GADIS BERLESUNG PIPIT


Dari mana kau datang?
Dari angin di mukaku 
atau dari tanah yang kupijak?
Dari jiwa yang merasa 
atau dari kewarasan yang menunjang?
Dari penafian atau pengakuan?
atau dari rasa yang meninggalkan jejak?

Bagai deja vu mindaku meneroka
minit demi minit tiap langkah dan arah.
Dari mana kau datang?
Timur, barat, utara, selatan?
Dari langit yang kujunjung
atau dari laut tak berpenghujung?
Di kelam malam sunyi, mencari
di siang bising, mentafsir.

Kau dihantar, atau apakah kau satu doa?
Dari jiwa cintamu terlahir
Bergemaberbalas.
Memantul...
memecah setiap tembok.

www.introversi.com

GADIS BERLESUNG PIPIT GADIS BERLESUNG PIPIT Reviewed by Ray FL on Wednesday, May 21, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.