LUHUR


Bangun pagi ni aku rasa sunyi sepi. Entah kenapa... mungkin aku terlalu rindukan kau. Malam tadi aku mimpikan kau. Aku nampak kau macam waktu dulu, kita, zaman remaja kita. Kita tak bercakap, tapi dalam mimpi aku kita berbual, berbincang, bergurau, itu dan ini... Kita faham. Rasa macam real, sayang. Kau cium pipi aku, tangan aku, macam yang pernah kau buat dulu. Aku peluk kau seperti waktu-aku aku kesedihan, gembira, sepertimana waktu beri kesempatan untuk aku berada dalam pelukan kau. Kau buat aku happy, itulah yang selalu kau buat untuk aku, dulu, hari ni dan aku harap untuk hari-hari seterusnya... macam hari-hari terbaik yang pernah kita lalu bersama. Kita, ketawa gembira, berkongsi semuanya. Sedih, jatuh, bangun, kongsi semua hari, yang sepi kita penuhkan dengan lagu, yang kosong kita lukiskan dengan corak kegemaran kita, yang gundah kita bincangkan hati ke hati. Kita bertengkar, bergaduh, selisih faham, tak ada tempat lain kita berpaling akhirnya, hanya pada kau dan aku.
 Rindu, ni lah yang aku rasakan sangat-sangat sekarang ni. Rindu aku pada seorang kawan, teman, sahabat, soul mate...kekasih dalam diam... yang selalu aku kagumi. Perasaan-perasaan ni masih lagi terjaga rapi. Sikit tak pernah berubah biarpun waktu makin jauh meninggalkan kita. Waktu dah menduga kasih sayang kita, dan waktu juga akan menemukan kita...
Kurang sebulan, aku akan berada dalam dakapan kau lagi. Genggam tangan kau lagi, bertukar ciuman lagi, lihat wajah kau, lihat ke dalam mata kau... bertahun aku tunggu saat-saat tu. untuk berada di samping kau lagi... Seorang sahabat, teman sejati. kekasih... yang kini aku panggil sayang... my soul mate, my first real love.
Kebahagiaan kasih sayang yang luhur... nama secantik orangnya. Waktu ini aku ketikkan, kau sedang lena diulit mimpi yang akan aku ganggu dua jam lagi. Kau perlu bersiap-siap untuk hari baru kita, begitu juga aku kat sini. Cuaca waktu ni -1034- kelabu, hujan rintik. Bila kau sampai esok, kau bawa bersama sinar matahari.
Después de seis años ... en pocas horas, vamos a crear una nueva historia en la fase de nuestro amor. felicidad primer marcan nuestras vidas con nuestros colores favoritos, Nuestra mejor opción. Las canciones que cantamos, nos retiramos de nuestras almas, sentimos tristeza porque estamos muy enamorados, lo no dicho nunca en los labios, incluso sentir más de un corazón sentimiento puede sentir. mente tratando de adivinar la emoción, de nuevo perdió esta pelea. por lo tanto no tenemos que seguir intentándolo. Es simplemente inútil. no es hermoso mi amor?
Die tugendhafte Glück der Liebe, die du mir den Start zu bilden gab, ist ein Meisterwerk geschaffen, indem die reine Kunst. du bist die schönste Kunst, die ich je gesehen habe, dass ich bisher gespielt habe und dich mich besitzen es zulassen. es ist ein Schatz versteckt, war es so einfach, zu sehen, aber schwer zu gewinnen. kam es zu einer unerwarteten Zeit, eine Überraschung, eine explotion innerhalb explotion. die Macht des Geistes haben uns einen Platz innerhalb der Schatz leben vorbereitet. der Reichtum, den wir mit einem einfachen Wort der Liebe geschaffen.
Tomorrow, no one will sleep alone again. No more lonely nights... no longer yearning to gaze into the sky with you. No more anxiety to feel your presence. no more worries, no more waits. There'll be only you and me. Nature and music. That's us.
A virtuous happiness of love, it's you, Cahayaku.

LUHUR LUHUR Reviewed by Ray FL on Wednesday, April 18, 2007 Rating: 5
Powered by Blogger.