Janji Satu Ujian

Ray FL
0

Masanya akan tiba, bersabarlah
kalau kau faham, bersabarlah.
Aku tak akan janjikan apa-apa, 
cuma percayalah.

Tak perlu terburu-buru,
apa yang nak kau kejarkan?
Aku tak akan lari,
tiap masa pun kau ke sini, aku selalu ada.

Rindu itu pun satu ujian
jarak, masa itu semua dugaan.
Jangan risau sayangwalau aku tak berjanji
tapi aku tau apa yang pasti.
Aku mahu kau di sini seperti selalu.

Esok, aku akan menjemputmu
seperti yang kau pinta
akan aku katakan pada mereka
kau adalah tanggungjawabku.

Biarkan aku tidak berjanji
kerana aku hanya akan
melafazkan ia dengan bukti,
jadi bersabarlah.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!