4. KATAK AIR POSMEN YANG SETIA



“Aii, lambat nau ko datang, lama dah aku tunggu ni. Dah dua besen baju aku basuh, tau?” Dalam perasaan sedikit annoyed atas unpunctuality si katak air, Paku Tekan merasa lega akhirnya sang sahabat tiba walaupon lewat tiga jam.

“Apahal lambat?” Paku Tekan terus bersuara, matanya tak lepas dari memandang si katak air yang tetap kelihatan relax, mengambil tempat di atas batu kegemaran beliau.
“Ha, tu la… aku ni lambat bersebab. Kata orang biar lambat asal selamat. Ko tak kan menyesal basuh dua besen kain sementara tunggu aku. Memang berbaloi. Hehehe.”
“Bunyi macam menarik, ha, crite la, aku tak sabar nak dengar ni. Puteri tu baca tak surat aku?” Khazi tersengih sambil menganggukkan kepalanya.
Beliau kelihatan sangat teruja. Kau tau, tersenyum kambing meleret beliau baca surat lu tu. Dia cakap lu funny la, surat tu interesting, buat julong-julong kalinya beliau terima dalam hidup beliau. Tak pernah aku tengok si Sanggol terbalik tu gembira cam tu sekali. Barula berseri muka dia aku tengok, kalau tidak moncong sedepa je ke sana sini, nampak nau tak happy.”
Oh, really my friend? Rasa riak lak aku, hehehe… Eh, tapi ada dia tanya tak siapa yang tulis surat tu?” Katak air tersengih lagi.
“Tak pon,” jawab si katak. "Kalau aku jawab pon bukannya dia reti bahasa alam. Nah, baca ni.” 
Lalu sepucuk surat bersampul merah hati dihulurkan kepada si hantu paku. Dengan excited Paku Tekan merampas surat itu lalu membukanya secara gelojoh dan tak sabar.
“Hehe… dia tulis Arab,” kata Paku Tekan sambil menunjukkan helaian pertama daripada tiga helai surat yang dititipkan kepadanya.
“Sekali syair da…” Katanya lagi.
“Aik, syair ke pantun? Setau aku Putri Sanggol Terbalik suka berpantun, kenapa bersyair pulak dia?“
“Ah, sama la tu… kalau aku baca dalam intonasi syair, syair la jadinya. Kalau aku mendeklamasikan, itu namanya puisi. Kalau ni pantun, pantun la tu yang ditulisnya. Belasah je Khazi, janji sastera.”
“OK, OK…sila baca… aku suka nak dengar ni…”
Lalu Paku Tekan pon memulakan. 

“Hello my dear, Paku Tekan
Thanks a lot for your care and concern
Lain kali kalau nak berpantun bagi la intronya
Age, Sex, Location… tuan hamba ni asal dari mana?

Anyway, memang betul semua yang Khazi hebohkan
Potong urat, segala pil beta dah telan
Worst was beta pernah cuba menggantung diri
Tapi tetap jugak beta tak mati-mati.

You know, I really hate this so-called Prince
Orangnya bodoh, busuk, gelojoh, memang la beta tak hingin
Cubalah tuan hamba fikir sesuaikah si tolol tu dengan beta?
Beta ni educated, lawa, romantic, kaya, berbakat, semua ada.

My brain can’t stop thinking what to now
Like you said, there must be a way to escape from this putera sasau
Kalau tuan hamba ada idea yang cool, marilah kongsi
Sharing is caring, memang beta sangat agree.

Perkahwinan tu memang tak beta tunggu,
Beta ni stress tak siapa pon tau
Rasa macam nak lari rumah pon ada
Tapi kalau beta lari… beta nak pegi mana?

Dahla pekan ni pekan koboi
Boring nak mampos tak de hiburan, ingat beta enjoy?
But sadly my parents mana ambik peduli
They all leka mengatur pilih beta punya laki.

Memang beta tau ada udang di sebalik batu
Beta ni nak dikawinkan atas sebab-sebab tertentu
Memang beta rasa betul-betul dimanipulasi
It is so fucking unfair when it's by my parents sendiri!

Sometimes beta rasa tercekik dengan kehidupan beta
Air ditelan serasa kaca
Apala makna jadi puteri raja
Kalau kawin pon dipaksa-paksa.

