SO MANY YEARS

Lepas kau berangkat ke US, memang tak tentu arah hidup aku. Bila malam, bila aku sorang-sorang... rindu kat kau buat aku mengeluh. Aku cuba carik jawapan mengapa kesannya camni sekali bila kau pegi. Tiap tempat yg pernah kita pergi sama-sama aku nampak kau, terasa kewujudan kau, senyum ketawa kau... tempat fav kita, semua tempat ada kenangan yang kita tinggalkan. Aku tidur dengan t-shirt yg kau tinggalkan untuk aku. Mana aku g aku bawak. aku cium t-shirt tu, perfume kau, bau kau... buat rindu aku makin dalam. Rindukan gelak ketawa kau, gurauan kau, rindu bila berdebat dgn kau, bertukar fikiran, tak ada perempuan yg penah lengkapkan aku macammana kau lengkapkan aku. Aku cuba jadi orang lain untuk lupakan apa yang aku rasa, aku keliru, aku hilang arah dan punca... aku cuba nak terangkan kat kau, tapi aku rasa kau bahagia dengan hidup kau... kau boleh dapat sesiapa je yg kau nak, kau cantik, pandai, ramai yang boleh offer kau cinta... pandang balik diri aku, tak ada apa yang boleh aku banggakan untuk aku bagi kat kau. Tapi siapa yg boleh tipu perasaan?
http://www.introversi.com
Young and talented
Takde sape boleh tipu perasaan walaupun kita ingat kita dah berjaya, akhirnya diri kita yang terjerat balik. Pernah terlintas kat fikiran aku yang satu masa nanti kau dan aku akan duduk bersama lagi sambil mengenang balik masa lalu... dah tentu ada yg akan buat kita ketawa, ada yg akan buat kita menangis... tapi untuk kali itu nanti, kita akan menangis tangisan gembira. Selalu aku yakinkan hati dengan ini. Sayang, kau adalah perkara terindah yg pernah terjadi dalam hidup aku. Pertama kali aku nampak kau, aku seolah-olah nampak cinta, hati aku tiba-tiba je terbuka. Aku usaha untuk dekat dengan kau, makin mengenali kau buat aku semakin sayang dan kagum. Aku tak pernah terfikir yang benda ni semua adalah cinta. Yang pasti, kau dah penuhi hari-hari aku dengan kasih sayang sejati, yang tak pernah aku rasakan dan bila kehadiran kau hadiah aku rasa ni, tak ingin aku rasakan dengan sesape pun kecuali engkau. Aku simpan cinta untuk kau sekian lama... aku menangis, aku ketawa, aku jatuh, aku bangun... aku tidur aku jaga... hati aku hanya mahu mendakap engkau.
"Love is when two hearts understand that laughter and tears are shared hand in hand. You complete me, that tells a lot."
"My darling, I have loved you, for so many years."

SO MANY YEARS SO MANY YEARS Reviewed by Ray FL on Friday, May 30, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.