AKU SAYANG KAMU


Tiba-tiba aku rindu
pada satu senyuman itu
yang dulu pernah mencuri hatiku.

Namun aku fikirkan 
itu cuma mainan perasaan 
tak terfikir senyuman itu kan memberi kesan.

Jauh aku kembara
bertahun-tahun lamanya
tak sedar kubawa bersama
senyum dan kenangan
yang kau pahatkan dalam dada.

Kini jadi rindu dan cinta
dan kuhanya mampu berdoa
untuk satu kesempatan
untuk kuucapkan 
aku sayang kamu.


AKU SAYANG KAMU AKU SAYANG KAMU Reviewed by Ray FL on Thursday, April 26, 2012 Rating: 5
Powered by Blogger.