Ntahapehapentah punya mentaliti
Kalau ye pon nak bagi laki carikkan la beta yang berkualiti
Tapi parents beta mana nak dengar
Beta cakap sikit nanti they all kata beta ni kurang ajar.

By the way, tuan hamba… beta nak tanya
Sudikah kiranya tuan hamba ngedate dengan beta?
Secara lisan lagi mudah tukar idea
Cepat, pantas dan bukankah itu lebih mesra?

Kalau setuju akan beta aturkan
Pertemuan kita, tak kira matahari ke bulan
As long as I am single, I won’t give a fuck
Curfew la beta, beta akan sneak out jugak.

So, Paku Tekan beta akan tunggu
Please let this katak air dispatch me a line or two
Somehow I wonder why I just can’t wait
To meet you Paku Tekan, 
tapi beta rasa tuan hamba ni baik.

That’s all for now, thank you once again
I memang suka berpantun, jangan la complain
Sehingga date pertama kita, sila la jaga diri
Beta dengan ikhlas hati nak kenal tuan hamba 
dengan lebih rapat lagi.”


YANG TAK BERAPA HAPPY SEBENARNYA.
Putri Sanggul Terbalik
p/s : Lagu favourite beta dari Scorpion. Check it out on YouTube. Ni link dia, live in Warsaw 1993.  Einfach Geil.


Melompat-lompat gembira si katak air, ketawa mendengar pantun balasan dari si Tuan Putri Sanggol Terbalik.
Ini chance baikdia nak jumpa lu. Nampaknya lu kena berukar jadi Kurt Cobain lagi la. Takkan lu nak date si puteri dalam jasad antu paku, dengan gigi jongang lu lagiadoii haiiihmmm what do you think, my friend?”
“Betul cakap ko tu, Khazi… aku ni antu paku. Dia puteri raja. Dia ingat aku ni orang biasa, orang kebanyakkan… masalah gak tu… kalau aku setuju ngedate dengan beliau, dua jam je limit. Dahla aku kena pantang tak leh makan pucuk paku, paku pakis , kangkung tu semua…”
“Alah, tu hal kicik, lu makan je la ikan bilis, tak boleh?”
“Hmm, boleh… tapi… kalau dia nak date lagi dan lagi dan lagi…macam mana? Lambat laun aku kena terus terang gak siapa aku sebenarnya. Ha, ni lagi satu masalah… Majlis makan malam tari menari tu nanti mesti dia cam muka Kurt Cobain aku…”
“Tak pe, Tekan… ko fikiran advance sangat la. Cuba dulu date pertama. Pastu ikut flow… pelan-pelan kayuh. Ko bercakap macam ko nak membina masa depan dengan si Puteri tu je padahal dia ajak ko jumpa untuk bertukar-tukar idea, untuk tolong settlekan masalah dia. Dah, jangan kau runsingkan lagi. Kita aturkan temujanji pastu kita tengok apa akan jadi. Bukan senang tau dapat peluang camni… sape yang tak nak ngedate dengan beliau…kalau gua manusia pon, gua boleh sasau.”
“Aik, lu becakap pon macam berpantun je bunyi? Dah terkenan Puteri raja ke? HeheheOKla Khazi, aku ikut nasihat kau. Aku yakin mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian ni.” Katak air mengangguk sambil berbunyi tanda gembira dan setuju... Krek, krek krek...


Lalu sekali lagi Paku Tekan mengarang pantun untuk si Tuan Puteri, sebagai tanda mempersetujui usulan beliau untuk ngedate. Dalam gundah, sebenarnya Paku Tekan merasa ceria untuk bertemu muka ke muka secara empat mata dengan Puteri Sanggol Terbalik yang memang hot. Kalau boleh dia nak katak air jadi cameraman untuk first date mereka sebagai kenang-kenangan di masa tua. Bukan senang nak date anak raja woi… model iklan sabun wangi pon belum tentu senang nak date inikan pulak Puteri Sanggol Terbalik yang memang sering diperkatakan dan menjadi siulan jejaka-jejaka tak de masa depan mahupon graduan-graduan menganggur tak lupa jugak dato‘- dato‘, Tan Sri- Tan Sri, dif-dif kehormat, malah Tokey babi pon ada menyimpan niat nak memiliki cinta dan tubuh, muka lawa ala ala supermodel si anak raja tersebut.

