Waktu

Farah Lye Yusoff

Tak
 ada apa yang perlu dibimbangkan 
kerana rasa ini abadi. Kerana ia dah kita bina dengan waktu. Sepertimana waktu membina kita, begitulah jugalah kita  memberi pengertian kepada waktu.

Jangan risau, jangan pernah terganggu dengan waktu. Biarkan ia berlari,
biarkan ia pergi. Memang itulah tugasnya. Tak perlu kita kejar, tak perlu dicari. Hanya nikmatilah waktu ini. Tak usah khuatir. Marilah kita ciptakan waktu sepertimana ia mencipta kau dan aku. Waktu tak pernah menunggu.

Dengan itu kita berjalan, kita terus berlari. Bergandingan tangan seiring waktu,
penat bukan alasan untuk berhenti kerana cinta kita tak ada perhentian.

#buttons=(Accept!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!