GADISKU


Januari,1995

"Cinta? Kau serius nak kita bercakap hal ni?" Si rambut coklat pun mengangguk. Tersenyum dengan senyuman nakal yang selalu seakan mengejek aku.
"Kau takut, aku tau."
"Tak, kau tak tau. Aku mana penah takut apa-apa pon."
"Ye, mungkin kau tak takut benda lain, tapi kau takut nak tengok mata aku. Kenapa? Kenapa tiap kali aku pandang mata kau, kau tak pernah berani nak pandang mata aku balik?"
"Sebab tu je kau cakap aku takut?" Gadis berlesung pipit itu mengangguk lagi, masih jugak dengan senyuman.
"Bukan aku takut. Aku tak takut, betul tak takut."
"Dah tu apa? Kau segan?" Giliran aku menggeleng.
"Kau risau?"
"Tak. Apsal nak risau?"
"Sebab kau tak nak mata kau bercakap dengan aku, kau risaula nanti dia cakap macam-macam hal, betul? Macam mata aku selalu bercakap dengan kau, tapi kau tak pernah dengar. Kenapa? Kau takut."
"Betul aku tak ada rasa takut langsung. Buat pe aku nak takut? Pesal kau hari ni lain macam je?"
"Kita dah 17. Dah tiga tahun kita kawan. Apa kau rasa sepanjang tiga tahun ni?"
"Selesa."
"Tu je? Kau tak ada rasa cemburu?"
"Ha, ha... apsal pulak tetibe nak rasa cemburu, Hanna?"
"Bila orang lain dekat dengan aku apa kau rasa?"
"Tak suka."
"Cemburulah tu namanya... cakap je la, jangan ikutkan ego tu sangat."
"Hmm..."
"Apa hmm? Kenapa kau tak suka bila orang lain dekat dengan aku?"
"Tempat aku tu, kat sebelah kau, bukan orang lain."
Dia tersenyum lebar mendengar jawapan aku. Cantik.
"Bila ada awek dekat dengan aku pe pulak kau rasa?"
"Berapi. Kau tahu aku tak suka, kau nak aku merajuk lagi ke?"
"Nak, buatla selalu. Aku suka adventure."
"Ray, aku sayang kau."
"Aku pun sayang kau."
"Dah tu kenapa kau takut?"
"Ya Allah, takut apa Hanna?"
"Melamar aku... Gosh......... kau ni kalau aku ketuk sekali memang sia-sia je."
"Tak payah lamar-lamar. Kau aku punya. Bukan ke tu pasti?"
"Cakap sekali lagi. Ni kat telinga ni. Nak dengar betul-betul. Aku serius ni." Dia tarik tangan aku, aku tarik hidung dia macam yang selalu aku buat bila aku geram.
"Kau, Cik Hanna. Kau aku punya."
"Nak dengar yang lain."
"Aku sayang kau, Hanna Hakeem."
"Lagi?"
"Cinta. Kau serius nak kita cakap hal ni?" Gadisku yang berambut coklat dan berlesung pipit mengangguk pasti dan yakin.
"Bila aku hantar kau balik nanti, aku bagi tau Umi, OK..." Dia ketawa besar. Suka aku tengok dia ketawa macam tu, telinga dan pipi dia akan menjadi kemerah-merahan.
"Tadi kau suruh aku lamar kau. Aku  nak buat cara yang betul, kita ada adat, ada budaya...pesal gelak?"
"Kelakar dengar kau nak cakap tu kat Umi, dengan aku pon kau teragak-agak, nak cakap dengan Umi konon. Sekarang nak bercakap hal adat dan budaya pulak, heh?"
"Hmm..."
"Apa hmm?"
"I love you. Tiga perkataan ni untuk kau sorang, jangan biar aku cakap ni kat orang lain."
"Kalau berani buatla." Lengan aku dicubit manja sebelum dirangkul erat-erat dalam dakapannya.
"Jom..."
"Where to?"
"Fly me to the moon and let me play among the stars."
"Let me see what spring is like on Jupiter and Mars."
"In other words, please be true."
"In other words, I Love You, and Ray... Eternally."

Tangannya pon ku ambil dan aku bawa gadisku pulang ke rumah dengan rasa bangga dan bahagia.

www.introversi.com
Terima kasih, Tuhan.

June, 2014

"Sayang, kalau kita ada anak, dah besar dah  budak-budak tu. Dah pandai ada awek, cam awak dulu..." Kata  gadis cantik yang telah menghabiskan zaman remajanya dengan aku, meniti dewasa dan semua cabaran bersama, yang kini dah bertukar menjadi wanita jelita.
"Hmm..."
"Apa hmm...?"
"Kita tak mampu nak adakan tu..."
"Aku tetap cintakan kau walaupon kita tak mampu." Matanya bergenang. Selalu matanya bergenang bila melafazkan apa yang dia rasa.
"Terima kasih sayang. Kau anugerah untuk aku. Ni la yang paling berharga. Lebih dari apa pon. Kau cinta aku selamanya. Satu-satunya cinta yang pernah aku rasa. Pertama dan terakhir. Walaupon bukan rezeki kita untuk ada zuriat, tapi kita mewah dengan cinta dan kasih sayang. Kehadiran kau melengkapkan aku."
"Aku tak nak jauh dengan kau lagi. Lepas ni kalau ada biawak zaman silam nak dikaji, kita kaji sama-sama. Ikut aku mana pon aku pergi macam mana aku tak pernah penat ikut kau."
"Alah sayang, baru dua tiga bulan dah tak sanggup. Kalau dua tiga tahun camne?"
"Kalau dua tiga tahun aku heret kau sama. Apa susah."
"Aku rasa dah cukup kita mengkaji, sekarang masa untuk kita relax dan nikmati cinta dan hidup kita macam masa muda-muda dulu."
"Aku pon dah fed-up mengkaji biawak."
"Jom kita kaji binatang lain pasni."
"Apa dia?"
"Tapir laut?"
"Good idea... sayang kau banyak-banyak." :)

"Betapa indahnya pemandangan di depan mataku ini." Bisik aku dalam hati.

GADISKU GADISKU Reviewed by Ray FL on Tuesday, July 10, 2012 Rating: 5
Powered by Blogger.