lagi, maka dengan menggunakan kuasa luar biasa yang dimiliki hantu paku, Paku Tekan pon melompat masuk ke dalam ruang tidur Puteri Sanggol Terbalik.

Di sana, dia melihat puteri sedang duduk di tepi sungai tempat mereka ngedate tadi. Lalu dia datang menghampiri, dalam jasad manusia.
“Tuan Puteri, hamba mintak maaf tadi hamba terpaksa balik. Sebenarnya ada rahsia yang hamba perlu beritahu tuanku, tapi tunggula, masanya akan tiba untuk hamba menceritakan segalanya, itu pasti, walaupon bukan sekarang. Tuanku, janganla sedih, esok malam kita jumpa lagi, OK.“
Tekan, jangan tinggalkan beta lagi, please… I need you.”

Permintaan tuan puteri pon ditunaikan dengan senang hati. Paku Tekan menemani mimpi beliau penoh rela dan setia, sehingga beliau terjaga dari tidurnya keesokan pagi dengan rasa yang sangat indah, tanpa beliau sedari, sebenarnya Paku Tekan ada di sisi, melihat senyuman paginya. Melihat kusut masai rambutnya. Melihat muka naturalnya tanpa makeup dan tak berbaju.
Kau cantik, tuanku. Aku risau kalau aku terjatuh dalam cinta... kita hidup di dua dunia yang berbeza...”
Paku Tekan cuba membisikkan ke telinga tuan puteri yang masih lagi berbaring menatap muka siling sambil tersengih sendirian, mengenang pertemuan dan mimpi beliau malam tadi. Tapi sayangnya, hanya katak air yang mampu mendengar dan memahami.

Krekk, krekk…" Kata si katak air, yang membawa maksud,


"Pegila balik, bukan kau kena sediakan breakfast ke? Ada tiga besen kain kau kena basuh hari ni, jangan lupa. Pastu pukul 4pm, kau ada appointment dengan doktor Zubaidah. Jangan layan blues sangat, esok apa pon tak jadi. Balikla dulu, kau duduk berteleku mengadap dia kat sini pon bukan dia tau kau ada dengan dia. Kejap lagi dia kena turun breakfast, pastu sebelum dia g tunggang kuda, dia akan habiskan setengah jam dalam jamban sebelum dua jam dalam bilik air, takkan tu pon kau nak follow jugak? Sabarlah, kalau dah jodoh tak ke mana, kawan."
6. DEBARAN PERTEMUAN PERTAMA 6. DEBARAN PERTEMUAN PERTAMA Reviewed by Ray FL on Sunday, June 08, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.