LISA



Aku terdengar pintu dibuka. Suara mereka ketawa. Gembira, aku bersedia, berdiri di depan pintu, penuh sabar dengan kemesraan yang mahu aku berikan kepada tetamu. Pintu di buka. Cathy. Dan dia, dia lagi… aku melompat kegembiraan. Jim!!!! Kau datang lagi, Jim…
Aku rindu. Ingat tak kau lagi pertemuan pertama kita? Aku tak kan lupakan semua tu, Jim. Sebab kau kegemaran aku.

“She’s lovely. Give her the cookies.” Cathy meyakinkan. Aku lihat senyuman rindu Jim sewaktu menghulurkan hadiah kecilnya untukku. Aku duduk. Aku angkatkan tangan kananku. Jim, salamlah aku.
“Lisa, here I brought for you exclusively from Malaysia.” Akhirnya dia menggosok-gosok kepalaku. Jim, aku nak kau tahu, aku gembira kau datang lagi.

Cathy membawa Jim berehat di ruang tamu. Sejuk. Salji kecil turun perlahan-lahan. Sunyi. Tapi harmoni. Aku baring dekat dengan kaki Jim. Kenal sangat aku bau dia. Hati aku riang bila kehadiran dia mengisi ruang. Aku tahu, aku akan dimanjakan, aku akan dibawa ke padang, ke hutan tiap pagi, tengah hari, petang dan malam. Tak kira salji. Bunga. Matahari. Angin. Dan pasti saja dia akan berkongsi apa saja di meja.

“Lisa, you can’t have chocolate. No grapes. Don’t worry, I don’t like chocolate. So, we don’t need it. Too bad, I love grapes.” Jim mengusik aku lalu menyuap anggur hijau itu ke mulutnya. Dia senyum memandang aku yang menggoyang-goyangkan ekor, mengharapkan sebiji anggur. Tapi aku tahu, dia tak akan beri aku walau secebis. Dia sayang aku. Kerana itu, aku dilarang. Air liurku menitis. Kau kejam. Tapi dia mengantikan anggur dengan seketul biskut. Terima kasih, Jim. Aku gembira lagi. Biskut aku bawa ke tilam. Menikmatinya penuh kesyukuran.
Aku tahu, dalam hatinya, Jim ada kesangsian untuk menyentuh aku. Pernah dia meluahkan tentang itu. Aku faham. Cathy dan dia berbeza kepercayaan dalam berkongsi perasaan.

“Maafkan aku Lisa, aku sendiri tak faham mengapa agama aku melarang menyentuh anjing. But I believe it’s just cultural. Maafkan aku, aku jahil. Tapi kau sangat istimewa untuk diabaikan. Ich liebe dich, mein Hund, ich hab dich sehr lieb.“ Aku faham Jim, tapi macam kau aku juga tak ada jawapan.

Kadang-kadang aku terdengar perbualan antara Cathy dan Jim. Mereka berdebat tentang itu dan ini. Cathy, selalu nak menang. Jim, selalu diam. Aku tahu Jim lebih banyak berfikir dan aku juga cukup-cukup faham Cathy keras dengan pendiriannya.
“Let’s take a walk, Lisa.” Itu yang selalu dia lakukan bila perbincangan antara dia dengan Cathy tak membawa apa-apa kesimpulan.

Salji agak tebal hari itu. Inilah yang aku nantikan. Bola salji!!! Jim suka bermain bola salji dengan aku. Kadang-kadang dia cuba membina orang salji tapi tak sampai separuh, akan aku musnahkan. Aku suka buat Jim marah. Suka bila dia marah. Dia akan mengejar aku sekeliling padang, membaling bola-bola salji kepadaku. Bila dia terjatuh, aku akan melompat ke atas badannya, cuba membantu dia berdiri.

“Lisa, kau anjing pertama dalam hidup aku. Dulu aku ada kucing. Cats… they ignore me. Unlike you dog…you adore me. I love you, mein Hund.” Aku hanya mampu mendengar. Aku suka bila dia berbual denganku waktu kami berjalan-jalan begini. Walau di mana saja. Kadang-kadang Jim jadi panik bila bertemu beberapa senior yang membawa anjing mereka bersiar-siar pada waktu petang. Aku tak dapat mengawal perasaan bila melihat anjing lain. Aku rasa nak terkam, nak bermain… kadang-kadang aku geram bila ada antara mereka yang tak berapa kelihatan mesra. Kesian Jim. Aku selalu buat dia panik begitu. Hati aku ketawa.

“Lisa, if you act like this again, I will never ever walk with you, no more.” Dia memberi amaran yang keseribu kali. Mungkin dua ribu. Mungkin tiga. Mungkin lebih dari itu. Jim sayangkan aku. Dia akan selalu berjalan dengan aku. Aku tak pernah takut dengan amarannya.

