SESETIA MALAM PADA SIANG - SITI ZALEHA M. HASHIM


Sejak namamu menggetar rasa
kukhabarkan pada angin
bawalah daunan kering
terbang jauh dari hidupku
ingin aku bersama awan
mengarang kembang cantik untukmu.

Jika kutahu
kaulah ciptaan terakhir
tiada kujadi pelari sepi
diburu mimpi demi mimpi
lalu berhenti di kaki hari
merenung pagi yang cerah
sekadar datang dan pergi.

Kau buatku
lalu berpayung senja indah
suara ombakmu
memecah sepi pantai rinduku
di balik karangan batu
ikan kecil berenang riang
ingin selalu di dasarmu
sesetia malam pada siang.

http://www.introversi.com/2013/10/sesetia-malam-pada-siang.html

SESETIA MALAM PADA SIANG - SITI ZALEHA M. HASHIM SESETIA MALAM PADA SIANG - SITI ZALEHA M. HASHIM Reviewed by Ray FL on Monday, October 28, 2013 Rating: 5
Powered by Blogger.