SEMBILAN BELAS


http://www.introversi.com/2014/04/sembilanbelas.htmlDIA :
Kali ni kita akan celebrate anniversary kita yg ke19. Banyak aku nak buat dengan kau. Banyak perancangan, kasih sayang, rindu, kata-kata, lagu, lukisan, semuanya sayang... Tanpa kau aku tak kan mampu capai semua ni dengan penuh terinspirasi.
Tak percaya akan kewujudan seseorang boleh menjadikan kita diri kita yang kita sendiri tak sedar akan kewujudan kita dalam diri kita. Kau buat itu untuk aku. Terima kasih sayang. This is incredibly special.
Semua waktu yang pernah kita rentas bersama dan untuk seterusnya, waktu dah menjawab semua persoalan yang tak pernah ditanya. Kita diuji tanpa kita tahu, bila kita tersedar, ujian itu telah pun kitalewati dengan sempurna.Aku cintakan kau, sahabat. Menjadi kesayanganmu adalah perkara terindah dalam hidupku. Mencintaimu adalah sesuatu yang gembira aku lakukan tanpa ragu.
AKU :
Kau definisikan gembira dalam hidup aku dari metafora ke metafora, realiti yang tak akan ada mampu menduplikasi. Kau tetap prima, masih dan selalu. Pertama. Aku pernah cuba buat salinan, tapi semuanya imitasi. Cuba cari gantian tapi semuanya halusinasi. Mindaku perlukan stimulasi. Hanya engkau yang pakar dalam bidang ni.
Kita dijuji dari waktu ke waktu dan ujian tak akan berhenti sehingga tarikh luput. Ujian itu sempurna kerana kita tak pernah rasa terbeban dengan derita, cuma kadang-kadang tersadung dalam rindu... biarpun rindu sukar menjelaskan maksud, tapi rindu selalu mendalamkan rasa. Terinspirasi dengan kewujudan engkau selama sembilan belas tahun dalam hidup ini, aku bangga bagi engkau, akulah inspirasi. Dulu, rasa ini satu kekeliruan. Kekeliruan yang membawa erti keindahan, semulajadi, tulen. Kau deliriumku, yang terindah, yang keliru... kecelaruan yg membawa aku ke dasar kewujudan diri sendiri. Satu analisa yang panjang sebelum semua rasa kita satukan. I love you, my precious.
SEMBILAN BELAS SEMBILAN BELAS Reviewed by Ray FL on Friday, April 11, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.