KITA


"Kuatnya kita,"
aku setuju bila kau katakan itu
walaupun kadang-kadang susah nak percaya
tapi itulah kau, itulah aku.
KITA.

"Susah nak percaya."
Kau membidas perkataanku;
"percayalah." 
Dan keyakinan pun meresap dalam darah
aku bergerak dengan rasa percaya.

"Aku percaya, sampai bila-bila pun keyakinan ini tak kan mati,
dia tak akan mati 
walaupun mati akan memisahkan kita.
Jasad, bukan jiwa."

Tapi sebelum ia tiba
KITA...
kita akan terus percaya dengan yakin
pada keindahan ini
yang kita kongsi sejak lama dulu.

Bila kau dihantar untukku.
dan di situ aku menanti
tanpa pernah aku tau.
Tanpa pernah kau tau,
kau ke situ untuk aku.

http://www.introversi.com/2014/05/kita.html

KITA KITA Reviewed by Ray FL on Friday, May 16, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.