Kami berkongsi setiap musim. Cantiknya musim bunga selepas musim sejuk yang panjang, kami merentasi denai-denai di hutan. Tiada lagi bola salji. Tapi kali ini banyak ranting-ranting. Jim pilih ranting yang terbaik dan cantik untuk aku.

“Catch it!” Aku pun berlari mendapatkan ranting yang dibalingnya. Cathy jarang bersama kami. Aku tahu Jim sunyi. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab. Adakalanya Cathy tak balik. Jim dan aku akan duduk di ruang tamu bersama cahaya lilin dan seteko teh panas. Aku lihat Jim gembira, aku jadi gembira. Kadang-kadang Jim berbual-bual dengan entah siapa melalu video camera. Kadang-kadang dia ketawa, ketawa semahu-mahunya. Adakalanya dia menangis; menangis sampai kering semua pilu. Aku saksikan semua itu. Bila dia ketawa, aku melompat-lompat gembira, mahu melihat sama dengan siapa dia berkongsi ketawanya itu. Bila dia menangis, aku meletakkan kepalaku di ribanya. Merenung airmatanya yang jatuh. Biasanya itu berlaku selepas panggilan video ditamatkan. Apa sebenarnya, Jim? Katakanlah pada aku… aku mampu mengerti, aku akan buat kau ketawa lagi.

Malam berlalu saat demi saat. Teko pun dah kosong. Lilin hampir padam. Jim bangun ke dapur, membancuh teh lagi. Lilin yang baru dinyalakan. Kami duduk menghadap keluar. Gelap. Dari dinding kaca, kami perhatikan hujan yang turun. Bunyi hujan memecah sunyi. Kau tak mengantuk, Jim? Tidurlah, dia balik nanti.

Musim panas kedua. Aku lihat dia semakin penat. Letih dengan tanggungjawab hidup dan perasaan yang dipikul. Selama dua musim aku makin mengerti. Tapi kau tetap istimewa, Jim. Biarpun semenjak dua tiga hari ini dia kelihatan pucat dan lemah, Jim tak pernah gagal untuk membawa aku keluar menghirup udara segar musim panas. Kami ke hutan lagi, memanjat bukit-bukit kecil. Meredah anak sungai. Melihat matahari terbenam. Damai hidup aku, indah.

“Let’s go home. I don’t feel good.” Katanya kepada aku. Aku patuh. Sedar dia tak begitu gembira. Dadanya ditekan-tekan, dia berjalan perlahan dan aku mengikut rentaknya.
Sampai di rumah Jim menyediakan teh panas lagi.
“I think I have a fever, “ aku dengar berbualan dia dengan seseorang. Mungkin Cathy.
“It’s OK. I will lay down. Will be better soon. Lisa is good, we just took a long nice walk. She was so happy, had her food, now we will take a nice nap. We will walk again afternoon.”
Perbualan dimatikan. Aku tak tau mengapa lama Cathy tak balik rumah. Mungkinkah mereka ada masalah? Atau apa yang aku saksikan selama Jim tiada yang menjadi punca? Fikiran aku melayang… mengingat semua itu. Mata aku memandang sayu pada Jim yang kelihatan tak selesa di atas katil.

“I’m so cold…” aku terdengar dia merungut sendirian sambil menarik selimut kedua ke badannya. Selimut itu milik Cathy. Aku kenal bau Cathy.
Dia memandang aku. Bagai menjemput aku. Kau sejuk Jim? Biar aku panaskan. Lalu aku melompat ke atas katil. Dia tersenyum. Aku membuat dua tiga kali pusingan sebelum aku rebahkan badan malas aku ke atas kakinya. Sejuk. Dari dua lapis selimut tebal dan sarung kaki dapat aku rasakan. Kaki kau sejuk, Jim. Muka kau makin pucat. Seseorang sepatutnya sediakan kau sup panas. Kalaulah aku mampu… Tuhan saja yang tahu.

Jim tertidur juga akhirnya. Cathy masih tiada lagi di situ. Pagi itu sunyi. Jim bangun membukakan pintu untuk aku keluar ke kebun kecil kami. Makanan aku telah disediakannya. Seperti selalu, seperti setiap pagi, tapi aku dilarang menyentuh makanan itu sebelum kami mengambil udara pagi bersama. Aku patuh. Kami ke hutan itu lagi. Burung menyanyi riang. Pohon-pohon menghijau. Tapi muka Jim masih pucat. Dia berjalan lemah. Mau aku katakan, marilah kita balik Jim. Kau tak sihat. Tapi tidak. Sejam waktu untuk aku seperti biasa, tak pernah dia mungkirkan janji yang tak pernah dia lafazkan.

