ZAT RAHSIA YANG TERSEMBUNYI


Tuhan dah temukan kita.
Tuhan dah janjikan tanda ini.
Aku percaya, Dia telah menulis kisah kita.

Bagaimana kita bertemu 
dan bagaimana terkilau rasa ini di gelap pencarian?
Hanya Dia yang tau.
Hanya Dia yang menyimpan semua jawapan
untuk setiap zat dan rahsia yang tersembunyi
dalam satu pencarian, satu percubaan
yang akhirnya menjadi satu harapan.
Harapan menjadi penantian
yang akhirnya menyesakkan dada,
menggandakan antisipasi.

Di luar jangkauan akal,
tidak dibatasi logik dan rasional
sempadan irasional hanyalah garis kabur.
Bisakah kita, manusia yang kerdil ini,
yang penuh silap dan kesilapan,
merungkai misteri,
menggeledah rahsia yang tak tercapai kewarasan?

Percaya telah membawa kita wujud di situ.
Ia berkilau, berlegar, bergaung,
bermain-main, berlari, berkejar.
Terbang dan menjunam.
Renang dan selam di dimensi akaliah.
Absorbsi warna. Asimilasi kilau.
Obsessi keajaiban sentuhan alamiah.
Wajarkah ia didusta?

Tuhan yang temukan kita,
biar dalam apa pun cara.
Dialah yang telah mencipta dan menjanjikan sentuhan ini
untuk sang penerima yang yakin dengan percaya.
Adilkah didusta?


ZAT RAHSIA YANG TERSEMBUNYI ZAT RAHSIA YANG TERSEMBUNYI Reviewed by Ray FL on Friday, September 14, 2012 Rating: 5
Powered by Blogger.