Bersama ceria di dalam gundah, Paku Tekan pon mula mengarang pantun untuk Tuanku Puteri. Si katak air dengan setia menemani sambil memberi satu dua idea, bersedia untuk menjadi seorang kawan merangkap posmen yang setia.


“Terima kasih kudahulukan, Tuan Puteri yang cantik
Surat merah hati tuanku menggembirakan hati patik
Mulanya hamba fikir tuanku tak nak layan
Tapi bila baca surat tuanku, hamba tukar fikiran.

Usulan tuanku memang bernas
Bila bertentang mata, lebih praktikal idea kita yang waras
Apapon, kepada tuanku hamba serahkan
I’ll be there for you, just name the time.

Scorpion memang band kesukaan hamba
No pain no gain lagu penuh semangat
Bon Jovi, Nirvana pon best apa,
Cuba tuanku layan lagu Someday I’ll be Saturday Night.

Hidup ni tuanku, memang penuh onak dan duri
Masalah - kita kena hadapi, bukannya lari
Tapi kalau tuanku rasa nak lari jugak
Pastikan tuanku ada duit yang banyak.

Nanti mana nak pergi senang cerita
Tak yah call mak abah suruh bank in duit ke apa
Lagi bagos kalau dapat tukar nama dalam IC
Supaya tak sape cam identity diri.

Puteri Sanggol Terbalik, orangnya cantik
Tapi namamu memang la sedikit pelik
Anyway, nama hamba pon tak kurang peliknya
Mungkin parents kita lack of idea atau main bedal aje.

Tuanku malam ni makan banyak sikit tau
Pastikan tidur cukup, ambik breakfast, jogging kalau rajin
I’ll try my best to get you rid of that putera sasau
Memang I hate your parents’ idea with him for you to kawin.

Selamat malam tuan puteri esok masih ada
And take care of katak air too, he is my easy friend
Jangan lupa dengar lagu Bon Jovi tu, tuanku mesti suka
I can’t wait to meet you too, 
good night sleep tight, princess, till then.”


Berbalut daun pisang, surat yang ditulis di atas helai-helai daun keladi tersebut pon diutuskan kepada si puteri raja oleh kawan yang setia, Khazi, si katak air dari
Kazakhstan. Mereka berjanji untuk bertemu lagi keesokan harinya, di tempat dan waktu yang sama. Hati Paku Tekan merasa amat gembira, berkali-kali dia ulang membaca pantun dari tuan puteri sehinggakan surat berwarna merah hati itu dibawanya ke katil. Tak cukup dengan itu, sebelum tidur, dia meletakkan warkah pantun tersebut di bawah bantal, dengan harapan si puteri raja akan muncul dalam mimpi-mimpinya. Sepanjang hidup, tak pernah Paku Tekan mendapat surat dari sesiapa. Cheesy? Huh, si pemalas tu? Apa pon tak boleh. Jangan kata surat, komen dalam Facehook pon dia tak pernah bagi, apalagi nak tulis status, I love you ke, I miss you ke apa. Dia cakap, takut mak dia tau. Jauh dalam hati, Paku Tekan sedar, sebenarnya Cheesy malu berawekkan dia… miskin. Antu paku. Gigi jongang… dia malu nanti ditertawakan kawan-kawan Facehooknya. Padahal semua antu dalam dunia maya tu pon belum tentu lagi senonoh mukanya, entah-entah selebet. 

Dalam fikiran-fikiran tersebut, akhirnya Paku tekan tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi Doktor Zubaidah. Doktor gigi yang cantik dan peramah itu memberi dia keyakinan dalam penampilan diri. Dengan kepakaran beliau, gigi jongang Paku Tekan berjaya direpair, sehingga dia menjadi seekor antu paku yang cantik lawa. Dia amat berpuas hati dengan hasil tangan Doktor Zubaidah dan doktor itu juga sempat berpesan, bila diri diberi kelebihan, jangan sesekali menjadi riak dan sombong kerana semuanya hak milik Tuhan.
Mimpi itu terkesan di hati Paku Tekan. Sewaktu dia terjaga dari tidurnya, dia merasa hiba bercampur gembira. Dia tak sabar untuk pergi membasuh kain lagi.

4. KATAK AIR POSMEN YANG SETIA 4. KATAK AIR POSMEN YANG SETIA Reviewed by Ray FL on Saturday, May 17, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.