Selepas makan aku kembali ke tilamku. Berehat. Begitu juga Jim. Dia berehat. Piano usang itu dipetiknya. Aku kenal melodi itu. Dia menyanyi kecil. Aku tahu lagu ringkas itu untuk aku. Dia selalu nyanyikan aku lagu itu. Di rumah, dalam kereta, waktu berjalan... Lagu itu buat aku gembira biarpun aku tak faham apa yang dikatakan, tapi aku mengerti maksud yang cuba dia sampaikan.
“You like that song, don’t you?” Mataku bulat memandang dia. Aku mahu tersenyum. Aku mahu katakan betapa manisnya dia. Aku mahu ucapkan terima kasih.
Bosan bermain piano, Jim mengambil gitarnya. Dia menyanyi dan menyanyi. Aku tahu dia cuba gembirakan hati. Kau patut rehat di katil, Jim. Kau betul-betul kelihatan lemah. Tapi dia tetap menyanyi. Menghiburkan kami berdua.

Tiba-tiba aku sesak nafas. Aku terbatuk-batuk. Nafasku tersekat dikerongkong. Aku cuba bangun dari tilamku. Jim memandang aku, meletakkan gitarnya ke atas sofa.
“Lisa… are you OK?“ Tak, aku tak OK Jim. Aku tak boleh bernafas. Buih-buih putih mula keluar dari mulutku. Sedikit. Kemudian lagi sedikit. Dan kemudian ia mula membasahi seluruh mukaku. Jim, aku sakit.
“Oh, my God, please hold on Lisa…” Dia cuba menghubungi Cathy.
“Please, please, please… come home as soon as possible. We need to send her to the vets. Right away.”

Dalam kesamaran penglihatan, aku masih lagi menatap muka Jim yang bertambah pucat, matanya mula bergenang. Dia mengangkat aku masuk ke kereta, membaringkan aku di pehanya.
“Hurry, please Cathy…” Pendengaranku masih baik. Jim menggosok-gosok dadaku.
“God, Cathy… she’s bleeding…” Ya, mulutku mula berdarah kerana aku terpaksa menggigit lidahku menahan kesakitan.
“Her tongue is getting blue…” Darah menitis membasahi T-shirt birunya sewaktu dia mengangkat aku ke dalam bilik rawatan.

“Epilepsy. She won’t survive. The best we can do is to put her to sleep.” Dalam kesamaran penglihatanku yang berbinar-binar, jelas aku lihat Jim memandang wajah Cathy. Cathy mengangukkan kepalanya.
“No….” tersekat suara Jim. Dia mengambil tangan Cathy.
“No.”
Jim memeluk aku. Aku rasa airmatanya jatuh ke telingaku. Jim, masa dah tiba. Aku kena pergi. Dia menggigil. Dalam genggaman tangannya, dalam pelukannya, aku melepaskan nafasku yang terakhir.

Mereka meninggalkan bilik rawatan. Lemah. Jasad aku terkujur sendirian. Tapi semangatku berlari mengikut mereka ke tempat letak kereta. Jim terduduk di rumput.
“I can’t take this…” Dia menangis. Aku datang ke sisinya. Semuanya akan baik, Jimmy. Percayalah.
“Cathy, why??? We can work for her. We can try.”
“She will suffer more. That’s the best for her.”
“God… I don’t understand………”

Jim, satu hari nanti kau akan faham.

Dia termenung... lama dia termenung. Dia tak mampu untuk makan, tubuhnya makin lemah, pucat. Jim, kalau kau sayang aku, makanlah. Aku ada di sini, kau tak nampak aku, tapi aku ada. Dia tak menjawab. Airmatanya terlalu banyak. Sebanyak kasih sayang yang ada dalam dirinya. Untuk aku.

Sewaktu aku jejakkan kakiku di tangga terakhir jambatan pelangi… aku masih lagi rasakan hangat airmata Jimmy ditubuhku sewaktu kami mengucapkan selamat tinggal.

Jim, kalaulah aku mampu berkata-kata, akan aku ucapkan tiap hari betapa sayangnya aku pada engkau. Akan aku lakukan apa saja untuk aku ucapkan syukur dan terima kasihku dan betapa gembiranya aku menghabiskan sisa-sisa hidupku bersama engkau. Kesetiaan. Itu saja satu-satunya pengganti untuk aku buktikan kasih sayang ini.

Tenanglah Jim. Aku akan selalu menjenguk engkau di ruang kita.

LISA LISA Reviewed by Ray FL on Monday, April 14, 2014 Rating: 5
Powered by Blogger.